Kaii yang masih pening berpaut pada lengan Athreyu bagi mengelakkannya daripada tumbang.Menatap curiga setiap pasang mata yang tertumpu kepadanya.Malahan semakin mengerut ketakutan apabila tiba sahaja di hadapannya para penghuni permukiman tersebut tunduk hormat kepadanya.Ren yang sejak dari tadi berdiri tegak turut tunduk takzim dengan menautkan kedua-dua tangannya di hadapan tubuh seperti lagak orang bertafakur.

" Terima hormat kami,wahai Orakulus Agung.."

*              *             *

Tuan Andrios meneguk teh di dalam cawannya dan teh kegemarannya itu entah mengapa terasa luar biasa pahit membuatkan dia jengkel separuh mati.Sambil mengetapkan gigi,cawan teh dihempaskan ke atas permukaan meja sehingga mengejutkan gadis pelayan yang sedang menuangkan teh ke dalam cawan para tetamu terhormat Rumah Phinny tersebut.

Tuan Ares yang menyedari hal tersebut bukan lagi sekadar jamuan biasa segera mengisyaratkan gadis-gadis pelayan tersebut pergi dari situ.

" Cukup misteri bagi aku bagaimana mungkin ianya berlaku!"

Para kerabat sekaligus petinggi kerajaan Darmenta dari blok Keluarga Ares tersebut diam menghening cipta kerana mereka tahu ke mana arah pembicaraan tersebut.Pasti menyangkut kejadian kegagalan rancangan merek semasa majlis sambutan hari kelahiran Putera Ardius beberapa hari yang sudah.

Bukan Tuan Andrios sahaja bahkan ia menjadi teka-teki aneh kepada yang lain-lain.Bagaimana mungkin rancangan rapi yang telah diatur sejak sekian lama itu gagal begitu sahaja.Pembekal teh yang bertanggungjawab membekalkan teh kepada istana sehingga berlumuran darah pun tetap mengatakan bahawa dia sememangnya menghantarkan teh Ayudha sesuai permintaan ketua dapur istana.

Hatta  diancam dengan ancaman menakutkan bagi kebanyakan orang seperti itu sekalipun lelaki tersebut mengatakan hal yang sama .Jelas dalam keadaan berlumuran darah begitu,berbohong bukanlah pilihan yang bijak . Dia mengatakan dia telah menghantarkan teh Ayudha dan rekod pada buku pelawat yang keluar masuk ke dapur istana juga tidak menyangkal dakwaan lelaki tersebut.

Lalu siapa yang menukarkan teh Ayudha kepada teh Armiya?

Sepertinya kemunculan lelaki bertopeng yang menjadi duri dalam kalangan petinggi istana masih belum cukup memeningkan kepala.Susuk kurang ajar tersebut sungguh menjadi selumbar bagi mereka selama ini.Menjadi permulaan kepada rentetan kejadian yang sangat tidak memihak kepada Keluarga Ares.

Bukan tidak ada usaha mereka untuk menangkap susuk misteri tersebut tetapi sehingga kini semuanya masih tidak berjaya.Susuk tersebut muncul seperti hantu dan hilang begitu sahaja tidak ubahnya bagaikan bayang-bayang dan Tuan Ares sendiri pernah melihat bagaimana susuk tersebut melepaskan panahan yang tepat mengenai tiang berhampiran salah seorang daripada duta kerajaan selatan yang berkunjung ke Pekan Annara tempoh hari.

Dan ternyata gulungan kertas papirus pada hujung mata anak panah tertera bukti salah laku kementerian Percukaian sehingga mengakibatkan Tuan Sind yang bertanggungjawab menguruskan kementerian tersebut seakan-akan duduk di atas hamparan bara.Mana mungkin lelaki tersebut boleh duduk dengan bersahaja ketika dia ditatap dengan pandangan tidak percaya.

Menyebarkan risalah tentang salah laku para bangsawan ketika Pekan Annara menjadi tumpuan para pedagang dari segenap pelusuk negeri.Itu perlakuan yang sama sekali tidak dapat dimaafkan.Malahan menyertakan pula bukti yang sukar diragui.

Dan bagi memastikan penduduk tidak membaca risalah tersebut,mereka terpaksa mengerahkan para tentera untuk menangkap sesiapa sahaja yang memiliki dan menyimpan risalah tersebut dan seandainya didapati bersalah memiliki ataupun menyimpan risalah itu,mereka akan dijatuhi hukuman penjara dan sebat.

Larangan keras tersebut buat beberapa ketika berjaya menakutkan para warga tetapi sejak akhir-akhir ini hal tersebut kembali menjadi panas .Daripada sumber Keluarga Ares yang boleh dipercayai,beberapa orang cendekiawan mulai berani mempersoalkan tindakan istana yang menangkap para warga disebabkan kesalahan memiliki risalah tersebut.

Tuan Ares tahu golongan cendekiawan memiliki kuasa untuk mempengaruhi sentimen rakyat walaupun selama ini golongan tersebut lebih banyak mengambil sikap berkecuali dengan tidak memihak kepada mana-mana keluarga.Malahan daripada penyusup yang sengaja dihantar ke dalam institusi tersebut,khabar angin yang didengarinya jauh lebih serius.

Perlahan-lahan golongan cendekiawan mulai meragui akan kebenaran risalah tersebut dan merancang untuk menghantar utusan khas kepada baginda dan hal tersebut mesti dihalang tidak kira apa risiko sekalipun.

Kebangkitan para cendekiawan dan kegagalan rancangan mereka untuk menabalkan Putera Ardius menjadi putera mahkota bagi menggantikan Putera Amadeus.Bukankah ia seakan-akan saling berkait rapat antara satu sama lain?

" Bukankah masanya sudah hampir tiba untuk fasa terakhir rancangan kita?"

Tuan Ares yang sejak dari tadi senyap sunyi mendadak angkat suara dan serta-merta setiap pasang mata yang berada di situ tertumpu kepadanya.

*              *            *

Babad Saribu BhyangkaraWhere stories live. Discover now