62

3.4K 149 10
                                    




VOTE! 😈 😈 😈 😈 after this agak banyak pendedahan about terapi lah but not start at this chapter maybe next few chapters hohohooh

















"Abang As nak lama ke dekat sini?"

Asfa mengangguk saja tanpa memandang Adira.

Adira senyum sebelum memandang Azri. "Jom, Ri. Kita tunggu dekat kereta." Dia tunduk memandang Abang As yang masih berteleku di sisi pusara arwah ayah. Kemudian, matanya memandang nama ayah yang terukir. Zulkarnain bin Zainuddin. Ayah. Maaf kalau Adira buat setakat yang mampu saja. Maaf kalau Adira masih minta pada ayah untuk doakan Abang As walaupun ayah dah selamat dekat sana. Ayah nak rehat dekat sana tapi... Dira masih minta ayah ada untuk Abang As. Bibirnya tersenyum tawar. Dia kesat pelupuk matanya yang basah. Abang As dah berjaya, ayah. Abang As dah menang dalam battle dia. Itu yang penting. Amin ya rabbal 'alamin. Alhamdulillah sangat-sangat.

Azri menapak di sebelah Adira dalam mereka sama-sama menuju ke kereta di tepian jalan. Dia memandang langit yang kelihatan redup sahaja. Macam nak hujan. Kemudian, dia memandang pula Kak Adira di sebelahnya. "Kak."

Adira pandang Azri dengan lenggok biasa. "Em?"

"Ada kemungkinan ke Abang As akan jadi balik?'

Dia diam mendengarkan itu dengan bibir yang tersenyum tawar. Dia dan Azri sama-sama bersandar di sisi kereta. Dia tahu Azri memandangnya dan sedang menunggu jawapannya. Dia menarik nafas panjang dan melepaskan perlahan. "Ada kemungkinan." Dia pandang muka Azri yang berubah serta merta. Dia tunggu balasan kata adik tirinya itu.

Azri tunduk memandang jalan tar. "Takkan Abang As kena teruk lagi. Nak dekat dua tahun, kan? Tu dah habis teruk dah."

Adira menghela nafas berat sebelum melepaskan perlahan. "Abang As boleh. Kita mesti lah lagi boleh." Dia menyiku lengan Azri. "Kau try lah ikut ibu pergi kelas kaunseling Black Sheep tu. Cuba dalami. Cuba faham. Lagi satu, buat biasa je dengan Abang As. Jangan la pandang dia macam dia tu sakit lagi, macam tetiba je dia boleh kena sawan, tetiba je dia boleh gelak la apa la. Buat biasa je. Jangan pandang pelik." Azri diam memandangnya. Dia diam menghela nafas dan bersuara lagi. "Ada yang lagi teruk sakitnya dekat luar sana, Ri. Abang As memang kena sangat teruk. Kalau ikutkan, memang tempat Abang As dalam hospital je la tak boleh keluar. Tapi Abang As nak keluar. Kita nak Abang As keluar. Itu yang jadi kekuatan. Semangat Abang As sendiri dan kita juga." Dia diam lagi kemudian menyentuh bahu Azri. Dia pandang wajah Azri. "Akak tak berniat nak beratkan Ri, nak beratkan ibu Ri dengan hal Abang As. Sebab tu, akak nak Ri faham. Kerja Ri, teruskan je. Urusan harian Ri, teruskan je. Tadek sape nak ganggu. Abang As lagi lah takkan ganggu. Buat biasa je. Layan Abang As macam mana Ri layan orang lain juga. Abang As dah berjaya keluar, tu maknanya Abang As dah boleh jaga diri. Doktor yakin Abang As tak perlukan pemantauan ketat lagi. Jadi, Abang As tahu diri dia bila yang dia bakal relapse, bila yang dia bakal sakit dada, muntah, menangis, meraung. Biarkan urusan dia. Kita jangan kacau. Yang penting, Ri teruskan kerja Ri dan jangan takut dengan Abang As. Tu je. Sambil-sambil tu kalau free ikut la ibu pergi kelas kaunseling. Bukan senang untuk Abang As je. Tu semua untuk Ri juga. Faham apa yang akak cakap?" Azri diam dengan bibir yang agak muncung. Dia ketawa kecil dan menambah lagi. "Akak tahu Ri nak tolong Abang As. Tolong lah. Cuma jangan takut. Layan macam biasa je. Tu dah tolong Abang As lah tu. Buat Abang As rasa diterima. Buat Abang As rasa dia kembali ke rumah; home, bukan tempat baru. Buat Abang As rasa... ini lah tempat dia. Boleh?" Azri mengangguk. Dia senyum kecil dan menambah. "Akak taknak Ri rasa terbeban jadi buat mana mampu. Jangan sampai kacau urusan Ri pula. Kita semua ada kerja, kan?"

Azri diam saja dengan anggukan kepala. Dia pandang belakang Abang As yang agak bongkok mungkin sedang menyentuh batu nisan arwah ayah. "Ada abang yang merupakan orang gila." Pada mulanya, kedengaran kelakar dan ganjilnya. Tetapi sebaik melihat Abang As boleh hidup di samping mereka di dalam sebuah rumah besar yang sama, dia nampak yang Abang As benar-benar berusaha untuk kembali seperti dulu; kerja, gelak ketawa, Dhiya, macho, etc— Memang la dia tidak rapat dengan Abang As daripada dahulu lagi sebaik saja ibu berkahwin dengan arwah Encik Zulkarnain, tetapi padanya itu semua hubungan standard la di antara adik-beradik tiri. Lagipun, dia ada kawan di luar untuk melepak dan membuang masa. Dan kini, melihat ibu yang agak gigih menghadiri kelas dan membaca buku-buku kesihatan mental, memasak, menyusun ubat Abang As supaya Abang As tidak langsung berkesempatan untuk mengambil sendiri risau nanti bakal overdose atau salah guna, keadaan Abang As yang kadang kala diam memaku di satu tempat yang kadang kala ke hulu ke hilir entah cuba mengusahakan apa, dia rasa semua itu sungguh la baru. Abang As nampak sihat tetapi dalaman lelaki itu seperti masih... kosong. Dia memandang Kak Adira. "Kita kena cari Dhiya, kak."

Keringnya Sekeping HatiWhere stories live. Discover now