Chapter 39: Pemulihan

449 26 21
                                    

[Ifrit POV]

Aku membuka mata dengan perlahan-lahan setelah tersedar daripada lena yang terasa panjang dalam keadaan yang sedang terbaring di atas sebuah tilam putih yang empuk sambil diselimuti dengan selimut putih yang diperbuat daripada kulit biri-biri yang gebu. Pandangan mata kuyu aku yang tadinya kabur mula menjadi semakin jelas. Benda pertama yang lihat pada ketika ini adalah siling kayu gelap di dalam sebuah rumah kayu yang aku agak kenal tentang rumah apa dan siapakah pemilik rumah ini.

Aku cuba untuk bangkit daripada pembaringan aku namun tak terdaya disebabkan terasa sakit yang terasa menyakiti secara lembut dan perit di dalam seluruh anggota tubuh badan aku yang penuh dengan kesan luka yang telah dibalut dengan daun-daun herba ini. Termenung seketika sambil berfikir sejenak. Di manakah aku ini? Apa yang sudah terjadi?

"Ah... Al-Fitri. Kau sudah bangun." Tiba-tiba datang seorang lelaki tua yang berjubah putih menyapa diri aku sambil berjalan ke arah aku dengan membawa secawan kayu yang berisi air putih. Aku tergamam seketika kerana aku kenal siapakah lelaki tersebut.

"Tok Faroq..." Aku menyebut namanya dalam riak yang masih tergamam. Lelaki itu namanya Tok Faroq. Dia bukan manusia, tetapi makhluk bunian yang dahulunya pernah menjadi guru yang mendidik aku tentang ajaran Islam semenjak kali pertama aku diislamkan oleh bangsa manusia pada hari-hari yang sebelum ni. Tok Faroq adalah merupakan salah satu ulama' bunian yang telah dilantik menjadi ketua kampung di dalam kampungnya.

"Bagaimana dengan keadaanmu sekarang, wahai Al-Fitri? Adakah engkau sudah semakin pulih?" Soalnya kepada aku sambil duduk di sebelah pembaringan aku.

"Ya... Tetapi masih ada rasa sakit. Aku di mana ni? Mengapa aku boleh berada di sini?" Jawab aku dengan nada yang separa lemah lalu memberinya soalan pula.

"Janganlah engkau berasa gusar dan bimbang, wahai Fitri. Kau kini selamat berada di kampungku, di alam bunian. Inilah rumahku. Rumah yang pernah menjadi tempat tinggal engkau sejak engkau menuntut ilmu ajaran Islam denganku selama 12 tahun di dalam alam ini suatu ketika dahulu." Jawab Tok Faroq dengan panjang lebar dalam nada yang penuh kelembutan. Setelah mendengar jawapannya itu, barulah aku sedar. Kini aku berada di rumah Tok Faroq yang pernah menjadi tempat tinggal aku sepanjang aku menuntut ilmu ajaran Islam dengannya sejak 12 tahun di alam ini dahulu. Di alam ini, 6 tahun itu ibarat sehari di alam nyata di bumi. Selain itu, aku masih ingat lagi selama 12 tahun aku tinggal di alam ini untuk menuntut ilmu ajaran Islam, aku telah didedahkan dengan banyak perkara baru daripada segi ajaran, budaya, pergaulan dan sebagainya yang aku pelajari daripada kesemua makhluk bangsa bunian yang ada di dalam alam ini.

"Sudah berapa lama aku berada di alam ini?" Soal aku kepadanya lagi.

"Sudah 5 bulan semenjak aku membawa kau pulang ke sini selepas menemui kau di dalam keadaan nyawa-nyawa ikan disebabkan tewas bertarung dengan golongan jin kafir." Jawabnya dengan nada yang tenang. Aku tergamam seketika. 5 bulan itu tidaklah lama sangat jika nak dibandingkan waktu di sini dengan waktu di alam nyata di bumi. Tetapi dengan waktu yang selama itu, apa-apa perkara yang buruk juga boleh berlaku di alam nyata. Terutama sekali Isa. Nyawanya penting bagi aku. Aku perlu melindunginya daripada ancamam Jembalang.

"Sudah 5 bulan? Jadi... Mengapa engkau membawa aku ke sini? Adakah kau membawa aku ke sini hanya kerana untuk merawat aku?" Soal aku kepadanya lagi.

"Ya, sudah tentu. Nah, minumlah air ni. Segarkan semula tenaga engkau tu terlebih dahulu." Jawabnya dengan bernada lembut sambil menyerahkan secawan air putih yang dibawanya itu tadi kepada aku. Tanpa sepatah bicara, aku mengambil air tersebut lalu meneguknya perlahan sehingga habis.

"Ahh... Terima kasih." Ucap aku kepadanya sambil meletakkan cawan itu tadi ke tepi. Setelah aku meminum air itu tadi, kini tubuh badan aku mula terasa dipulihkan secara perlahan-lahan. Tok Faroq pula tidak berkata apa-apa malah hanya tersenyum melihat aku yang sudah mula beransur pulih setelah minum air itu tadi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 07, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now