7

5.9K 281 42
                                    

Im typing late sorry for the waiting waaaaa *crying emojis*


"Lama dah tak nampak Asfa. Apa khabar dia?"

"Dia busy. Angah pun busy tolong si Fiza tu. Tapi dia sihat je. Ada je call angah lagi." Dhiya menjawab sambil mengigit roti bakar.

Puan Rohaya yang duduk menonton TV terus memandang Dhiya. "Tapi tak dengar dah malam-malam angah borak dengan dia?"

Dhiya meneguk air. "Balik lambat kan, mak. Penat nak borak. As kan kerja ikut shift. Takpelah, angah dah lambat. Pergi dulu." Dia mencapai pisang dan terus berlari keluar.

Dhiya mencengkam stereng, menarik nafas dan dilepaskan perlahan. Dia ulangi untuk beberapa kali dan baru lah dia memandu pergi. Keretanya ini tidak diletak di hadapan rumah kerana sempit jadi diletakkan saja di kawasan lapang yang berada di hujung taman. Jiran di hadapan rumahnya turut parking di kawasan sini.

Sudah tiga minggu dia bekerja bersama Fiza; sepupu jauhnya yang meminta pertolongannya itu. Jadi sudah hampir sebulan dia dan Asfa tidak bertegur sapa. Ashraf di sebelah rumah juga ada bertanya kerana lama tidak ternampak bayang-bayang Asfa mengangkutnya berjalan. Dia tidak menjawab, dia hanya menjeling saja. Nasib baik Ashraf itu reti bahasa dan tidak bertanya Mak. Kalau tak, habis kecoh. Serabut.

Sedih? Sedih lah juga. Tapi nasib baik sekarang sudah sibuk dengan kerja. Teramat sibuk dengan kerja. Dia mahu menyelesaikan cepat kerana tidak mahu berjumpa lelaki itu lagi.

Yusri.

Dhiya memejamkan mata di traffic light.

Yusri itu teman sepejabat lama. Dulu dia pernah bekerja sementara di salah satu syarikat tanah kerajaan. Di situ lah adanya pakcik-pakcik tua yang tidak sedar diri kubur sudah memanggil tetapi masih berlagak muda remaja bergetah segala. Sungguh lah jijik melihat gelak ketawa dan pandangan setiap orang tua ganyut itu. Yusri pula lelaki yang berusia 40-an. Katanya masih belum berkahwin. Dia rimas dengan setiap pekerja lelaki di situ yang hampir berbelas-belas orang. Pekerja perempuan pula dirangkumi oleh makcik-makcik dan yang sudah berkahwin. Jadi gurauan dan perbualan kosong yang berkisar lawak bodoh perkahwinan, cinta, kopi kuat, ubat pengetat dan bermacam-macam lagi lah sungguh lah bagaikan satu mimpi ngeri padanya. Jadi dia berhenti. Sudah hampir empat tahun dia berhenti jika diikutkan. Dan kerana itu lah dia terkejut bagai nak gila apabila Yusri tiba-tiba menegurnya di hari dia keluar bersama Asfa di hari kelahirannya berbulan-bulan dulu. Entah lelaki itu sudah berkahwin atau belum sekarang dia tidak tahu. Mungkin lelaki itu hanya sekadar menegur kerana masih mengenali dirinya walaupun sudah bertahun berlalu. Dia tak kisah niat lelaki itu semata itu atau apa. Yang dia tahu dia tak suka lelaki. Dia benci. Dia takut. Hanya dengan Asfa je dia okay. Dah lah Yusri menegurnya macam lah dorang ni dah kenal lama dan macam lah dorang ni kawan lama yang rapat sangat nak bermesra-mesra macam tu. Jadi apabila Yusri sepertinya tidak faham dengan bahasa badannya yang berundur dan memandang lain, terus lah dia mengeluarkan pisau. Malas mahu berlama-lama berada di dalam ketakutan macam tu.

Dan sekarang, tiba-tiba pula ada muka Yusri itu muncul semenjak tiga hari lalu di pejabat guaman tempat dia dan Fiza bekerja. Rupa-rupanya lelaki itu sedang menguruskan hal penceraian. Seperti drama Melayu Maghrib bodoh yang lain, Yusri cuba mengenali dirinya pula dengan alasan untuk berkawan. Mungkin ye lah lelaki itu sekadar mahu berkawan kerana di ambang perceraian dan dia sunyi segala jenis jadi mahu tempat untuk mengadu, tetapi dirinya TIDAK MAHU dan TETAP TIDAK MAHU. Susah sangat ke nak faham? Kerana dia tahu sangat apa yang ada di dalam kepala lelaki sejenis Yusri itu.

Dhiya menggelengkan kepala cuba membuang semua benda yang sesak. Tolong lah jangan ada muka yang menyakitkan lagi hari ni. Aku just nak buat kerja lepas tu nak balik. Kalau aku boleh work from home, dah lama aku buat. Tapi macam tak beradab pula. Tambah-tambah semua files ada dekat situ. Susut kepala.

Keringnya Sekeping HatiWhere stories live. Discover now