9-suasana penyebab diabetes

2.3K 448 153
                                    

Selesai Mikaeyl mandi dan menukar pakaian, dia tergerak hati hendak membantu menyediakan meja makan sementara menunggu mak Haikal pulang dari rumah jiran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai Mikaeyl mandi dan menukar pakaian, dia tergerak hati hendak membantu menyediakan meja makan sementara menunggu mak Haikal pulang dari rumah jiran. Takkan lah dia nak duduk melangut sahaja bila menumpang makan di rumah orang, kan?

Mikaeyl terus berjalan ke arah periuk nasi. Dia mengambil 4 buah pinggan. Senduk turut dicapai. Baru sahaja Mikaeyl nak menyendok nasi ke dalam pinggan untuk Haikal dan ibu bapa Haikal, bahu Mikaeyl terhinjut disergah Puan Zainab dari belakang.

Berhenti sekejap jantung Mikaeyl Lee saat suara lantang Puan Zainab Hayati mengetuk gegendang telinga dia.

"Mikaeyl! Ya Allah! Tak payah cedok cedok nasi ni nak oi. Biar acik aje buat." Senduk nasi dirampas dari tangan Mikaeyl yang kini sudah berdiri tegak serupa patung manekin di pusat membeli belah. Mata Mikaeyl terbeliak sedikit. Masih terperanjat.

"Haikal Deedat Bin Ahmad Hakim! Meh sini anak bertuah!" Puan Zainab memanggil anak bongsu dia serupa nak ajak bergusti.

Haikal yang tengah tersengih membaca hiburan di Twitter terperanjat bila nama dia disebut. Dia berhenti bersandar di tepi peti ais lalu mendekati Mikaeyl dan emaknya. "Kenapa mak?" Dengan selamba, dia menyoal. Tidak mempedulikan wajah berang emaknya yang dah rupa-rupa pembunuh siri dah.

"Kau suruh tetamu senduk nasi kau dengan nasi mak abah?"

Haikal mengangguk dengan riak muka suci macam baru lahir semalam. Langsung tak ada riak serba salah. "Biar la dia belajar hidup berdikari mak. Bukannya dia tak ada tangan. Nanti Haikal dah tak ada, Najmi dah tak ada. Tak ada la dia terpinga-pinga tak reti nak senduk nasi."

Pantas Puan Zainab menarik telinga anak dia dengan segala tenaga yang ada sesaat selepas Haikal mengeluarkan kenyataan terlebih bijak tersebut. Dipiat ke depan ke belakang telinga Haikal macam tengah press motor. Haikal pula apa lagi, menjerit sekuat hati lah menahan sakit.

"Kau kalau tak menjawab soalan mak macam jawapan tu hasil kau fikir guna lutut, tak sah ya? Kau ingat si Mikaeyl ni tak cukup sifat ke senduk nasi pun tak reti sampai kena belajar?"

"Tak ada la macam tu mak. Aduh lepas lepas." Haikal menolak tangan emaknya sambil menjerit kuat.

Akhirnya mak Haikal melepaskan telinga anak bongsu dia. Budak tu kekal mengerang kesakitan. Puan Zainab puas hati mengetahui Haikal yang tak pernah matang itu sengsara. Umur dah lanjut, kalau kahwin boleh dapat anak seorang pun perangai macam baru habis tadika semalam.

Akhirnya dia kembali menumpukan perhatian kepada Mikaeyl yang sedang terhibur menyaksikan kejadian tersebut. Suara macam squad leader kawad Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Puan Zainab bertukar kepada nada lembut bila dia mula bercakap dengan Mikaeyl Lee.

"Haih... maaf la Mikaeyl. Kawan kamu ni memang macam ni perangainya. Dari kecil buat makcik pening kepala. Pergi la kamu duduk sana dulu, main kucing ke apa. Lauk pun belum habis panaskan lagi."

Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now