"Aduh, lapar ayam sangat dah ke ni sampai tak boleh bergurau? Kau usik aku dengan Iman boleh pula? Ha, pergilah kau beli ayam. Kawasan rumah Haikal ada franchise Pak Mail. Ada jodoh, boleh jumpa cousin Haikal sekali."

"Aduh jauhnyalah... kenapa Pak Mail tak buka depan rumah kita saje? Senang aku nak beli ayam." Mikaeyl sambung membebel tentang bagaimana kawasan rumah dia dan Najmi ialah kawasan strategik untuk jual ayam goreng. Tapi bebel bebel pun, dia sudah mengambil kunci kereta dan dompet yang tersadai atas meja kopi.

Sebelum dia keluar dari pintu rumah, dia sempat membebel lagi. "Kau tahu tak ni Najmi? Kalau dia buka kedai ayam depan rumah kita, bukan setakat beli, aku kerja part time dekat situ sekali. Aku minta bayar half aje, boleh Pak Mail guna separuh duit upah aku untuk beri makan kucing berstatus rakyat marhaen yang lapar dan tak ada tempat berlindung.

See? Banyak benefit dia dapat kalau dia buka kedai ayam depan rumah kita. Benefit akhirat ada. Dunia lagilah ada. Jadi apa alasan Pak Mail tak nak buka depan rumah kita? Ha? Cuba kau explain Mi?"

"Hm...." Najmi menguatkan kelantangan lagu di komputer riba dia. Bebelan tidak berfaedah ni eloklah diabaikan. Mikaeyl ni kalau depan orang dia tak kenal, kita borak 100 patah perkataan pun, dia balas 3 patah perkataan sahaja. Mood baik sikit, mungkin lah jadi 5 patah perkataan yang keluar.

Tapi dengan orang dia kenal dan rapat?

Hilang sifat segan-segan ayam belanda dia tu. Bebel tak nak berhenti! Rasa nak solotape sahaja mulut dia tu kasi diam!

🍉

Mikaeyl mengeluh panjang. Bapak panjangnya beratur. Ini nak beli ayam goreng ke nak masuk JPJ ni? Dia rasa dia sempat qada' tidur 20 minit kalau diganti waktu beratur ini dengan waktu rehat dia.

Mengenangkan dia dah pandu kereta hampir 15 minit untuk datang ke sini, Mikaeyl gagahkan diri untuk membeli Ayam Goreng Pak Mail. Ayam goreng disalut keju di kedai lain tak sehebat dan selazat Ayat Goreng Pak Mail. Rasanya, umph dan sungguh padu! Jadi, jangan la sia-siakan peluang hendak membeli ini hanya kerana barisannya panjang macam ular.

Dia memasukki barisan hendak membeli ayam dan mula membelek telefon bimbit. Seperti biasa, WhatsApp dia semestinya penuh dengan mesej dari pelajar dan rakan sekerja. Beginilah hidup, hari Ahad pun kena balas mesej berkaitan kerja.

Apabila dia sudah hampir dengan kaunter, Mikaeyl menerima mesej yang buat kening dia terangkat sebelah. Dahi Mikaeyl berkerut seribu. Mesej dari Misya yang muncul tiba-tiba dibaca sekejap.

Pergh.

Masin mulut si Najmi ni. Dulu Ibu bagi dia minum air laut ke? Bukan susu lembu?

+Assalamualaikum you. Jangan lupa datang majlis belah Azlan sekali ya. Mama I suruh you bawa girlfriend kalau you dah ada girlfriend. Jangan lupa datang!

Eh eh. Mikaeyl pegang dada dia sekejap. Istighfar disebut perlahan. Panas pula hati dia baca. Kadangkala dia rasa mak Misya ni memang sukalah nak cari gaduh dengan dia. Mak Misya tahu lah tu Mikaeyl ni tak laku, muka ada pesen selipar kena gigit anjing sedikit. Tapi perlu ke melukakan hati dia dengan cara begini?

Mengenali makcik ketua mesyuarat tingkap Negeri Kelantan tu, dia tahu mak Misya tengah perli dia. Seperti, "Ada girlfriend, bawalah. Tapi ada ke? HAHA!"

Rasanya seperti dicabar ya?

Mikaeyl pejam mata.

Oh, terluka hati kecil dia.

Oh Tuhan, sakit.... sakit.

Sabar, sekejap lagi dia ajak Iman pura-pura jadi girlfriend dia. Biar terngaga mulut semua orang dekat majlis tu tengok aku bawa Iman jadi bakal isteri.

Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now