Pistol tersebut diambil oleh Arline, namun belum sempat dia membuka tingkap kereta tersebut, tangan Syaril menghalangnya.

"Tolonglah dengar cakap aku. Kali ni je. Aku tak nak terjadi sesuatu pada kau, dear." ujar Syaril dengan lembut.

"Tapi----"

"Please."

"Hmmm, okey." kata Arline mengalah. Syaril menghembuskan nafas lega.

Bang!

Bang!

"Arghh!!!"

Jerit Arline terkejut. Jantungnya sudah berdegup dengan laju. Syaril pula sudah berasa marah dan berwajah tegang.

'Kau dekat mana?'

"Masih berada di tempat kereta yang tuan arahkan tadi,"

'Aku nak kau hilangkan ingatan mereka semua. Selepas itu, sedarkan mereka semula dan buatkan mereka ikut cakap kau dan halang van yang kejar kami.'

"Baik, tuan."

Arline menghembuskan nafas lega. 1 minit berlalu, apa yang diarahkan oleh Arline semuanya berjalan dengan lancar. Kenderaan tersebut menghalang van yang mengejar mereka.

Syaril yang pertamanya pelik dengan keadaan tersebut, selepas itu dia hanya membiarkan sahaja dan mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri.

Arline tersenyum dalam hati. Akhirnya, mereka berjaya melepaskan diri dari musuh-musuh Syaril atas bantuan salah seorang dari 'mereka'.

Sampai sahaja dirumah agam milik Syaril, mereka berdua melangkah keluar. Syaril menggengam erat tangan Arline tanpa menghiraukan pandangan pelik anak buahnya.

Tiba di bilik Arline, Syaril terus melepaskan genggamannya. Arline hanya diamkan diri waktu itu. Wajah lelaki itu sangat tegang dan menakutkan.

"Aku nak pesan dekat kau, jangan berani bertindak macam itu tadi." katanya dingin. Arline menelan air liur dengan kesat. Dia berfikir yang lelaki itu tahu akan rahsiannya.

'Dia tahu ke? Ya Allah, macam mana ni.'

"Tapi, line cuma nak selamatkan keadaaan," balasnya laju.

"Selamatkan keadaan? kau sendiri tak pernah pegang pistol." kata Syaril membuatkan Arline terbuntang.

'Adui mamat ni. Aku ingat dia tahu tentang rahsia aku. Nasib baik aku tak terlanjur cakap tadi.'

"Erk."

Syaril mengeluh dan memandang wajah Arline dengan lembut. Tiada lagi wajah yang tegang dan dingin.

"Listen. Aku tak nak kau libatkan diri kau dalam dunia aku. Aku tak nak kau cedera walau sedikit pun. Aku tak nak disebabkan aku, musuh aku diluar sana jadikan kau mangsa." ujarnya dengan lembut.

"Tapi, kenapa musuh kau jadikan aku mangsa mereka?" soal Arline ingin tahu. Syaril tidak menjawab soalan tersebut.

"Dengar je cakap aku. Jangan keluar rumah tanpa izin aku. Nak beli apa-apa, beritahu je pengawal yang menjaga dalam rumah ni. Nak jalan? Boleh. Asalkan ada aku, tak pun Karl dan Syikin, faham?" ujarnya panjang lebar kepada Arline.

"Faham,"

"Good. Sekarang kau rehat dulu. Aku minta maaf sebab kejadian tadi. Nasib baik kau tak apa-apa. Kalau terjadi sesuatu dekat kau, aku takkan lepaskan siapa yang berani sentuh kau, dear. Takkan." katanya lagi membuatkan Arline terdiam seribu bahasa.

Tubuh Arline dipeluk dengan erat. Arline terkejut, jantungnya sudah berdegup dengan laju. Otaknya seakan tidak berfungsi.

"Aku tak sanggup kehilangan kau. Jangan jauh dari aku. Kau ibarat pistol bagi aku. Kemana sahaja aku pergi, aku akan membawa pistol bersamaku. Begitu juga kau, pelik. Kemana sahaja aku pergi, aku akan sentiasa mengingat namamu dan akan kubawa hingga ke ajal maut." ujarnya romantik. Arline masih tidak mampu berkata apa-apa.

Pelukan dileraikan oleh Syaril. Untuk pertama kalinya, dia tersenyum kacak kearah Arline. Gadis itu terpegun.

"Kau rehatlah dulu. Aku nak bincang something dengan anak buah aku." ujar Syaril kepadanya. Arline seperti anak patung tika itu.

Lelaki itu tergelak kecil melihat Arline yang seperti patung. Bibirnya didekatkan di telinga Arline dengan senyuman dan membisikkan sesuatu.

"Don't leave me, girl. Because you my life, my dear and my everthing. I love you, dear."

Selepas berkata begitu, dia menjarakkan semula bibirnya dan mengenyitkan matanya sebelah sebelum melangkah pergi.

Arline pula sudah malu dan seakan otaknya tidak berfungsi dengan baik. Jantungnya berdegup dengan laju.

'Dia cintakan aku?' soalnya di dalam hati.



Double update bb❤️
#macambiasa
#votedankomen

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now