BAB 7

2.3K 157 17
                                    

"Hati-hati." Raid membuka pintu untuk Ariana. Ariana yang kepala masih tertampal plaster akibat hentakan itu, hanya menuruti. Raid pegang tangan Ariana. Beg Ariana diangkat lalu digalas.

"Apa Raid ni, hantar sampai sini. Bukannya Ana tak boleh jalan." Kata Ariana menahan malu. Raid parking elok-elok di antara bangunan tingkatan 4 dan tingkatan 5. Ada pelajar yang sudah berdiri di koridor melihat mereka.

Ruang diantara itu mereka selalunya lakukan aktiviti seperti senamrobik, sukan dan lain-lain. Kalau malas ke padang memang mereka akan lakukan aktiviti dekat sini. Raid terus papah Ariana ke lif. Kunci kereta sudah lempar pada Alif. Alif masuk ke ruang pemandu dan bawa ke tempat kereta pelajar.

"Raid, Ana boleh jalan sendiri." Ariana menolak tangan Raid.

"Okay." Raid yang pasrah terus lepas tangan Ariana perlahan- lahan. Dia mengepung Ariana dengan kedua tangannya di belakang untuk berjaga-jaga.

"Ari!" panggil Julia sambil berlari ke arah Ariana terus memeluk sahabatnya itu.

"Weh, minta maaf sebab tak dapat jenguk kau dekat hospital." kata Julia dengan nada bersalah. Raid di sebelah dah buat muka marah.

"Jaga Ariana aku elok- elok. Jangan terkam dia macam tadi. Dia tengah sakit." Raid berdengus geram. Julia terus buat tangan tanda okay. Julia pegang sebelah tangan Ariana. Raid mengikut mereka menuju ke kelas.

Masuk sahaja di dalam kelas itu terus bertukar sunyi sepi sebab ada bapak singa masuk. Terus Raid tegur.

"Buat je lah kerja korang. Pandang- pandang, nak aku korek biji mata tu ke?" Raid berkata dengan muka ketat.

Sebenarnya Raid agak berangin harini kerana dia tidak ingin Ariana ke sekolah. Tapi Ariana berkeras ingin ke sekolah setelah tiga hari di rumah dan sehari di hospital. Raid hanya mampu pasrah. Tak sanggup layan rajuk Ariana lagi.

"Duduk elok- elok." Raid letak beg aku di kerusi. Ariana duduk di kerusinya.

"Rehat nanti aku datang. Tak payah gatal turun. Aku masuk kelas dulu." Pesan Raid. Dia mencium dahi Ariana. Dalam marah-marah pun boleh berlembut lagi. Sebelum Raid keluar sempat dia beri amaran pada pelajar lelaki kelas Ariana.

"Mata jaga. Pandang cikgu, jangan pandang perempuan aku." Raid terus keluar kelas. Selepas sahaja Raid keluar terus kelas riuh semula.

"Ari, kau okay?"
"Macam mana boleh jadi weh?"
"Nurin buat apa dekat kau weh."
"Nurin yang pengawas tu ke yang buat kau?"
"Cerita lah weh apa yang dia buat!"

Bertubuh-tubi soalan yang keluar dari mulut rakan-rakan sekelasnya. Ariana balas satu persatu.

"Ariana, kau tahu tak Nurin kena buang sekolah?" Tanya Julia. Ariana pandang Julia setelah rakan-rakannya yang lain duduk ke tempat masing-masing.

"Aku dah tak nak ambik tahu pasal dia. Sumpah apa dia buat tu, aku takkan maafkan." Geram Ariana.

"Betul, kau tak patut pun maafkan dia. Dia dah cederakan kau babe. Bukan benda remeh tu." Julia menggeleng-geleng kan kepalanya.

"Layak lah hukuman dia tu. Sepatutnya dia kena lebih lagi." Bebel Julia.

"Pertama, dia cederakan kau. Kedua, dia malukan nama sekolah kita yang megah ini. Ketiga, dia lari dari kumpulan sorak, katanya dia terus balik. Padahal time tu diorang sepatutnya buat persembahan terakhir. Keempat, dia cederakan anak Dato'Ilham Hafiz dan Datin Arya Nabila. Kelima, dia hampir bunuh bakal menantu Tengku Raden Xavier dan Tengku Azalina Mirza. Akhir sekali ini paling penting, dia dah cederakan perempuan milik Raid Xavier." Julia lagakan bahunya pada bahu Ariana.

"Suara kau lain eh." Ariana menegur. Suara Julia yang sedikit serak itu.

"Ya lah memanglah serak, kan haritu aku demam." Balas Julia. Ariana mengangguk.

RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND✔️Where stories live. Discover now