"Kau settle sendiri? Apa jadi ni? Ish, pening aku. Kau cerita cepat." Kening Amin hampir bercantum.

Tak cerita kali ni, memang Luth makan penyepak Siam dia!

Payah sungguh nak suruh Tuan Putera Luth Arashy ni buka mulut. Suruh cerita je pun bukannya tulis cerita jadi novel. Yang tu dia pun surrender awal-awal!

Luth berjeda.

"Iralna..."

"Siapa?" Riak muka Amin berubah. Blur.

"Iralna lah."

"Siap... Oh, Irel. Ha...kenapa dengan dia?" Baru Amin dapat tangkap siapa gerangan Iralna yang dimaksudkan Luth.

Mana ada siapa panggil Irel dengan Iralna. Luth tu je yang mana entah datang ribut dia panggil Irel dengan Iralna.

"Aku rasa kan..." Luth kunci bicara selepas tiga patah perkataan keluar. Coklat Coki-coki ditarik masuk mulut.

Amin berdengus. "Cakap bagi habis boleh tak? Sekerat-sekerat ni ingat aku boleh baca fikiran kau ke?!"

"Entah..."

"Apa yang entah?!" Amin berang. Ya Allah, sabar je la!

"Entahla aku nak cakap apa, lupa." Luth angkat bahu. Macam biasa, none expression.

Tengok muka dia macam tengok masa depan. Tak tahu apa akan jadi. Baik ke buruk ke, kelam atau cerah. Memang tak dapat baca. Yang tahu, kosong je.

"Ayat kau ni boleh bawak gaduh tau tak?! Sampai ke cucu cicit aku tak habus perang dengan kau!"

"Sapa nak lahirkan cucu untuk kau?" Luth berkalih pandang Amin. Selamba dia mengemam coklat.

Amin menggeleng. "Kau tak betul. Malas aku layan tak betul kau. Kau tak betul lah sorang-sorang kau."

Aiseh, berapa banyak tak betul daa...

"Aku nak Iralna. Nak dia..."

Belum sempat Luth habis berkata, Amin potong laju. "Irel? Kau nak apa dengan dia? Ingat Allah Luth, kita ni SPM pun tak habis lagi, jangan kau buat pasal. Sijil pelajaran pun tak ada, macam mana kau nak ambil sijil nikah, hah? Kau ni kenapa bengong sangat?!"

Ton Amin kuat bertanyakan Luth. Terkejut mix tak percaya.

Air muka Luth yang langsung tiada, berubah. Memerah kulit putih pucatnya. Luth berdiri. Beg sukannya, disangkut pada bahu kiri. Sebelah lagi dibiar terjuntai.

"Aku nak Iralna..." Luth berjeda lagi. Rambut depannya diusik. "Nak dia amik..."

"Weh apa dia siak?! Kau tak payah nak buat saspens bagai!" Amin bangun. Menyamakan ketinggian dengan Luth tapi Luth lebih tinggi.

"Nak dia amik bawah meja dia. Cau!" Luth terus buka langkah laju meninggalkan Amin.

Bukan.

Sebab dia nampak kelibat seseorang di belakang sahabatnya itu.

Amin terlongo. "Kau letak apa siot?!"

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now