Nadhir memandang Syifa sebelum menggelengkan kepala.

  "Saya makan cuma taknak berbau la malam-malam ni."kata Nadhir.

  "Eleh nak tidur dengan isteri la tu."kata Rafi dengan senyuman nakal.

  Terjengil mata Syifa memandang Nadhir.

  "Jangan sesekali masuk bilik saya!"kata Syifa.

  "Dah jangan gaduh-gaduh.Syifa apa salahnya Nadhir tidur sebilik sekatil korang dah sah suami isteri kan."

  "Ya tahu tapi tak lama lagi kita orang nak bercerai dah.Elok Ima sampai petang tadi awak pun dah ada kan? Kita settle kat sini terus!"kata Syifa.

  "Memang dah takda peluang untuk abang ke?"

"Syifa sayang.."

"Ehem, kita makan lah dulu."celah Rafi.Nadhir mengeluh.

Jam sudah menunjuk pukul 11 malam.Nadhir dan Rafi masih di ruang tamu menonton bola.

"Pergi lah tidur bang, dah ngantuk sangat muka tu."Nadhir hanya tersenyum.

Tak lama kemudian terdengar tangisan Nadim kuat dari bilik atas.Pantas kakinya melangkah naik ke tingkat atas.

"Syifa, buka pintu ni."kata Nadhir mengetuk pintu bilik itu.

"Awak nak apa?!"marah Syifa dengan Nadim yang menangis kuat di dukungannya.

"Sini bagi Nadim dekat abang.Kenapa dia menangis?"soal Nadhir.

"Saya tahulah anak saya, awak tak payah sibuk!"kata Syifa.

"Sayang, shhh sian dia."diambil juga Nadim dari dukungan isteri.Kepala si kecil di usap perlahan-lahan.

"Shh subhanallah.."dia mengalunkan beberapa buah lagu selawat dan tasbih di telinga si kecil.

"Dah tidur dah.Nak letak dia kat mana ni?"soal Nadhir setelah berjaya menidurkan Nadim.

"Dalam coat baby tu."tunjuk Syifa.Nadim diselimutkan dengan selimut nipis.

"Selamat malam anak papa."
Dahi Nadim dicium.Dia berpaling memandang Syifa yang berdiri tegak di pintu bilik.

"Apa lagi keluar lah."kata Syifa.Nadhir tayang senyum nakal.

"Abang nak tidur sini malam ni.."dia merebahkan diri ke atas katil.

"Tidur atas katil ni nak peluk Syifa."

"Banyak la nak peluk orang, kalau nak tidur sini pergi tidur sana!"sofa yang hanya untuk seorang duduk ditunjuk.Nadhir mengeluh.

"Sakit la badan abang nanti.."

"Dulu saya tidur hari-hari saya cakap macam tu abang cakap macam mana?"

"Suka hati kau lah badan kau."balas Syifa.Nadhir terdiam lama.

"Abang nak tidur dengan Syifa."

"Kalau nak tidur bilik ni tidur atas sofa sana, jangan perasan boleh tidur atas katil ni!"

"Fine! Abang tidur sana!"kata Nadhir bergerak menghampiri sofa itu.

"Goodnight! Semoga tidur lena."kata Syifa sinis sebelum suis lampu dimatikan.

  PAGI esoknya, Syifa menyiapkan Nadim yang sudah bangun dari tidur.Nadhir yang semalam tidur di atas kerusi sekarang sudah terlentang tidur di lantai tanpa sebarang bantal dan selimut.

  "Aduh.."Syifa berpaling apabila terdengar suara Nadhir.

  "Selamat pagi papa.. lena tidur?"kata Syifa sambil menggerakkan tangan Nadim.

  "Hm.."gumam Nadhir.Macam la dia tak tahu Syifa sindir dia.Aduh menyesal tidur sini kalaulah tidur dengan Rafi semalam tak jadi macam ni.

  Dia bangun lalu berjalan dengan tubuh yang bongkok menahan sakit pinggang.

  "Ammpapama.."Nadim menghulurkan kedua-dua tangan ke arah Nadhir.

  "Kejap ya sayang..papa nak mandi kejap nanti papa ambik ya.."

  "Jom turun dekat nenek sayang, Nadim makan nasi dulu lepastu main dengan paksu ya."kepala Nadim dicium berkali-kali.

  "Abang nak suapkan dia boleh?"terhenti tangan Syifa yang menyuap nestum kedalam mulut Nadim.

  "Boleh tak?"

  "Hm nak sangat ambiklah, jaga dia terus sehari ni saya nak buat kerja rumah."kata Syifa dingin.Mangkuk dihempas ke atas meja.

  "Anak papa makan nestum ya, say aaaaaaaaa!"Nadim tersengih sebelum membuka mulut dengan luas.

  "Sedap?"

  Syifa memandang mereka berdua dari dapur.Dia melepaskan nafas panjang.

  Beep beep beep

Ima:
Aku dah settle dengan Rafi dekat makhamah sini.Kau pujuk Nadhir insyaAllah lusa hubungan korang settle.

  Tiba-tiba sahaja dia menjadi sayang dan takut untuk melepaskan Nadhir.Dia nampak lelaki itu dah berubah tetapi...

Benarkah?

5 Julai 2021

Bukan Pilihan HatiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang