• Demi Allah •

1.6K 61 3
                                    

"Demi Allah, saya cuma cintakan awak seorang. Tapi.. awak takkan pernah hargai saya. Awak takkan pernah cuba untuk cintakan saya. Kan?"

💠💠💠💠💠

Haura melangkah keluar dari kereta. Laju dia berlari anak ke bonet depan. Bonet dibuka lalu diperhatikan setiap komponen di dalamnya.

"Kenapa ni? Ya Allah..." Haura mengeluh sambil kepalanya yang berlapik tudung digaru. Bagaimana dia mahu pulang sekiranya keretanya rosak begini?

Haura mencapai telefon bimbitnya. Nama Dariel dipandang lama. Dia mahu meminta pertolongan suaminya tetapi semenjak hari Dariel menjerkahnya, mereka sudah tak rapat seperti selalu. Makan bersama pun lelaki itu tak mahu. Apatah lagi mahu bertegur sapa dan bergurau senda.

Haura mengeluh. Dia cuba menahan air matanya dari keluar. Dia tak mahu lemah sekarang. Dia perlu menelefon Dariel. Kalau tidak, sampai bila dia mahu tersadai di tepi jalan begini? Hari pun sudah lewat.

Belum sempat Haura mahu menekan nombor Dariel, tiba-tiba sebuah kereta terparkir elok di belakang keretanya. Haura berpaling.

Sebaik sahaja pemandunya keluar, Haura menghela nafas lega.

Nasib baik Thaqeef. Bukan orang yang berniat jahat kepadanya.

"Haura?"

"Thaqeef." Haura berdiri memandang Thaqeef yang sudah berjalan ke arahnya dengan pakaian kerjanya lagi. Bermakna Thaqeef pun baru pulang dari kerja.

"Kenapa ni?"

"Kereta Haura tiba-tiba rosak ni. Tak tahu sebab apa."

"Minyak cukup?"

"Tu. Baru je isi penuh semalam." Jawab Haura sambil memuncung ke arah tanda minyak.

"Sini Qeef tengok." Thaqeef berjalan ke depan. Haura pula hanya mengekorinya dari belakang.

"Nasib baik Qeef perasan kereta Haura tadi. Kalau tak, entah apalah jadi dekat Haura ni." Omelnya perlahan sambil menyingsing lengan bajunya. Tali leher dimasukkan ke dalam baju.

"Haura dah call Dariel?" Tanya Thaqeef sambil mencekak pinggang memeriksa komponen dalam bonet.

Haura menunduk.

"Tak call pun." Jawabnya perlahan. Thaqeef mengerling sekilas melalui mata sisi. Tahulah dia yang Haura bergaduh dengan Dariel. Tak mahulah dia nak tanya lebih-lebih hal rumahtangga orang.

"Emm.. patutlah. Ni kena bawak bengkel ni."

Haura hanya mendongak memandang Thaqeef.

"Takpe. Nanti Qeef call mekanik. Suruh datang angkut kereta Haura pergi bengkel." Thaqeef menilik jam tangannya.

"Sekarang, dah lewat. Qeef hantarkan Haura ya?"

Haura bermain-main dengan jarinya. Dia takut.

"Ta- takpe ke?"

Thaqeef senyap. Dia tahu. Bila bergaduh, macam-macam boleh disalahertikan. Silap-silap Dariel menuduh Haura mempunyai hubungan dengannya pula.

"Okey, kalau Haura takut Dariel marah, Haura call dia. Suruh datang ambil Haura kat sini. Qeef tunggu. Teman Haura kat sini." Kata Thaqeef yang sudah duduk sedikit di atas bonet Haura.

Haura menggeleng kecil.

"Takpe kut. Haura balik dengan Qeef je. Dariel tak marah. Dia faham."

Thaqeef hanya diam. Takpelah. Kalau Dariel marah, biar dia yang terangkan hal sebenar. Takkan dia mahu melihat Haura dimarahi sedangkan bukan salah gadis itu?

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now