Chapter 11: Nurin Aisyah

Mulai dari awal
                                    

''Waalaikumusalam...'' Balas aku dalam hati. Setelah kelibat Cikgu Sulaiman jauh daripada penglihatan mata aku, aku pun terus bergegas kembali menuju ke bilik wad Aisyah yang terletak di tingkat atas.
______________________________________

Sebaik sahaja aku tiba di bilik wad Aisyah, aku sempat mendengar perbualan antara Aizat dengan Aisyah yang kedengaran agak rancak daripada luar bilik wad Aisyah itu.

''Aizat, aku nak tanya dekat kau pasal satu benda boleh?'' Kedengaran Aisyah yang bersama dengan Aizat di dalam bilik wad tersebut sedang menyoal kepada Aizat.

''Apa dia?'' Aizat memulangkan soalan kepadanya.

''Hari tu masa aku kena rasuk tu... Siapa yang tolong ruqyahkan aku?'' Soal Aisyah kepada Aizat. Mendengarkan pertanyaan soalannya itu, Aizat yang sedang duduk di sebelah katilnya kelihatan agak tergamam seketika dan manakala aku pula hanya sekadar mampu mencuri-curi dengar sambil memerhatikan gelagat mereka berdua daripada luar sisi tetingkap pintu wad tersebut.

''Tak silap aku, mak kau dah ceritakan pasal benda ni dekat kau kan? Kenapa kau nak tanya lagi?'' Balas Aizat dengan soalan yang bernada selamba.

''Erm... Aku tahu, tapi aku cuma nak kepastian je.'' Balas Aisyah dengan nada yang tenang. Mendengarkan kata-kata Aisyah itu, Aizat pun tersengih seketika. Reaksi wajah dan fikiran di dalam mindanya menunjukkan bahawa dia sungguh berasa seronok dan tenang melayan kerenah teman baiknya itu.

''Yup, memang betul aku dengan Isa lah orang yang bertanggungjawab yang dah tolong Ruqyahkan kau masa kau kena rasuk malam tu dan alhamdulillah, semuanya dah selesai. Insyaallah lepas ni, perkara-perkara yang macam ni takkan berlaku lagi.'' Kata Aizat panjang lebar dengan nada yang tenang.

''Tapi kau... Aku... Aku ada tercederakan kau kan masa tu? Sakit tak? Kalau sakit, aku minta maaf sangat-sangat tau.'' Kata Aisyah dengan nada serba salah.

''Tak apa, benda kecil je ni. Lagipun yang buat semua benda ni bukannya kau, tapi jin yang ganggu kau dengan keluarga kau tu yang puncanya. Kau tu pula, cuma mangsa keadaan je. So kau tak perlulah nak berasa serba salah sangat, okey?'' Balas Aizat dengan nada yang tenang. Mendengarkan kata-kata Aizat yang tenang itu, Aisyah pun mula berasa lega dan segaris senyuman yang manis mula terukir di bibirnya. Aku yang dari tadi hanya sekadar memerhatikan mereka berdua daripada luar pintu bilik wad tersebut, terus melangkah masuk ke dalam dengan lagak gaya yang biasa.

''Haa Isa... Lama betul kau pergi tandas. Kau pergi tandas ke kau merayap?'' Tegur Aizat dengan nada selamba.

''Heh... Lepas pergi tandas tadi, aku pergi minum-minum kejap sebab dahaga punya pasal. Lepas habis pergi minum tu, aku datanglah ke sini balik.'' Balas aku dengan nada yang tenang sambil berdiri memeluk tubuh di sebelahnya.

''Amboi-amboi kau... Pergi minum tak ajak aku pun.'' Kata Aizat sambil menumbuk peha aku dengan perlahan.

''Hehehe... Sorry lah, aku mana tahu hehehe...'' Kata aku sambil tergelak sinis.

''Aduh... Eh Isa, aku nak pergi ke tandas kejap. Kau tunggu sini eh. Jangan pergi mana-mana tau.'' Kata Aizat sambil bangkit berdiri daripada kerusinya lalu terus berlalu pergi meninggalkan aku sendirian bersama dengan Aisyah di dalam bilik wad tersebut.

''Haih Aizat ni... Ni mesti dia ada rancang sesuatu supaya nak bagi aku berborak sorang-sorang dengan Aisyah kat dalam bilik ni. Haih...'' Keluh aku dalam hati.

''Isa, duduklah.'' Kata Aisyah dengan menjemput aku untuk duduk di atas kerusi yang terletak di sebelah katilnya itu. Tanpa sepatah kata, aku pun terus menurutinya lalu melabuhkan diri di atas kerusi yang menjadi tempat duduk Aizat tadi dengan posisi kedudukan yang selesa. Buat seketika waktu, suasana menjadi sepi seketika. Tiada sesiapapun di antara kami berdua yang mahu membuka kata untuk memulakan perbualan. Yang ada hanyalah aku yang sedang merenung wajahnya untuk membaca mindanya dan dia pula hanya sekadar merenung ke arah muka aku dengan wajah yang biasa.

KASYAF (Hiatus)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang