Elyna yang menjadi mangsa keadaan waktu itu. Pisau yang digunakan untuk membunuh arwah mummnya ditarik keluar dari perut oleh Elyna.

Dan kebetulan waktu itu, Eryna sudah sampai dan terkejut dengan apa yang dia lihat. Eryna terus meluru dan menuduh yang adik kembarnya adalah pembunuh kepada arwah mummynya.

Semenjak kejadian itu, hubungan pasangan kembar tersebut semakin renggang. Dan, Eryna sering menggangap buruk terhadap adik kembarnya.

Sebab dia membenci daddynya adalah kerana lelaki itu sering membela Elyna dan mempercayai adik kembarnya berbanding dia.

Eryna berubah 100%. Dulu, sifatnya sangat penyayang dan baik hati seperti Elyna. Namun, disebabkan kejadian itu dia berubah menjadi jahat dan liar.

"Okey. Kau jangan risau. Aku akan pastikan keluarga mereka akan musnah. Puas hati aku sebab dapat balas dendam. Jika bukan sebab perempuan tak guna tu khawin dengan daddy Eryna. Pasti ibu aku masih hidup lagi. Tapi, disebabkan dia, ibu aku bunuh diri sebab ditinggalkan oleh suaminya." dendam Nana dengan perasaan marah.

Eryna sekali lagi terkejut. Dia tidak salah dengar ke? Selama ini, daddy dia pernah menjadi suami kepada ibu Nana.

Patutlah selama ini, Nana bersungguh-sungguh membuat rancangan untuk membunuh adik kembarnya dan sering memburukkan nama Elyna. Semua sebab ingin mengaburi matanya dan mempercayai kata-katanya.

"Eryna biar aku je uruskan. Tentang adik kembar dia, aku nak kau uruskan. Dia sedang bersama dengan Karl. Lelaki itu sangat bijak." kata Nana lagi. Eryna terus menuruni anak tangga dan mengambil segala barang penting dan kunci keretanya.

Enjin dihidupkan dan bergerak menuju ke rumah keluarganya. Airmatanya tidak berhenti mengalir. Dia menyesal kerana mempercayai Nana berbanding adik kembarnya sendiri.

Betullah kata orang. Manusia hanya melihat dengan mata dan mendengar dengan telinga tanpa ada asal-usul periksa.

"Maafkan kakak, adik. Maafkan kakak." ucapnya berkali-kali. Dia harus menyelamatkan adiknya. Dia takkan biarkan Nana berjaya dalam rancangannya lagi.

Kelajuan kereta ditingkatkan dengan kelajuan maksimum. Telefon bimbit diambil untuk menghubungi adiknya dan memberitahu hal tersebut. Namum, nasib tidak menyebelahinya tika itu.

Pin! Pin!

Bam!!

"Arghhh!!!"

Kereta mewah milik Eryna terbalik. Tubuh Eryna sudah penuh dengan lumuran darah. Fikirannya melayang waktu hubungannya dengan Elyna rapat.

Flashback

"Akak!" jerit Elyna dengan airmata yang berlinangan.

"Ye, sayang. Kenapa adik nangis?" soal Eryna dengan risau. Tubuh adiknya dirapatkan ke tubuhnya.

"Kaki adik sakit." adu Elyna manja. Dia memang sangat manja dengan kakak kembarnya. Apa-apa sahaja masalah, dia mesti beritahu kepada kakak kembarnya.

"Kenapa boleh sakit? Terseliuh ke?" prihatin Eryna dan melihat kaki adiknya. Elyna menggangukkan kepalanya.

"Jangan nangis eh? Cepat naik belakang akak. Adik tak boleh jalan sebab kaki tu terseliuh nanti makin jadi teruk." risau Eryna kepada adik kembarnya yang menangis.

"Adik tak berat ke?" soal Elyna rasa bersalah. Eryna tersenyum manis. Cantik dan jika dibandingkan dia lebih cantik berbanding adik kembarnya.

"Akak kan kuat. Setakat berat adik, akak mampu lagi. Cepat, naik!" Arahnya lalu Elyna meletakkan tangannya pada leher Eryna.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now