Part 4

1.5K 41 6
                                    

MESYUARAT tergempar.

Sebab kerajaan baru umumkan satu lagi tender baru untuk direbut. Kali ni projek yang lagi besar. Melibatkan KLIA 1 dan KLIA 2. Dan tender kali ni bernilai RM1 bilion. Jauh lagi gah daripada tender yang itu hari.

Dan tarikh tutup tender tu adalah esok. Last minute sangat. Maknanya, suka ke tak suka ke, kalau nak cuba tangkap tender tu, diorang mesti siapkan juga tak kiralah rasa nak menangis ke meraung ke.

Makanya untuk pertama kali dalam sejarah, malam ni staf-staf semua diarahkan stayback kat ofis.

Suasana sangat hectic masa tu. Budak delivery bergilir-gilir keluar masuk duk hantar Domino, Pizza, KFC, McDonald apa semua. Staf-staf pun berjalan laju belaka. Kekadang siap berlari terus.

Tiba-tiba ada antara diorang yang perasan, aircond tak berfungsi.

Kebetulan malam tu Aylin pun turun sekali berkerja kat Jabatan Kejuruteraan tu, memang dia ajelah yang akak-akak dengan abang-abang tu nampak.

"Aylin, tolong turun kat basement floor kejap. Masuk bilik suis, cek suis aircond. Aircond mati ni." Akak permanent staff laung dari meja kerja. Jari-jari laju berketak-keletung tekan papan kekunci. Mata tak alih dari skrin komputer.

"Rasanya suis jatuh lagi ni." Abang permanent staff berhenti menaip lalu bersandar di backrest dan menggeliat. Lepas tu menguap pula. Lepas tu pandang Aylin yang tengah sibuk menggunakan mesin fotokopi.

Atas meja berdekatan Aylin, bertimbun kertas A3 yang baru siap diprint. Kertas-kertas tu memang kakak dengan abang senior yang tugaskan dia print. Sebab semua tu dokumen penting yang mesti dimasukkan dalam tender.

Tak cukup tangan betul Aylin dibuatnya malam ni. Terkejar-kejar antara nak ikut arahan kakak-abang senior, dengan nak menyiapkan kerja sendiri yang tak sudah-sudah terbengkalai. Tadi diorang suruh dia bancuh kopi dan hantar pada seorang demi seorang staf yang ada. Lepas tu suruh dia cuci toilet. Ni suruh pergi cek suis pula. Apoooo.

Aylin kesat dahi yang berpeluh. Memang agak panas malam ni. Memang betul aircond tak berfungsi kut ni.

Tak banyak soal jawab, Aylin pun meninggalkan sekejap mesin photostat yang tengah rancak beroperasi tu. Bergegas keluar dari jabatan tu dan dapatkan lif.

"Mesti petik suis warna oren aje tau, Ai! Be careful, bilik tu banyak suis. Salah petik, habis black out satu bangunan." Kakak permanent sempat bagi pesanan terakhir sebelum dia menghilang ke dalam lif.

Aylin angguk aje. Tak banyak cakap.

Sampai kat tingkat basement. Aras yang juga menempatkan kawasan parkir kereta. Aylin tuju bilik suis.

Buka aje pintu, memang menganga juga dia sekejap tengok betapa banyaknya suis. Bayangkan ajelah, suis untuk semua peralatan elektrik yang ada dalam bangunan setinggi tiga puluh tingkat ni. Semua berkumpul dalam bilik ni.

Wayar dan cable bermacam-macam warna saling berselirat memenuhi lantai dan bermacam-macam modem elektrik.

Berhati-hati Aylin masuk bilik tu. Nak pijak lantai pun terpaksa tengok dulu betul-betul. Takut terpijak wayar yang tersangat-sangat sensitif sifatnya.

Lepas jenuh melompat, mengelak, melangkah dan mengiring, akhirnya dia sampai kat satu peti besar yang terkandung segala suis. Dia buka lid peti tu.

Nah... macam-macam warna suis ada.

Aylin tak tunggu lagi. Kerja dia tengah menggunung ni. Dia nak cepat.

STORIETTE: Cik B40 Dan Encik T20 [COMPLETED]Where stories live. Discover now