• Luahan Cinta Egois •

2K 63 0
                                    

"Demi Allah, Haura. Saya cintakan awak. Awak pemaisuri dalam hidup saya. Saya tak dapat hidup tanpa awak."

💠💠💠💠💠

Haura menyeka air mata yang terkeluar tanpa sengaja.

"Ala, Rara.... janganlah nangis." Daerila sudah tercebik-cebik bibirnya melihat Haura yang menangis melalui telefonnya itu.

Malam itu, dia, Haura dan Nureen seperti biasa bervideo call bersama. Nureen juga sudah mula mahu menangis juga. Haura tersenyum.

"Sorry."

"Kau memang tak nak maafkan abang ke, Rara?" Tanya Daerila lembut. Tak mahu melukakan hati kawan baiknya.

"Aku dah maafkan dialah. Takde apapun." Jawab Haura menutup rasa hati yang sebenar. Dia sudah memafkan, tetapi dia masih terluka.

"Habis tu, kenapa kau tak nak layan dia?"

Haura senyap.

"Sebab bila aku tengok dia, aku teringat kata-kata dia kat aku. Tuduhan dia, celaan dia. Dia fitnah aku macam aku ni perempuan murah, Ila. Aku sedih." Sekali lagi air matanya keluar menitis ke bantal.

"Rara... okey, okey. Stop cakap pasal abang aku. Kita happy-happy." Daerila cuba memujuk. Dia memandang Nureen.

"Reen, kau ada cerita?" Tanya Daerila kepada Nureen.

"Ada. Aku dah tak nak jumpa dengan Abang Rizqi. Aku dah benci dia." Kata Nureen perlahan. Kata-kata yang tak selari dengan isi hatinya. Buktinya, dia sekarang sudah teresak-esak. Air matanya mengalir tanpa henti.

Daerila terkedu.

"Alaa.. kenapa semua orang sedih-sedih ni? Janganlah buat aku rasa serba salah." Ujar Daerila runsing jika dia tersalah bicara dengan dua perempuan berhati lembut ini.

Haura tersenyum. Nureen juga tersengih. Kasihan Daerila. Dia pula yang jadi mangsa menghadap masalah mereka.

♥♥♥♥♥

Sudah tiga hari Haura menjauhkan diri darinya. Dariel makin tertekan jadinya melihat layanan Haura.

"Haura."

Haura tak menyahut. Dia masuk ke dalam bilik Dariel pun kerana mahu meletak pakaian suaminya yang baru dilipat tadi ke dalam almari. Kalau tak, jangan harap dia mahu melangkah masuk ke dalam sini. Buatkan dia rasa sebak saja.

"Haura." Panggil Dariel lagi. Kali ini lengan Haura dipaut kemas.

Haura menepis lembut. Dia cuba untuk tidak biadap dengan suaminya. Dia tak mahu dilabel isteri kurang ajar.

"Tolonglah, awak. Saya sekarang takde mood nak berbual dengan awak. Buat masa ni, kita buat hal masing-masing." Kata Haura mendatar saja suaranya.

"Kenapa? Kenapa kita tak boleh jadi macam dulu?"

'Saya rindu awak, Haura.' Kata-kata yang dia tak mampu keluarkan dari hati. Egonya seperti biasa menghalang.

Haura memandang terus ke anak mata Dariel.

"Sebab saya masih tak boleh terima dengan apa yang awak cakap dekat saya. Saya tak boleh nak ingat setiap apa yang awak fitnah saya. Saya ni macam perempuan murah je bagi awak. Saya tiada nilai di mata awak."

Haura menarik nafas panjang.

"Saya tak nak bercerai dengan awak, Dariel. Tapi, kalau apa yang jadi antara kita hari tu petunjuk yang kita takkan bahagia hidup bersama, saya terpaksa turutkan permintaan awak tu."

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now