87 爱 : A Terrible Lost

Magsimula sa umpisa
                                    

    "Siapa lagi..." Taehyung sememangnya sudah tahu kepada siapa bunga-bunga itu mahu diberi, dia saja bertanya untuk meringankan suasana antara dia dan Jungkook, "...dia ada simpan satu je dekat dalam bilik. Aku tak ada buat apa-apa, jadi aku datang sini, aku petik. Dia kata dia suka sebab wangi."

    Bunga putih itu sangat istimewa sehinggakan orang yang berbeza akan mempunyai pandangan yang berlainan tentangnya. Taehyung tidak pernah tahu yang bunga itu ada harumnya. Padahal petik pun, dia belum lagi berjaya setakat ini. Asal tarik, layu.

    "Dia cakap mungkin bunga ni bagus untuk terapi. Dia dah mula dapat alahan. Jadi yang satu tu dia selalu bawa pergi mana-mana."

    "Ohh. Alahan apa?"

    Taehyung memandang sisi wajah Jungkook. Jungkook juga berpaling menghadapnya.

    "Dia mengandung."

    Taehyung fikirkan alahan biasa-biasa sahaja. Tapi setelah mendengar pernyataan Jungkook, keningnya terjungkit. Tidak terlalu terkejut reaksi wajahnya. Kagum saja.

    "Wow." Taehyung diserang rasa gembira untuk si sahabat. "Tahniah. Jadi ayah lagi. Syukurlah."

    Jungkook memalingkan wajah ke hadapan kembali.

    "Kau orang pertama yang tahu. Aku belum bagitahu siapa-siapa lagi. Aku tak rasa semua orang perlu tahu."

    "Takpalah. Lagi baik kalau simpan. Taklah kecoh sangat. Lebih tenang baby tu nak lahir nanti." Taehyung melupakan niat untuk bertanya tentang bukankah Jungkook tidak menggalakkan Ella mengandung buat masa sekarang sebab dulu, macam Jungkook pernah kata begitu. Tak penting pun sekarang. Yang penting dah mengandung. Apalagi nak dipertikaikan.

    Wajah si sahabat dikerling dari tepi.

    "Kau gembira kan?" Soalan tadi diganti dengan yang lain. Jungkook diam. Dia memandang Taehyung sekejap sebelum mengarahkan anak mata ke hadapan buat kali kedua. Dia senyap.

    Mustahil jika sudah Jungkook berbuat demikian, Taehyung masih boleh berfikiran positif. Dia bertanya lagi, "ada apa-apa masalah ke? Kau tahu kan aku ada je dekat sini."

    Maksud Taehyung, dia di sini, dia sedia mendengar. Itulah tujuannya datang ke mari. Jungkook kembali kelihatan suram dan memendam. Dia jadi takut.

    "Tak ada apa-apa," perlahan saja Jungkook menjawab. Taehyung keliru kerana nadanya kedengaran tenang, tidak sepadan dengan riak wajah yang misteri itu, menyimpan pelbagai rahsia di sebaliknya. "Biarlah apa yang aku rasa, aku yang tahu. Lebih mudah macam tu. Kalau aku tak tahan sekalipun, aku akan bercakap dengan mummy kembar tu. Dia selalu dengar...dan kadang-kadang selalu menangis untuk aku."
  
    Kata-kata Jungkook langsung tidak membuat Taehyung rasa terpinggir. Malah, dia lega.

    "Baguslah macam tu. Sekurang-kurangnya, ada orang yang kau boleh percaya."

    "Aku percayakan kau juga." Taehyung kaku seketika apabila Jungkook merenungnya. "나는 당신을 믿어 (I trust you). 형."

    Ada satu perasaan sedih ini yang sedang menetak jantung Taehyung apabila mendengar suara Jungkook. Belum cukup dalam soalan-soalannya, tapi dia sudah dapat rasakan keperitan yang dilalui oleh sahabatnya ini. Walaupun sebagai seorang lelaki, Taehyung hampir mahu menitiskan air mata cukup hanya dengan melihat air muka Jungkook sahaja. Kepercayaan yang ditaburkan kepadanya adalah satu amanah yang takut dia pecahkan.

    Kenapa kau tak peduli tentang diri sendiri?

    당신은 전혀 상관하지 않았다... 내 친구야.
    (You didn't care at all, my friend.)
   
    왜 그랬어?
    (Why did you do that?)

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon