BAB 10

2.2K 143 36
                                    

Sementara itu,

"Kau dah jumpa Ariana?" Alif bertanya pada Zarif yang sibuk dengan laptopnya. Gambar nombor plat, gambar lokasi terakhir, gambar lelaki yang bertopeng dan juga kereta yang ditukar semuanya tertera di laptop Zarif.

"Ya, aku dah jumpa. Tempat tu agak jauh, kena tempuh hutan tapi senang kita buat kerja." Zarif berkata sambil membuka lokasi Ariana berada. Titik merah di peta.

Raid masuk ke dalam bilik tersebut. Dirinya sudah lengkap berpakaian lengkap. Zarif terus menunjukkan lokasi tersebut. Raid dengan wajah ketat cuba tenangkan diri. Bukan saatnya dia bertindak jika dalam keadaan begini. Danial iaitu orang kanan Raid. Dia jarang muncul sebab terlalu 'sibuk'.

Telefon berdering nyaring. Raid angkat laju.

"Raid Xavier! Macam mana boleh jadi macam ni!? Ariana kena culik! Orang kita cedera! Kereta terbakar! Apa semua tu!?" Dengan bengis Tengku Raden bertanya.

"Raid tak tahu! Maklumat yang Raid dapat hanyalah Ariana kena culik!" Raid membalas kembali. Kerutan di dahi bertambah.

"Apa aku nak jawab dengan Dato Ilham? Anak dia kena culik sebab harapkan jagaan dari anak aku!? Anak aku beriya-iya nak jaga anak dia!" Bahasa Tengku Raden berubah.

"Daddy ingat Raid nak biarkan diorang dapat Ariana!? Sumpah! Diorang sentuh Ariana! Diorang mati!" Raid berkata dengan nada yang agak meninggi.

"Raid Xavier! Jangan buat benda bodoh! Jangan menyusahkan aku! Raid Xav..." Tengku Raden belum menyelesaikan amarahnya terus diletak oleh Raid. Telefon ditangan dicampak entah kemana.

"Aku rasa kita dah boleh pergi." Raid berkata. Masih celaru dengan perasaan amarah. Nafas yang tidak stabil menambahlah kecelaruan emosi. Raid yang ingin keluar Danial tahan.

"Takkan kau nak pergi tanpa persediaan macam ni. Strategi? Orang-orang? Macam mana? Kau nak langgar tempat tu membabi buta? Jangan terlalu ikutkan amarah kau Raid. Aku takut apa yang dia nak memang betul tercapai." Danial memandang Raid di sebelahnya.

Raid tarik nafas sedalam mungkin dan cuba tenangkan diri. Gila. Macam mana dia nak tenangkan diri, Ariana dalam genggaman musuhnya. Macam- macam boleh berlaku.Raid raup wajahnya, dia duduk di kerusi sebelum duduk tegak. Memandang satu persatu anggotanya.

"Hakka, aku nak kau hack semua benda yang boleh buat kita kantoi." Arah Raid pada Zarif.

"Eagle, kau ambil position kau. Aku nak kau matikan pertahanan atas, tolong Hakka." Raid pandang Alif yang bersandar di dinding.

"Wolf, kau back-up aku. Apa- apa jadi kau kena peka. Pastikan orang- orang dia tak ada seekor pun terlepas." Danial buat tanda okay.

"Aku akan cuba alihkan perhatian. Sebab diorang nak aku." Raid berkata dengan serius.

Raid mendail sesuatu di handphonenya. Dia lekapkan handphone nya di telinga.

"Rayyan, aku nak orang aku." Raid bersuara.

"Woh bro, aku perlukan orang juga. Aku tengah ada 'hal' ni." Balas Rayyan di talian.

"Ariana! Dia kena culik lah setan!" Raid mengetap gigi.

"Oh, relax dulu. Bagi aku settle kerja aku dulu." Balas Rayyan dengan main- main.

RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND✔️Where stories live. Discover now