"Esk..esk jangan tinggalkan aku lagi. Aku tak sanggup kehilangan korang lagi. Kalau nak pergi, tolong bawa aku sekali." ujar Arline dengan esakkan. Dia memeluk kesemua lembaga-lembaga tersebut dengan hati yang gembira.

Syaril tersedar dari lenannya apabila dia mendengar suara Arline menangis memenuhi ruang bilik tersebut. Matanya digosok sebanyak 3 kali sebelum memandang kearah Arline.

Dia berasa pelik, gadis itu seperti sedang bercakap, tetapi dia tidak melihat sesiapa pun, selain mereka berdua di dalam bilik tersebut.

"Pelik."

Seru Syaril kepadanya. Arline tersentak, dan 'mereka' pula sudah hilang dengan laju. Airmatanya dikesat dengan laju dengan kepala yang ditundukkan.

"Kau kenapa menangis dan bercakap sendiri macam orang gila? Kau nak aku hantar kau pergi hospital bahagia ke? Pelik je perangai kau ni. Memang sah otak kau tak betul," kutuk Syaril selamba. Arline tidak menjawab, dia hanya mendiamkan diri sahaja.

"Oii, pelik. Kau dengar tak ni? Takkan dah bisu? Tadi, otak tak betul, sekarang pula dah jadi bisu." katanya lagi selamba. Arline sudah geram dengan mulut tidak berlesen milik Syaril. Nak je dia tampar, tapi tak berani.

"Kau buat apa dekat sini? Kau jangan macam-macam ek. Kalau aku tahu kau bawa jantan asing masuk dalam rumah aku, siap kau!" tegas Syaril berkata. Arline sudah tidak tahan, dia terus mengangkat wajahnya.

"Mana ada line bawa lelaki masuk dalam rumah ni. Tiada pun yang nak dekat line. Lagi pula, dalam rumah awak ni banyak pengawal, memang susahlah orang masuk ke dalam," balas Arline. Syaril terdiam sejenak. Apa yang dikatakan oleh gadis itu betul juga. Di setiap kawasan rumahnya, terdapat banyak sangat pengawal.

"Aku percaya cakap kau. Tapi, kalau aku dapat tahu kau bawa lelaki lain masuk ke dalam rumah aku. Aku akan pastikan lelaki itu takkan selamat." amaran Syaril kepadanya. Arline mencebikkan bibirnya.

Suka hatilah nak bercinta dengan siapapun. Kau siapa nak halang aku? Eh, mamat kerek ni minta puji betul.

"Kau dengar tak ni?"

"Dengar,"

"Bagus. So, aku nak tanya kenapa kau dekat sini? Siap menangis bagai, macam anak kehilangan ibu, kehilangan suami, kehilangan duit, semualah kehilangan. Kau gila ke apa? Nanti orang sangka, puntianak dari mana pula menangis.'' ujar Syaril kepadanya. Arline memandangnya dengan geram.

"Suka hatilah line lah nak menangis ke? Menari ke? Gembira ke? Apa ke? Suka hatilah! Eh, awak tidurlah jelah." protes Arline. Dia menggunakan nama line apabila bersama dengan Syaril, sama seperti dengan ibunya. Kerana dia sudah biasa bersama lelaki itu.

"Pandai kau menjawab sekarang eh? Dulu, macam ayam mati. Takut sangat dengan aku. Sekarang pula macam ayam hidup, melawan." geram Syaril.

Arline hanya berdiam diri sahaja. Dia hanya membiarkan sahaja apa lelaki itu katakan padanya.

"Jom, masuk. Sejuk dekat luar ni." ajak Syaril lalu dibalas anggukan darinya. Sempat lagi Arline menoleh kearah belakang untuk melihat 'mereka'.

Setelah dapat melihat 'mereka', tangannya melambai dengan senyuman manis yang terukir dibibirnya. 'Mereka' membalas senyuman tersebut.

"Pel--"

Ayat Syaril tergantung, apabila dia lihat Arline sedang melambai kearah luar tingkap sambil tersenyum tanpa sedar yang dia melihat gadis itu.

"Oiii, pelik!"

"Oh, mak kau hitam!" Arline mengurut dadanya kerana terkejut dengan jeritan Syaril secara tiba-tiba. Syaril pelik dengan gadis di hadapannya itu.

"Kau, kalau sehari tak pelik, tak sah kan? Kau lambai siapa? Lelaki simpanan kau ke?" duga Syaril dingin. Arline menepuk dahinya.

"Mana ada. Line lambai bintang di langit tu. Sebab bintang tu senyum dekat line sambil senyum tau. Sebagai orang yang baik, line balaslah" tipu Arline dengan kepadanya.

Syaril mengerutkan dahinya. Gila ke apa? Bila masa pula bintang pandai senyum dan lambai orang ni? Memang sah minah ni dah gila.

"Dah, baik kau tidur sekarang. Boleh jadi gila aku layan perangai kau yang sewel ni." selamba Syaril berkata dan menuju kembali ke katil.

Arline hanya menurut sahaja, dalam diam dia gembira kerana 'mereka' sudah kembali. Itu adalah kebahagiaan bagi dirinya.

"Kau jangan nak jadi pelik lagi eh?"

"Ye,"

"Bagus, sekarang tidur"

Selepas berkata begitu, Arline terus menutup matanya membelakangi Syaril. Bibirnya menguntumkan senyuman gembira, selepas itu dia sudah diulit mimpi. Dia sebenarnya mengantuk, tapi dia tahan kerana berjumpa dengan 'mereka' sebentar tadi.

Syaril tersenyum segaris melihat Arline. Selepas itu, dia pun turut diulit mimpi. Terlalu penat seharian bekerja dengan hal menjejaki Arline yang tika itu hilang.

'Sweet dreams girl.'




Kita update lagi syg ii❤️❤️❤️mcm biasa vote dn komen. Jumpa lagi pada next chpter strusnya okeyh!❤️selamat berpuasa semua ❤️❤️❤️

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now