45

4.3K 219 27
                                    




this chapter haaaaaa saya rasa susah gila nak buat sbb the emotion tu... got some true event in this especially part asfa nangis itu yang hmmm I need rest yesterday kalau tak I pulak yg relapse hehehhehehe. patu kaaaan emmm VOTE lah! hehehhe k asyeh 😈 😈 😈. patu patu patu really hope this chapter came out ok DHIYA SO KECAMUK IN THIS ONE CAUSE THAT WHAT I FELT! kalau korang tak faham apa yg dhiya rasa, seriously korang patut syukur sbb tak kena cinta yang bodoh sweet pain macam ni uhuk100 🥺 🥺 🥺. OK VOTE HAPPY READING kikkikiiiik 😈 😈 😈








Asfa senyum yang "akhirnya lepas rindu di hati".

Dhiya pula senyum lebar yang begitu kelihatan gembira dengan adakala matanya memandang lain. Sebelum kembali memandang wajah Asfa. Lelaki itu baring mengiring dengan bantal dipeluk menutup dada. Mata kuyu Asfa. Bibir Asfa. Rambut terjuntai di dahi Asfa. Lengan Asfa.

"Sihat?" Asfa berbunyi.

Dhiya mengangguk dengan senyum lebar. Matanya kembali memandang lain menghilangkan rasa malu dulu sebelum dia mendekatkan pipi ke skrin iPhone menunjuk kulit mukanya. "Kulit saya makin cantik. Haaaa tengok dekat. I makin putih I makin licin nanti boleh makan."

Asfa senyum hanya menikmati si baby pendeknya ini yang maha comel. Gelagat Dhiya ini yang dia tersangat rindu. Segala berkenaan Dhiya, dia rindu. Dia tak hendak hilang lagi. Dia teramat tersangat tidak betah menanggung rindu. "Baby pendek As, As rindu."

Dhiya diam dengan kuluman senyum lebar menampakkan kedua pipi bulatnya. Suara Asfa yang agak menjadi igauan. Pandangan redup Asfa yang begitu melalaikan. "Saya tahu..... Sebab saya pun rindu awak..... Sangat-sangat. As sayang... Patu, As jantan Dhiya. Hehe."

Asfa senyum dan hanya senyum. Dhiya ketawa dan hanya ketawa.

Rindu. Di antara mereka. Yang tidak terucap. Akhirnya, ternyata jua.

Pengharapan.

Walhal...

Rindu. Di antara mereka. Yang sudah lama hilang. Tetapi, tertunjuk jua.

Untuk apa? Untuk apa the bridge itu kembali tertunjuk?

Masa bagai terhenti.

Kening lebat... yang dia suka usap dan tarik dahulu. Bibir... yang lembut dan adakalanya ganas memanjai kulit tubuhnya dahulu. Rasa rokok. Bau rokok. Mata kuyu... yang hampir tertutup setiap kali bergelak ketawa di sisi dia dan kawan-kawan motor... dahulu. Rambut... yang... kembali terasa lembut di jemari yang bergerak bagaikan benar-benar dia sedang menyentuh. Dahulu. Kumis... yang dia suka lihat serupa kena pukau dan sentuh dan gigit dan yang dia sama beria menyuruh lelaki itu jaga dan jaga. ...... Dahulu. Hidung... yang dia pernah gigit dan main jentik-jentik dan—

Bermacam-macam!

Wajah, dada, bahu— Iron, bergamot, rokok—

Diselubungi.

Dhiya rindu As.

Dia tersedar. Segera dia melarikan matanya ke lain tidak lagi memandang wajah dan badan itu yang tidak berbaju. Itu Asfa! Jantantakguna! Babi! Maha menabur janji! Maha membiarkan! Berpura-pura! Kau beria kutuk pukimakkan dia kan habis semua orang baca! Dah ni kenapa kau accept dia, Dhiya?! Dhiya bodoh! Dia diam geram mengetap rahang memandang juntaian money plant yang terbuai di penjuru bilik. Dia kemam bibir, jilat bibir, tekan bibir sampai rasa sakit pedih sebelum kasar rasanya bibir dia buka dengan mata yang masih tidak memandang skrin iPhone. "Nak benda?"

"Dhiya."

Jemarinya terketar. Tidak sempat dikawal, tergelongsor iPhone daripada pegangan terdampar di atas tilam. Dia tidak mencapai. Dia hanya memandang wajah Asfa yang menunggu dan yang hanya dijamu dengan rupa siling biliknya. Wajah lelaki itu nampak sayu, lemah, harap, sabar— Babi! Kau pura-pura je lagi! Babi babi babi BABI!!!! Kenapa kau datang kalau nak buat pura-pura macam ni?!!! Kau campak aku dulu macam sampah la, bodoh! Aku ketagih semua sebab kau! Aku jadi gila malu dekat khalayak semua sebab kau! BABI!!!! Kau binatang! Babi! Kau pelakon! Kau tunjuk muka sedih kau depan aku sebab kau nak tunjuk bakat lakonan kau! Lepas tu kau akan campak aku balik! Kau memang babi la dari semua puki yang aku dah jumpa! Bodoh! Bodoh! BODOH! Sungguh rasanya dia hendak menjerit kerana amarah ini begitu nyata memecahkan kepala. Tetapi—tetapi— Dia menarik nafas panjang sebelum geram mengesat kedua pipi yang basah banjir dan dengan dada yang turun naik kian laju menyusun nafas baru lah dia mencapai iPhone. Mata pedihnya dengan air mata masih tidak memandang si babi itu yang tara menunggu tetapi iPhone tetap dia pegang di hadapan membolehkan Asfa nampak akan wajahnya. Benci! Jantantakguna! Babi!

Keringnya Sekeping HatiWhere stories live. Discover now