Rafli nampak terpempan dengan amarahku. Bukan Rafli je, semua sekali.

Aku jeling mereka sekilas sebelum berlalu pergi. Kaki aku hentak-hentak macam Boboiboy halilintar!

"Sabar Ir..." Izham cuba menghalang laluanku.

"Kau jangan cuba dekat dengan aku!" Aku tolak tangannya yang menghadang.

Iya aku faham situasi mereka. Tapi aku tak faham macam mana diorang boleh nak cari Luth dan bawa dia ke bilik disiplin. Tahu tak bilik disiplin tu dah dikira masuk penjara tanpa ada perbicaraan di mahkamah?!

At least dengar dulu penjelasan dia and in order to do that, Luth kena masuk bilik tatasusila dulu, bukan bilik disiplin terus!

What the line they are trying to cross?! Justice? Humanity line?

Oh just damn on it!

❍☆❍〃

"Hei." Nafas lega aku hela. Ya Allah, akhirnya...

"Luth..." Kasar aku panggil dia.

Tahu tak betapa aku bersyukur sangat sebab dah jumpa dia sekarang ni? Rasa nak je aku letak dahi atas lantai koridor.

"Iralna..." Luth berkalih pandang aku. "Kau buat apa kat sini?"

"Cari kau." Aku berdoa sangat tadi aku jumpa dia dulu sebelum orang lain dan alhamdulillah makbul jugak.

"Kau datang sini nak seret aku jugak ke?" Tanpa riak, Luth bertanya.

Aku berdesis sebelum berdiri di sebelahnya yang duduk berjuntai kaki atas tembok koridor. Dekat sini dia rupa-rupanya. Bilik multimedia, blok Angin.

Yang tadi cari dekat blok Tanah, bilik sukan.

"Kau rasa?" Soalan berbalas soalan.

Tak pernah sekali pun aku dapat peluang bercakap dengan dia selama ni dan bercakap dengan dia tak adalah menakutkan macam yang dikhabarkan.

Ramai nakkan Luth, cuba dekat namun satu pun tak berhasil. Katanya dia terlalu sombong, hanya pilih rupa untuk berkawan.

Aku tak pernah nampak dia bersembang dengan gadis lain. Tak tahulah luar dari sekolah dia ada pasang girlfriend ke apa tapi macam mustahil.

Luth seorang yang susah didekati.

"Kau nak heret aku? Heret la, aku sedia." Luth tiba-tiba berdiri. Sangat hampir denganku dalam jarak tiga jengkal sahaja.

"Aku bukan cari kau sebab tu." Aku dongak pandang dia yang tinggi.

Haish, jeles betul aku orang tinggi-tinggi ni.

"Tinggi kau berapa Luth?" Spontan je soalan meluncur dari bibir.

Luth pandang aku pelik. "Kau apahal tiba-tiba ni? Kalau sakit, jangan depan aku. Pergi jauh-jauh."

Pergh ayat dia makan dalam sungguh.

"Ceh, tak ada maknanya aku nak sakit depan kau! Takkan aku suruh kau ubatkan pun!" Jelingan aku hadiahkan padanya.

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now