Part 6

1.7K 40 3
                                    

LEPAS check in kat bilik resort masing-masing, semua orang ada masa untuk berehat sekejap sebelum event tahunan tu bermula. Aylin lekas-lekas guna peluang tu untuk mandi. Malu tak habis lagi dengan Mr. Ray sebab berbaju kelawar sepanjang perjalanan yang jauh tadi.

Mesti hudoh muka dia masa tidur tadi. Huh... benci!

Tepat jam lima petang, dia turun balik ke pekarangan resort. Masa ni, ramai dah warga Luxoft Corporation yang berkumpul kat situ. Ada yang bersembang bergelak bergurau, ada juga yang duduk sorang-sorang melayan fon. Semua orang berpakaian kasual.

Family Day tahun ni memang dibuat secara besar-besaran. Tujuh bas angkut semua staf ke Langkawi ni.

Aylin tak tahu nak bersembang dengan siapa masa ni. Sebab sepanjang lima bulan jadi budak praktikal ni, dia memang tak ada kawan pun. Akak-akak dengan abang-abang permanent cuma cari dia bila nak suruh buat itu ini. Dia tak lebih dari sekadar hamba abdi aje kat company tu.

Haih, sakit pula rasa bila diingat-ingat balik kenangan lalu.

Tengah-tengah dia helpless di tengah orang ramai tu, terdengar suara berbunyi dari mikrofon. Dari depan tangga lobi resort.

Aylin dan staf-staf lain pun bagi perhatian pada orang tu.

"Assalamualaikum dan selamat petang, semua. Sekali lagi saya perkenalkan diri saya. Saya adalah pengarah program Hari Keluarga Luxoft Corporation pada tahun ini. Sekarang saya nak semua orang sila berkumpul ikut kumpulan masing-masing."

Kumpulan masing-masing? Aylin tak faham.

"Pembahagian kumpulan, saya dah bagitau waktu meeting itu hari. Okey? Baik, kita akan mulakan event ni sebaik sahaja semua orang dah masuk dalam kumpulan masing-masing. Semua orang boleh bergerak sekarang."

Sebaik sahaja arahan tu dikeluarkan, kawasan yang dipenuhi dua ratus manusia tu pun bertukar sibuk. Semua orang bergerak smooth aje di sekeliling Aylin tanpa melanggar perempuan tu.

Aylin terpinga-pinga pandang semua tu. Ke mana dia nak bergerak ni? Dia kumpulan mana?

Aylin jadi hilang punca.

"Awak Kumpulan 17." Tiba-tiba ada satu suara di belakangnya.

Aylin berpaling ke belakang.

Mr. Ray dah sedia memandangnya.

Aylin sedikit terkejut bila lelaki ni akhirnya nak juga bercakap dengan dia.

"Pergi cepat. Semua orang tengah tunggu awak." Mr. Ray menyedarkan Aylin bila perempuan ni seakan tenggelam dalam dunia terkejutnya tu.

"Oh." Aylin lekas-lekas bertindak. Tinggalkan tempat tu.

Bila dah berjalan beberapa langkah, baru dia teringat nak berterima kasih pada orang tu. Berhenti dia kat situ lantas berpusing balik ke belakang. Tapi sebelum sempat nak laung pada lelaki tu, dia ternampak ada seorang staf perempuan datang dekat lelaki tu.

"Mr. Ray ingat tak saya kumpulan mana?" tanya perempuan tu.

Soalan tu buatkan Mr. Ray berkerut dahi.

"Awak siapa yang saya nak kena ingat pasal awak?"

Perempuan tu terdiam. Senyuman manis pun ikut surut dari bibir.

"Tapi Aylin tu Mr. Ray ingat, elok aje?"

"Awak tu special sangat ke?" Mr. Ray makin mempertikai.

Okey... Aylin seram. Mr. Ray langsung tak lari daripada watak yang angkuh dan serius tu.

STORIETTE: Cik B40 Dan Encik T20 [COMPLETED]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin