Tak lama kemudian, terdengar suara lelaki itu kembali.

"Akad apa bro?"soal Zidan kenbali.

"T..takdalah."nafas dihela.

"Kau sihat tak?"soal Nadhir.

"Sihat bro alhamdulillah, aku tak sabar nak balik sana nak confess dekat pujaan hati aku ni."kata Zidan.Rasa bersalah semakin mencengkam hatinya.

"Kau okey tak Nadhir?"

"Aku okey."balas Nadhir perlahan.

"A..aku minta maaf bro, aku minta maaf sangat-sangat"

"Ya bro, dah la tu minta maaf bukan hari raya pun."kata Zidan.

"Nadhir, mari pakai inai."jerit Datin Faida dengan kuat.

"Inai? Buang tebiat ke kau pakai inai?"soal Zidan pelik.

"Sorry bro, aku minta maaf banyak-banyak.Bye Assalamualaikum."talian dimatikan.Terus dia bergerak masuk ke dalam rumah.

"Kena pakai inai ke pula?"tanya Nadhir malas.

"Rafi?"tegur Nadhir apabila Rafi turun dari tingkat atas dengan baju melayu bewarna babyblue ditangan.

"Rafi gosok baju ke?"soal Nadhir.Rafi mengangguk.

"Gosok abang sekali ek?"Rafi mengangguk pasrah.

Datin Faida tersenyum memandang kedua-dua anaknya.Hey sorang dah nak kahwin.Sorang bujang lagi.

"Dah nak kahwin dah dia."rambut Nadhir digosok perlahan.Nadhir hanya tersenyum kelat.

Separuh hatinya gembira tetapi separuh lagi tidak.Dirinya tersepit di antara keluarga dan sahabat.

Begini ke perasaan Zidan semasa dia perlu memilih antara sahabat dengan gadis yang dia cintai?

"Nadhir okey tak?"soal Dato Fadli.Nadhir mengangguk.

"Doa dah baca? Dah hafal semua?"Nadhir angguk lagi.

"InsyaAllah esok semua akan berjalan dengan lancar."

  "InsyaAllah.."balas Datin Faida.Nadhir hanya memandang jarinya yang sudah dipakai inai.Dia mengeluh perlahan.

  Maafkan aku, Zidan.


  Sudah tiba hari yang dinanti bagi kedua-dua belah pihak.Nekmah tersenyum memandang Nadhir yang sedang memakai samping songket bewarna putih keemasan.

  "N..Nadhir."Nadhir duduk melutut dihadapan kerusi roda itu.Sedaya upaya dia cuba memaniskan wajahnya.

  "S..senyum sikit jangan muram sangat.H..hilang seri pengantin."kata Nekmah perlahan.Nadhir mengukir senyuman buat neneknya.

  "Nadhir buat semua ni sebab nenek."dipeluk erat tubuh tua itu.

  "T..terima kasih."

  "Sini Nadhir ibu pakaikan bedak sikit lipstick sikit."Nadhir tayang wajah meluat.

  "Bedak je lah, taknak pakai gincu."kata Nadhir.

   "Iya lah."Rafi hanya bersandar di dinding memandang si abangnya yang tengah bersiap.

  "Rafi dah siap ke?"soal Nadhir.Rafi angguk kepala.Dia selaku pengapit Nadhir perlulah sentiasa segak.

Hahahaha.

  Rombongan pengantin lelaki tiba di rumah Encik Karim.Semua tetamu mula memenuhi ruang tamu rumah itu.

Nadhir memandang Syifa yang berjalan diiringi dengan dua orang perempuan.Mata yang menatap wajah gadis itu dilarikan memandang tempat lain.

"Sebelum kita mulakan saya nak tanya dah betulkan pengantin lelaki dengan perempuan ni?"soal Tok Kadi.Nadhir mengangguk perlahan.

"Bagus mari kita mulakan."bahu Nadhir ditepuk lembut oleh Encik Fadli untuk memberi semangat.

Tangan Encik Karim yang dihulur itu dipandang sebelum menghela nafas kasar.

Maafkan aku, Zidan.

  "Aku nikahkan akan dikau dengan anak perempuanku Qasmira Nur Syifa Binti Muhammad Karim dengan mas kahwin sebanyak Rm2220 ringgit tunai."

Ruang tamu yang dari bising menjadi sunyi ternanti balasan dari Nadhir.

  "A..Aku."bibirnya terketar-ketar ingin berkata.Matanya dipejamkan.

  "Aku terima nikahnya Qasmira Nur Syifa dengan mas kahwin sebanyak Rm2220 ringgit tunai."

"Sah!"terdengar sahaja kata sah dari wali.Dato Fadli menghembuskan nafas lega.

  "Alhamdulillah!"

  Syifa memeluk erat Maksu dan ibu mertuanya.

  "Terima kasih ibu."Syifa menunduk mencium tangan tua itu.Nekmah tersenyum memandang mereka dari tempatnya.

  "Pergi solat sunat."arah Dato Fadli.Nadhir mengangguk lalu berdiri.Dia bergerak ke arah sejadah yang sudah disediakan.

  Selesai solat sunat terus dia bergerak ke arah pelamin untuk pembatalan air sembahyang.

  "Senyum sikit."bisik Datin Faida.Terus Nadhir mengukirkan senyuman.Dia duduk bersebelahan dengan Syifa.

  "Assalamualaikum isteri."kata Nadhir selamba.

  "Waalaikumussalam."jawab Syifa perlahan.

  "Bak tangan."arah Nadhir.Disarungkan sebentuk cincin emas di jari manis Syifa.Seterusnya giliran jari manis Nadhir.

  "Ambil gambar sikit!"

Tangan Nadhir naik memegang ubun-ubun Syifa lalu dibacakan ayat yang sudah dihafal dari tiga lepas.

  "Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar."kata Datin Faida apabila jam sudah menginjak enam petang.

  "Nadhir, Zidan tak datang?"Nadhir menggeleng lemah.Telefonnya tidak berhenti mendapat call dari Zidan.Dia terpaksa mematikan telefonnya.

  "Pergi lah naik Nadhir.."arah Encik Karim.

  "Baik uncle"Nadhir berdiri.Encik Karim memandang menantunya yang sedang mendaki tangga.

Nampaknya, Nadhir memang bencikan dirinya sehingga tak sanggup memanggil papa.

  "Buang tebiat ke budak tu tiba-tiba uncle."

  "Eh Rafi kenapa ni?"soal Datin Faida apabila melihat Rafi yang terbongkok dengan muka berkerut.

  "Sakit."tangannya memegang di sekitar pinggangnya.

  "Kamu salah makan ke?"Rafi mengangkat bahu tanda tidak tahu.


TBC
10 Jun 2021

Bukan Pilihan HatiWhere stories live. Discover now