9-suasana penyebab diabetes

Comenzar desde el principio
                                    

Mikaeyl tersenyum sahaja. Dia mengangguk dan terus berjalan ke arah kucing yang berkumpul di atas lantai. Dalam hati, dia dah tergelak kuat tengok Haikal kena piat telinga macam tu. Tapi sebab segan dia mampu tersenyum seorang diri sahaja.

Mikaeyl dah mula rasa lega sedikit selepas dapat meluangkan masa dengan kucing dekat rumah Haikal. Mood dia pulih sedikit. Haikal ada 12 ekor kucing. Semua comel dan gebu, macam karpet.

Mikaeyl punya seronok main dengan kucing Haikal tadi sampai dia lupa nak mandi. Sudahnya nak mandi pun kena paksa dengan Haikal.

Ya la. Dekat rumah tak boleh bela kucing kan? Dapat main sekejap pun sudah rasa seronok habis! Dia galak mengambil gambar kucing-kucing Haikal. Disuruh kucing Haikal posing ala-ala model Victoria Secret sekali.

"Assalamualaikum..." Tiba-tiba, ada suara perempuan memberi salam di depan pintu rumah Haikal.

Mikaeyl tak ambil peduli, mungkin itu jiran Haikal yang datang melawat nak main kucing juga atau mungkin nak pinjam lesung batu tak pun penyapu lidi, yang penting, bukan masalah Mikaeyl. Jadi dia tidak ambil peduli.

"Waalaikumusalam... ha Eisha. Masuk masuk. Lembab betul kau Eisha, meronta dah perut makngah tunggu KFC kau."

Mata Mikaeyl Lee terus terbeliak, sikit lagi nak bergolek bola mata dia ke lantai. Jantung Mikaeyl terhenti sesaat bila terdengar sepatah nama Eisha disebut oleh mak Haikal.

Rasanya macam bergema sebutan 'Eisha' dalam kepala Mikaeyl.

Dia mula terpaku di atas lantai rumah Haikal, otak lelaki yang sedang bersila itu kosong. Perkara pertama yang menyapa fikir Mikaeyl adalah... patut ke dia lari? Selaju seekor zebra dikejar harimau lapar? Atau selaju seekor kerbau hendak menyondol orang di Itali?

Ke dia patut meow sekali pura-pura jadi kucing?

Ya Allah! Dia tak bersedia! Dah la tengah selekeh pakai t-shirt putih dengan seluar menggelebeh si Haikal ni!

Cakap pasal Haikal, ini mesti kerja dia! Kut ya pun nak buat macam ini, kasi la amaran!

Mikaeyl tak sanggup pun nak toleh belakang dan pandang Aniesha. Dia hanya mampu perlahan-lahan bangun dari tempat dia duduk sahaja dan cuba melesapkan diri.

Ya. Dia rasa dia patut pergi tandas dan lari dari sini. Paling teruk pun, dia boleh menyorok sekejap di dalam tandas dan mengambil masa untuk bertenang.

Apa yang dibualkan Eisha dengan Puan Zainab Hayati dah tak boleh nak difahamkan Mikaeyl sebab jantung dia punya berdebar tak boleh dibawa bergurau dah.

Rasanya petang tadi dia sungguh teruja nak jumpa Aniesha, bahkan sedih sekali sebab terpaksa tangguh perjumpaan tersebut. Tapi sekarang? Kenapa rasa macam nak cabut lari sahaja?

Mikaeyl berharap langkah dia tak disedari siapa-siapa. Dah nak dekat dah dengan tandas rumah Haikal di dapur.

Cermat sekali Mikaeyl melangkah.

Tinggal dua langkah lagi sebelum sampai... satu sahaja lagi sebelum dia boleh lari.

"Ha Mikaeyl! Nak pergi mana tu?" Ada nada ceria yang muncul tiba-tiba diikuti dengan muka ceria Haikal yang mengundang rasa cuak di dalam hati Mikaeyl Lee yang sudah sedia berdebar tadi.

Haikal yang muncul dari dapur membuatkan Mikaeyl rasa makin cemas. Dia tahu maksud di sebalik senyuman lebar di wajah Haikal berserta kening yang diangkat sekali tu. 

Maksudnya Mikaeyl akan mati malam ini. Ya. Mati. Mati! Nama dia bakal menjadi arwah Mikaeyl Lee Bin Tajuddin Lee!

"Aik? Nak lari ke mana tu Intan Payung?" Haikal bisik perlahan sebelum memusingkan badan Mikaeyl ke hadapan secara paksa. Wajah kosong Eisha menyapa pandangan Mikaeyl.

Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora