• Lamaran •

1.5K 55 3
                                    

"Sudi tak Reen kahwin dengan abang?"

💠💠💠💠💠

Nureen mengeluh untuk kali ke sejuta. Tangannya mengira-ngira wang namun fikirannya melayang teringatkan Rizqi.

Nureen menggeleng kepala laju. Dia pelu lupakan lelaki itu. Walaupun dia perlu menikah beberapa bulan lagi. Nureen mula rasa sebak. Dia sukakan Rizqi tetapi lelaki itu seperti tiada perasaan padanya.

"Reen!" Daerila berlari anak ke arah Nureen yang sedang duduk di kaunter.

"Ila? Kenapa datang? Kedai tak buka lagi." Tanya dia hairan. Daerila tersengih.

"Ala, saja nak datang lepak sebelum sarapan kat sini. Alang-alang tu nak happy kan kau sekali. Kau nampak murung lately ni." Balas Daerila.

Nureen hanya membalas dengan senyuman palsu. Matanya melilau mencari seseorang yang mungkin juga turut berada di situ.

"Haura mana?"

Daerila mencekak pinggang.

"Kau tanya Haura yang dah berlaki tu? Of course lah dia tengah bersweet-sweet dengan abang aku. Dia kan dah berbaik dengan laki dia." Tutur Daerila dengan nada suara meleret-leret.

Nureen tersengih. Yalah, pagi-pagi buta lagi Haura sudah bervideo call dengan mereka semata-mata mahu memberitahu yang dia sudah berbaik dengan Dariel. Malah Dariel juga sudah meluahkan perasaan sebenarnya.

Tiba-tiba, telefon Daerila berdering. Daerila menyeluk isi beg tangannya lalu mencapai telefonnya.

"Hello, assalamualaikum?"

Mata Daerila terbeliak luas dengan riak wajah yang terkejut.

"Ha?!"

Nureen memandang Daerila hairan. Tiba-tiba saja gadis ini menjerit. Apa hal?

"Macam mana dia boleh hilang?" Daerila menekup mulutnya tanda dia benar-benar terkejut. Nureen di depannya sudah berkerut.

"Okey, okey. Baby pergi sekarang." Panggilan ditutup llu disimpan kembali dalam begnya.

"Kenapa?" Tanya Nureen. Daerila memaandang Nureen.

"Abang Rizqi hilang."

Terus terbeliak mata Nureen mendengarnya. Badan yang kendur terus menegak.

"Ha?! Hilang? Macam mana boleh hilang? Kenapa? Bila?"

"Semalam diorang sama-sama pergi daki gunung. Camping kat sana. Lepas tu, entah macam mana pagi ni, diorang bangun Abang Rizqi dah takde."

Nurin laju keluar dari kawasan meja kaunter lalu mendekati Daerila.

"Lepas tu, macam mana sekarang?" Tanya dia mula runsing.

"Tak tahu. Diorang tengah cari sama-sama."

"Jomlah kita cari juga, Ila!" Tangan Daerila ditarik.

"Nak cari kat mana? Kita perempuanlah. Kalau ada binatang buas macam mana?"

"Lepas tu, kau nak cakap Abang Rizqi kena baham dengan binatang buaslah?"

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now