Aura menenangkan.

Eisha terus ambil batal peluk dia dan bantal peluk tak berdosa itu dipeluk seerat hati. Jeritan kecil terlepas. Hati Aniesha berbunga!

Ya Allah!

Tak boleh jadi ni.

Susah tahu Aniesha nak rasa hati dia berbunga macam ni. Dah lama sangat tak jadi. Dua tahun rasanya perasaan tu lenyap. Sebab tu dia rasa dah putus asa nak kahwin. Hati dia macam dah jadi sekeras batu! Susah nak ada perasaan pada orang.

So if it requires her to take the first move to start a thing with this guy, then maybe, she will give it a try!

🍉

Najmi mengangguk mendengar cerita Mikaeyl yang serupa novel dia selalu baca. "Jadi. Makwe tu comel ke tak?" soal Najmi. Itu la perkara paling penting dalam cerita Mikaeyl. Perkara lain tidak penting. "Kau mesti bayarkan sebab dia comel kan?"

"Aish. Aku nampak muka dia pun tidak. Aku seganlah nak pandang. Tunduk ajelah."

"Segan?!" jerit Najmi tiba-tiba. "Kenapa? Kau bogel ke tadi?"

"Aku kang-" Mikaeyl tarik nafas panjang dan pejam mata rapat. Dada diurut minta bersabar. Mikaeyl ni sebenarnya dahulu tak reti sangat la nak marah orang ataupun nak naik angin. Tapi sejak hidup dengan Najmi, dia belajar untuk marah dan hilang sabar.

Lepas kenal Haikal pula? Bertambah marah dia rasa setiap hari. Sikit lagi nak kena darah tinggi sebab mereka berdua. "Aku segan sebab... aku seganlah! Do I need a reason to be shy?"

"You do!" Najmi menggeleng perlahan. "Tak faham aku ni. Kalau malu macam ni memang sampai ke sudah la tak dapat marka, Mikaeyl. Malulah, apa la. Macam mana kau lepas jadi lecturer? Kau mengajar depan orang sambil tersipu-sipu malu ke?"

Mikaeyl baru nak menjawab dan sambung pergaduhan dia dengan Najmi, namun mata dia terpandang iMessage yang baru diterima dari nombor yang tak disimpan.

+hi! r u free?

Siapa dah ni mesej tak beri pengenalan diri langsung? Pantang ya students mesej tak beritahu siapa diri mereka, datang dari ceruk bumi yang mana dan sebagainya. Dia ni ada beratus pelajar dia ajar tahu? Ingat dengan ucapan 'hi! r u free?', dia boleh cam ke siapa penghantarnya?

-Hi.  I am. Who is this ya? If you are my student, 😁I'd appreciate it if you introduce yourself first.

Mikaeyl meletakkan telefon bimbit ke bawah selepas membalas mesej tersebut. "Mengajar students tu lain, berborak dengan strangers pun benda lain, Mi. It brings a totally different feeling."

"Apa yang lain?"

"You were a teacher at school and you-"

Telefon bimbit Mikaeyl berbunyi lagi. Mata Mikaeyl beralih memandang skrin, membaca notifikasi iMessage yang baru diterima. Mata Mikaeyl terbeliak luas.

Jantung dia terhenti seketika.

Terus ayat dia mati dan tak ada tanda nak disambung langsung. Telefon bimbit diambil dan skrin dipandang dengan mata berkelip-kelip.

+oh. im sorry. im not ur student. but still, sorry sebab tak kenalkan diri. i eisha. cousin haikal. this is mikael lee right?

"Wh... what?" Mikaeyl masih terkaku membaca notifikasi mesej yang terpapar di skrin utama telefon bimbit dia. Dia rasa macam dunia berhenti berputar sekejap.

Betul ke... apa dia tengok ni?

"Kenapa weh? Siapa mesej. Mak Misya ke?"

"Shut up." Sebut Mikaeyl laju. Tapak tangan dia dah dihala depan muka Najmi. Otak dia kosong dan dia mula rasa gelisah. "Kejap." Dia bangun meninggalkan meja makan dan terus berlari naik ke biliknya di tingkat dua.

Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now