Bab20

10.5K 281 18
                                    

Tok tok tok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tok tok tok

"Ya siapa tu?"

"Ni saya boleh saya masuk tak?"soal Zidan terlebih dahulu di luar bilik.

"Boleh, masuk lah."arah Syifa apabila sudah tersarung tudung di kepalanya.Pintu bilik dibuka seluas yang mungkin.Muncul Zidan dengan paper bag ditangan.

"Apa tu?"

"Saya shopping baju baby!"kata Zidan ceria mengeluarkan baju-baju dari paper bag.

"Awak, kenapa banyak sangat.."kata Syifa perlahan.

"Alaaa, anak saya juga kan?"seloroh Zidan.

"Nanti dia dah keluar, saya nak dia panggil saya baba."kata Zidan dengan ceria.

"InsyaAllah, aduh!"kawasan perutnya dipegang.Zidan cemas memandang Syifa.

"Awak dah nak beranak ke? Eh awak?"soal Zidan bertalu-talu.Syifa menggeleng kepala.

"Baby tendang."Zidan tergelak kecil.

"Risau saya tengok awak, perut tu dah besar macam nak meletop dah."

"Ni baju saya beli warna pink! Cantik sangat gaun ni saya suka."kata Zidan.

"Awak, saya tak scan lagi baby ni lelaki ke perempuan."

  "Takpalah, kalau lelaki boleh pakai untuk adik dia nanti."Syifa tersenyum kelat.

  "Jom, saya ada beli laksam lemak yang awak nak tu."Syifa terus teruja mendengar kata-kata Zidan.

"Saya nak makan!"kata Syifa ceria.Zidan tergelak.

Sampai sahaja di dapur, Hajah Zainun memandang Syifa yang sudah tidak sabar untuk menikmati laksam.

"Sedapnya!"kata Syifa.

"Awak tak makan?"Zidan hanya menggeleng.

"Dia mana makan laksam ni.Dia makan laksa je."kata Hajah Zainun menyuap ke dalam mulutnya.

"Habistu awak nak makan apa?"

"Takpa, saya dah makan dekat luar tadi."kata Zidan.

"Cuba la makan."

"Tak boleh, muntah saya nanti."Zidan tersengih.Syifa mengangguk terus kembali menyuap laksam kedalam mulutnya.

  "Umi, kejap lagi Dan nak keluar balik."

  "Hah nak pergi mana pula?"soal Hajah Zaitun.

  "Nak pergi ambil cots baby tadi tertinggal."Zidan tersengih.Syifa memandang Zidan.

  "Awak, takpayah la beli benda-benda macam tu."kata Syifa perlahan.Hajah Zaitun tersenyum.

  "Takpalah, beli untuk baby Syifa nanti senang."

Bukan Pilihan HatiWhere stories live. Discover now