• Gadis Berkerusi Roda •

1.3K 49 2
                                    

"Sebab awak masih sayang dia kan?"

💠💠💠💠💠

Beberapa bulan kemudian

Haura tersenyum manis melihat pemandangan tenang di hadapan. Dia menoleh ke arah suaminya di sebelah.

"Thank you awak bawa saya datang sini." Ucapnya lembut. Hatinya berbunga saat mendengar Dariel mahu membawanya ke Tasik Dahlia. Tasik yang cantik dan bersih serta menenangkan hati.

Dariel tersenyum.

"Bila lagi kita nak spend time sama-sama. Saya busy lately ni. Takde masa nak jalan-jalan dengan awak." Balas Dariel.

Sejak kebelakangan ini, dia sering sibuk. Pagi, petang, siang malam. Kerjanya semakin bertambah dan bertambah sehingga tak cukup tangan dia mahu selesaikan. Sehingga jarang dia pulang ke rumah. Kalau balik pun, Haura sudah tidur. Tak sempat nak bermanja pun.

"Takpe. Saya faham. Awak busy sebab bekerja cari rezeki untuk keluarga kita. Nanti kalau dah tak busy, bagitahu saya. Saya siapkan makan malam special untuk kita." Kata Haura lembut.

Dariel tersenyum lebar. Bahu Haura dipaut lembut.

"Haura, awak jangan sampai saya cium awak tengah-tengah public macam ni." Dariel mendekatkan wajahnya kepada Haura.

"Awak! Orang nampaklah!" Jerit Haura perlahan. Nasib baik tempat mereka agak tersorok dari pandangan orang ramai.

Dariel tergelak kecil.

"Haura, malam ni-"

"Abang?"

Dariel terdiam saat satu suara mencelah. Suara itu...

Haura berpaling melihat seorang gadis kacukan yang sedang berdiri tak jauh dari mereka sebelum dia mengerling ke arah Dariel yang keras di depan.

"Abang Mikael?"

Dariel memejam mata sekejap. Kenapa..?

"Abang Mika.. ini Lya. Dari tadi Lya perhatikan abang kat sana. Lya dapat rasa ni abang. Abang Mikael kan?" Tegurnya lagi.

Dariel perlahan-lahan menoleh. Matanya lari tak mahu memandang gadis di hadapan.

"Awak salah orang. Saya bukan Mika." Dariel mencapai tangan Haura. Dia risau jika Haura pergi kerana salah faham yang bakal terjadi mengikut perkiraannya. Dia tahu perangai gadis ini. Tak kisahkan dunia sekeliling jika sudah berada dalam dunianya sendiri.

"Tak! Lya kenal abang. Lya tahu abang ni Abang Mikael." Jerit Lyana dengan suara halusnya.

Lyana melangkah mendekati Dariel.

"Abang, Lya dah setuju nak kahwin dengan abang." Kata Lyana selamba.

Dariel dan Haura terkedu. Laju mata Dariel naik memandang Lyana. Dia berkerut.

"Apa yang awak-"

"Lya dah sedar perasaan Lya pada abang. Sepanjang Lya pergi dari abang, Lya jauh dari abang, Lya asyik fikir pasal abang. Lya tak boleh nak lupakan abang." Luah gadis itu selamba tanpa menghiraukan sekeliling.

Dariel dapat rasakan genggaman tangan Haura semakin kuat. Dariel mengetap gigi. Kenapa gadis ini perlu datang saat dia dan Haura sudah mencapai bahagia?

"Apa yang awak merepek ni?"

"Lya tak merepek, abang. Lya tak boleh buang abang dari fikiran Lya lepas Lya tinggalkan abang dulu. Lepas tu, Lya cuba cari abang balik. Tapi, tak jumpa."

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin