BAB 4

2.3K 168 12
                                    

Ariana menuju ke bilik Raid. Alif dan Zarif yang baru keluar hanya diabaikan. Ariana membuka pintu itu lalu terpapar Raid yang sedang mencuci tangan di singki penjuru bilik. Kayu yang berdarah hanya dibuang ke dalam tong sampah.

Dia masih belum sedar ada mata yang merenung dirinya. Raid baru ingin duduk di sofa, matanya tertumpu pada sosok tubuh kekasihnya. Ariana.

"Raid." panggil Ariana. Dia masuk ke dalam bilik Raid. Raid senyum pada Ariana. Seakan tiada apa-apa yang berlaku.

"Ariana, sorry aku lupa sekarang dah masuk waktu rehat. Dah makan?" Tanya Raid sambil tersenyum. Dia memeluk Ariana sekejap. Tak pernah bosan dengan kekasihnya itu. Ariana tolak tangannya. Raid angkat kening.

"Apa yang Raid dah buat? Raid belasah dia teruk. Raid ingat ni macam tumbuk punching bag ke?" Kata Ariana. Raid yang berhadapan Ariana mula ketatkan muka. Rupanya tak habis-habis dengan lelaki yang menganggu Ariana itu.

"Aku tak pernah cakap aku tak akan belasah dia." kata Raid sambil duduk di sofa. Raid memandang tajam Ariana yang berdiri di hadapannya.

"Bila Raid nak berhenti pukul orang Raid. Semuanya boleh diselesaikan dengan kata-kata, bincang. Raid buat macam ni, diorang akan berdendam dengan Raid." Ariana memandang Raid kembali.

"Ana nak Raid berubah. Ana cakap macam ni sebab Ana cintakan Raid tapi kalau setiap hari kita macam ni. Ana muak Raid asyik pukul orang macam ni. Ana penat." Ariana hampir merayu.

"Ana tak suka perangai Raid macam ni. Ana nak Raid ubah..." Belum sempat Ariana habiskan ayat, Raid potong.

"KALAU BETUL KAU CINTAKAN AKU, KAU AKAN TERIMA SIAPA AKU!" bentak Raid. Dia takkan pernah suka kalau Ariana mengulas tentang sikapnya.

"Disebabkan cintalah, Ana nak Raid berubah. Ana tak nak Raid macam ni. Sampai bila Raid nak macam ni? Sampai kita kahwin?" Ariana masih menentang berani pandangan Raid.

"BERUBAH MACAM MANA? BERUBAH MACAM IRFAN TU. BUDAK TOP5 BATCH, BAIK HATI TOLONG CIKGU, ATTEND LIBRARY EVERY WEEK, RECORD DISIPLIN BERSIH. MACAM TU?" kata Raid dengan nada yang tertahan. Bagus! Kini dia pula bangkitkan lelaki itu.

"Bukan Ana suruh jadi macam Irfan yang Ana tak pernah kenal siapa pun dia. Tapi Ana nak Raid buang sikap baran Raid. Baran tu boleh bawa padah pada Raid." Ariana seakan ingin menangis apabila suara Raid mula kasar.

"Tak kenal? Cuba kau buka mata kau luas-luas siapa yang kau jumpa tu." Raid keluarkan telefonya dan terus memapar satu video. Dia baling telefon itu di atas meja berhadapannya. Ariana ambil telefon itu.

Di video itu tertera, Ariana yang sedang mengangkat buku-buku tebal sambil membebel tentang beratnya buku itu. Tanpa dia sedar ada haiwan comel melintas. Akibat terkejut, buku habis bertaburan di hadapan bilik guru itu.

Muka Ariana seakan redha habis perlu terbongkok-bongkok mengutip pulak. Seorang lelaki berhenti dihadapannya turut membantu mengutip buku tersebut. Ariana biarkan kerana memang dia perlukan pertolongan. Mereka kelihatan berbual-bual sebelum Ariana mengangkat semula buku-buku tersebut masuk ke bilik guru. Langsung Ariana tidak memandang muka lelaki itu.

"Raid! Tengok betul- betul Raid. Ana tak pandang langsung muka dia." kata Ariana penuh berharap.

"Ana tak pernah pandang lelaki lain macam mana Ana pandang Raid." sambung Ariana. Raid hanya mengabaikan kata-kata Ariana. Dia perlu redakan rasa marahnya.

"Kalau Raid tak nak berubah. Ana tak nak jumpa Raid lagi. Ana suruh mama dan papa tak bagi Raid jumpa Ana. Ana nak merajuk." Ugut Ariana tak seberapa matang. Ariana keluar dari bilik tersebut. Raid hanya membiarkan.

"Kejap lagi, baik lah tu." Gumam Raid perlahan.

----------------------

"Ariana." Panggil guru di hadapan. Ariana yang sedang termenung langsung tersedar.

"Apa yang menarik dekat luar tingkat tu? Tajuk fungsi songsangan ni tak menarik ke?" Tanya cikgu Zainab di hadapan. Ariana senyum kambing.

"Proceed." Cikgu Zainab meneruskan. Ariana pandang slide di hadapan. Tetapi mindanya jauh terlayang.

'Bagaimana dia ingin mengubah si badboy itu jadi goodboy?' fikirannya.

"Ariana."
"Ariana."
"Ariana Carmila."
"Ariana!"

"Ya cikgu!" Ariana bangun dari duduknya.

"Kalau minda kamu tiada di sini, lebih baik kamu keluar dari kelas saya." Cikgu Zainab agak tegas apabila tiada yang memberi tumpuan pada kelasnya. Ariana memarahi diri sendiri.

"Berdiri di luar. Saya tak kesah kami nak cop saya 'old school' atau apa-apa. Hukuman tetap hukuman." Cikgu Zainab arahkan jari ke luar kelasnya. Ariana bangun keluar dari kelas.

'Aduh Ariana, buat hal lah kau ni.' Ariana mengetuk kepalanya sendiri. Malu betul semua rakan-rakannya melihat. Dia berdiri di tepi pintu.

"Duduk situ sampailah saya panggil." Cikgu Zainab meneruskan pembelajaran. Ariana hanya redha. Ariana memandang Julia. Julia angkat tangan good.

"Kurang hasam kau, Ju." Ariana berbisik perlahan. Julia hanya mampu baca gerak bibir Ariana sahaja. Julia menjelir lidah.

"Ha Julia. Kamu pun nak berdiri macam Ariana?" Tegur cikgu Zainab. Julia lantas menggeleng. Ariana gelak mengejek.

Ariana merenung ke luar. Mengenangkan nasibnya hari ini. Ini semua gara-gara Raid yang panas baran itu. Ariana menguis kakinya di lantai itu. Detak kaki seseorang kedengaran.

"Kau kenapa tercegat dekat sini?" Raid bertanya. Dia berdiri tepat di hadapan Ariana. Ariana memandang sebentar lalu pandang ke arah berlainan. Masih dengan rajuknya.

"Tak payah nak merajuk sangat. Aku tak termakan." Raid berkata dengan nada dingin.

"Sibuk je." Ariana memeluk tubuh. Tidak dipandang langsung teman lelakinya itu.

"Kau ingat aku nak pujuk?" Raid menyoal. Ariana mendengus.

"Tak nak pun Raid pujuk." Ariana buat rolling eyes.

"Merajuk- merajuk pun nanti cari aku jugak kan." Raid senyum senget.

"Raid jangan nak perasan boleh tak?" Marah Ariana. Dia sedang marah ni. Boleh pula Raid menganggunya.

"Pergilah masuk kelas. Menyibuk depan kelas orang kenapa." Halau Ariana. Raid senyum. Comel betul budak kecik ni marah.

"Okay." Raid pergi meninggalkan Ariana. Ariana pandang belakang badan Raid yang berjalan menjauhinya. Dia agak terkejut. Jauh dalam dirinya dia ingin Raid memujuknya dengan lembut. Tapi Raid pula seakan bermain tarik tali dengannya.

Ariana sepak angin. Geram dengan perangai Raid itu.

RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND✔️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن