Meronta-ronta dengan segenap kekuatan yang tersisa dan ingin menerpa sang adik yang jelas tergamam dengan mata membola.Sangat mujur kedua-dua tangannya terpasung ke belakang.Jika tidak,amat pasti kedua-dua lelaki tersebut akan menerima akibat masing-masing.

" Kaii!"

Kaii terbatuk meludahkan darah dari dalam mulutnya ketika tamparan kali kedua hinggap sekali lagi pada pipi kanannya.Namun ketika melihat Panglima Madeia mengisyaratkan sesuatu,perlu beberapa saat untuk Kaii memahami bahawa tamparan tersebut bukan hukuman untuk kesalahannya tetapi kerana dia berani mengangkat pandangan ke arah lelaki separuh usia yang tampak jengkel bukan kepalang itu.

" Katakan!!"

" Saya hanya melihat pemuda tersebut mengacu panah ke arah pentas utama,Tuan." Kaii menjawab dengan suara perlahan dan dalam masa yang sama dia menundukkan kepala.

Itulah yang dikatakan oleh Kaii walaupun sudah disoal banyak kali sebelum ini tetapi tidak ada sesiapa yang mengendahkannya.Malahan wajahnya dipandang seperti dia telah melakukan satu kesalahan yang amat besar walaupun sebenarnya hal tersebut bukanlah seperti yang disangka oleh semua orang.

Jika yang benar sahaja tidak dipercayai,bohong apatah lagi!

Kaii menyedari dia masih sedikit beruntung kerana tidak mendapat natijah seperti abangnya yang tampak lebam di sana sini.Malahan rambut yang diikat kemas itu sedikit berantakan dan bajunya juga kumal berdebu.

Panglima Medeia yang memerhatikan situasi tersebut diam tetapi resah tetap dirasakannya.Sudah dihantarkannya seorang daripada anggota Balai Temenggung yang boleh dipercayai untuk mengkhabarkan keadaan tersebut kepada Putera Amadeus namun bayangan lelaki tersebut masih tidak kelihatan.

Sementara plak perak yang diberikan oleh kedua-dua beradik tersebut digenggam kejap di dalam saku baju .Hal tersebut pasti tidak akan menjadi semudah hanya sekadar kejadian menggagalkan serangan kepada Penasihat Agung jika perihal keberadaan plak perak itu diketahui.

Dan kerana dia tahu para petinggi kerajaan yang berada dalam kubu kuat Keluarga Ares akan menggunakan apa sahaja cara dan alasan utnuk menjatuhkan kedudukan putera mahkota tersebut,peluang itu pasti tidak akan disia-siakan mereka.

Plak perak itu pasti akan dijadikan bukti bagi mengaitkan Putera Amadeus sebagai dalang dalam serangan tersebut memandangkan hubungan tegang antara kedua-dua keluarga.

Sepertinya permusuhan kedua-dua buah keluarga tersebut tidak akan berakhir dengan begitu mudah.Hanya akan berakhir jika salah satu pihak tersembam sehingga tidak lagi mampu untuk berdiri semula.

Lalu, menjatuhkan hukuman mati kepada golongan rakyat marhaen yang menyinggung apatah lagi sehingga ke tahap melepaskan panahan bagi para petinggi kerajaan Darmenta tidak ada apa-apanya.

Ia hanya semudah memetik jari dan terlalu sedikit yang berani mempersoalkan tindakan mereka.Kematian tersebut jika dilaksanakan pasti akan disamarkan dengan pelbagai helah untuk menutupi kesalahan mereka.

Dan,Panglima Madeia risau hal tersebut akan menimpa dua adik-beradik tersebut yang jelas berada di tempat dan masa yang sangat tidak tepat!

Bunuh mereka!

Itu isyarat yang difahami oleh Panglima Madeia ketika melihat otot pada pipi lelaki yang menjawat jawatan Penasihat Agung tersebut ketika melirik ke arah pengawal peribadinya yang sentiasa dalam lagak tidak akan teragak-agak menghayun pedang ke tengkuk sesiapa sahaja yang menyakitkan hati sang majikan.

Melihat ada luka yang melintangi pipi kanan lelaki tersebut,Panglima Madeia hanya mampu berdoa di dalam hati semoga sahaja ada sesuatu yang boleh dilakukan oleh Putera Amadeus untuk menghalang perkara tersebut daripada berlaku.

+ + +

" Jangan halangi beta,Panglima Agean!"

Pemuda itu tahu jika sang putera mahkota mulai menggunakan perkataan-perkataan rasmi begitu ,pasti dia sudah hampir kepada batas kesabarannya.Panglima Agean faham keresahan hati sang sahabat.

Pemergian lelaki yang diutus khas oleh Panglima Madeia dengan membawa khabar dari Balai Temenggung itu dihantar dengan rasa geram yang membuak-buak.

Putera Amadeus tidak dapat tidak sangat merasa bersalah dengan kejadian tersebut.Kaiiara dan abangnya Athreyu tidak akan jauh-jauh menempuh perjalanan ke ibu kota jika bukan dia yang mengarahkannya.

Tetapi,lihatlah ke mana hal tersebut berakhir. Mereka yang tidak bersalah akan menerima akibat bukan kepalang tanggung disebabkan olehnya!

" Jika tuanku pergi ke Balai Temenggung,mereka pasti akan menggunakan hal tersebut untuk ..."

" Beta tahu.Tapi perlu berapa ramai lagi rakyat tidak berdosa terkorban untuk memuaskan nafsu serakah Keluarga Ares?"

Tangan yang melintangi tubuh tegap Putera Amadeus tetap tidak diturunkan walaupun tatapan tajam dilayangkan kepadanya kerana menghalangi niat pemuda itu untuk mendatangi Balai Temenggung sebaik sahaja perkara tersebut sampai ke pendengarannya.

" Tuanku!"

" Beta lebih rela mati dalam keadaan berdiri daripada hidup dalam keadaan melutut seumur hidup,Agean."

+ + +

Mendengar apa sahaja berkaitan dengan perkataan Orakulus Agung,telinga lelaki itu pantas berdiri dan wajah kumal Marius ditatapnya dengan mata yang bersinar-sinar.Antara sakit hati dan jelas cuba menahan kemarahan yang membuak sehingga ke ubun-ubun.

Pasti sudah lama nyawa lelaki suku Marais itu melayang jika dia tidak memiliki kepentingan kepada Keluarga Ares lagi!

Kegagalan rancangan mereka untuk menjatuhkan Putera Amadeus semasa majlis jamuan diraja keyakinan terhadap ramalan lelaki daripada suku penerawang bintang tersebut semakin lama semakin kukuh dan bilik kurungan di bawah tanah tersebut seakan menjadi tempat wajib untuk dikunjungi setiap hari.

" Dua bulan tersebut sudah bertemu antara satu sama lain,Tuan."

Marius menggigil-gigil dengan hidung yang hampir menyentuh tanah akibat tunduk terlalu rendah.Tidak berani sama sekali untuk bersambung pandang dengan lelaki berjubah sutera tersebut.Tuan Ares menggenggam penumbuknya dengan pelipis yang terasa berdenyut.Ubun-ubunnya bagaikan hendak meledak

Bagaimana mungkin?Bukankah mereka sudah.....

+ + +

Babad Saribu BhyangkaraWhere stories live. Discover now