31

5.3K 334 61
                                    




VOTE DULU 😠 😠 😠! ada banyak hint all got explained at the end of this chapter but VOTE DULU! k asyeh mu wah 😈 😈 😈








Asfa membuka mata. Kepalanya sungguh la sakit berdenyut serupa tidak mahu berhenti. Dia memandang keliling dengan badan yang seincinya serupa tiada daya.

"Bos! Bos! As dah bangun, bos!"

Dia mencengkam kepala dengan muka yang berkeriut menahan sakit. Sungguh! Kepala sakit! Tetapi tetap juga dia cuba duduk sekali lalu memandang muka Encik Ramlie di hadapannya. Dia tunduk dengan mata pejam mencari tenaga. Di saat ini lah, baru dia perasan rahang dan giginya sakit serupa terhantuk. Sengal seluruhnya. Pinar seluruhnya. Lidah pula luka timbul sedikit.

"Asfa?"

Dia memandang kabur riba sendiri. Dia masih di dalam uniform kerja. Tadi dia duduk berehat di tepi longkang. Sebelum dia lupa semuanya. Matanya pejam menahan takut dengan kepala yang menggeleng cuba menidakkan. Takkan dia jadi balik. Takkan dia jadi balik. Ya Allah Ya Allah.

"Pakcik dah call ayah kamu. Dia suruh kamu balik. Tukar ke sana terus. Bahaya kalau macam ni. Dr. Sim—"

Terus dia angkat tangannya tanda tolonglah berhenti bercakap. Dia masih tunduk dengan kepala yang digeleng-gelengkan cuba mencari fokus sedar. Beberapa minit begitu, baru lah dia memandang Encik Ramlie.

"Kamu sawan, Asfa. Kancing gigi. Buih semua keluar. Pakcik letakkan sudu kalau tak putus lidah tadi kamu gigit. Nasib baik Abu sempat jumpa. Kalau tak... Teruk."

Dia diam memamandang lain. Matanya pejam menyusun nafas satu persatu. Sawan memang memberi kesan sakit yang berdentum-dentum tidak henti pada kepala. Kerana neuron yang bekerja serentak di dalam satu masa. Menjadikan kepala memang tersangat sakit serupa mahu pecah. Tidak campur concussion akibat hentakan lagi. Tanpa hirau akan kata atau pandangan Encik Ramlie, dia mencapai iPhone nya di meja sisi yang ada di ruang pantry ini. Allah. Dah 7.30PM. Dia tunduk lagi menekan dahi yang masih tidak berhenti denyut. Lama dirinya hilang.

"Rehat. Rehat sebanyak mana. Bila-bila je boleh masuk balik. Pakcik tak kisah. Ayah kamu dah amanahkan kamu pada pakcik. Jadi, pakcik rasa baik kamu— Eh Asfa nak ke mana?" Segera Encik Ramlie pegang lengan Asfa. Dia pandang raut lelaki ini yang ketat berkerut dengan mata pejam. "Faaeqa ada sini. Dia boleh tolong drive balik Selangor. Balik sekarang. Ya?"

Terus mata Asfa celik memandang Encik Ramlie. "Dah. Aku sihat. Tepi lah." Tidak menunggu, terus dia berlalu keluar. Di luar ada Abu dan dua orang teman sekerjanya yang lain. Mungkin mereka tahu perihal dirinya yang tidak betul, mungkin juga masih tidak tahu. Dia malas mahu kisah dan hanya terus berjalan terhuyung-hayang mencari jalan keluar. Setibanya di luar, dia bersendiri selama setengah jam dan baru lah dia menelefon Dhiya.

"As?"

"Ya."

"Awak okay ke? Saya text saya call semua tak lepas. Awak silent phone eh? Jadi tak nak jumpa?"

Dia menarik nafas panjang dan melepaskan perlahan. "Jadi. Siap lah. Sejam As datang." Spontan, hujung bibirnya tertarik sikit berbentuk senyuman kecil tatkala terdengar "yaay" gembira yang dibalas Dhiya. Dia mematikan talian dan kembali diam mencari hala badan. Dia datang dengan motor. Jadi takkan nak terbabas kali kedua pulak, kan? Setelah pasti badannya sudah cukup kuat, baru lah dia melapor diri keluar seterusnya menapak ke tepi kilang menuju ke keberadaan motor. Tika di traffic light pula, iPhone menerima WhatsApp.

as, ni eyqa ni. eyqa dh depan rumah dah. abah suruh teman as balik.

Aduh. Dengan kusut, hampir dia campak iPhone ini ke tepi jalan. Tetapi segera dia melepaskan cengkamannya menjadikan iPhone itu terjatuh ke dalam raga motor. Kaki kanannya saja yang bergerak menghentak-hentak jalan. Tak kisah la orang ada nampak ke tidak. Setelah tamat traffic, dia meneruskan saja sebelum berhenti di pondok bas. Tidak menunggu dengan kepala sandar dan dengan mata pejam, terus dia menghubungi Ashraf.

Keringnya Sekeping HatiWhere stories live. Discover now