Count 82: True Form

Start from the beginning
                                    

Namun, secara mengejut Elucia muncul dihadapannya berserta satu pandangan tajam!

SHRAKK!!

Tombak milik Elucia dapat menembusi perut Leon! Remaja lelaki itu termuntah darah!

"Guharkk!!"

"Die.."

ZURROOSSSHHHH!!!!

Leon terhempas di tanah setelah tombak milik Elucia menembusi dirinya! Kawah besar terhasil!

Si wanita naga segera meluru ke arah Leon! Remaja lelaki itu mengetap gigi lalu menyemburkan api dengan kuat!

Dia kemudiannya berdiri lalu menarik keluar tombak itu dari badannya! Elucia tidak memberi peluang untuk Leon menyembuhkan dirinya! Dia segera muncul di atas remaja lelaki itu lalu ingin menyerangnya menggunakan kaki!

Leon yang menyedari akan tindakan Elucia itu segera melibaskan Honomaru dengan kuat!

KTINGG!!

Namun Leon terkejut kerana libasannya tidak dapat membelah kaki Elucia! Sisik naga yang dimiliki oleh Elucia amat keras!

"HARGHH!!"

Sekali lagi Leon mencium tanah apabila tendangan Elucia tepat mengenai kepalanya!

Tidak cukup dengan itu Elucia menendang Leon menyebabkan remaja lelaki itu melekat pada dinding tanah!

Dia menghembuskan nafasnya yang berwap. Kelihatan kesan darah Leon melekat pada tangan dan kakinya.

Dia mengetap gigi melihat darah itu! Baginya darah milik Leon adalah darah yang tidak patut dia sentuh!

Kali ini, sisik naga mula merebak ke seluruh badannya! Hanya mukanya sahaja tidak bersisik! Warna sisik naga miliknya juga berubah. Dari merah terang bertukar menjadi merah gelap! Iris matanya segera bersinar keemasan!

"Hey, your daughter really want to kill him. She even use her Third Form." Ujar Hazen dan Tiamat hanya mendiamkan diri.

Tanpa disangka, aura milik Leon juga bertambah kuat! Dua lagi tanduk di kepalanya kali ini bersinar kemerahan! Warna badannya juga berubah menjadi gelap! Dia menjerit seraya meletuskan kuasanya!

"Yup. Congratulation, Hazen. Your new candidate has officially turn into demon. I wouldn't recommend him as one of the Guardian of Divine Realm." Ujar Tiamat.

"Say that to Ashriel. I'm not choosing this person. But she is. If you have any complain, just say to Ashriel." Balas Hazen.

Dia hanya risau jika dia terpaksa menghapuskan Leon di sini. Kuasa yang Leon miliki sekarang ini buatkan dia teringatkan akan satu entiti yang membuat para dewa dewi mengulang semula dunia ini.

Ya, entiti itu adalah raja segala kejahatan. Segala bentuk negatif yang terhasil dari dulu hingga kini adalah berasal daripada dia. Dan jika dia hendak membunuh Leon, dia perlukan satu alasan yang kukuh untuk diberitahu kepada Ashriel.

"If I'm going to kill him, I need better reason." Ujar Hazen sendirian.

Secara mengejut satu dentuman kuat menyebabkan dimensi itu merekah! Hazen bersiul kagum melihat ada kuasa yang berjaya buatkan dimensi miliknya.

"Look like your dimension has cracked. Tell me, Hazen. Are you weaker than before?" Soal Tiamat.

"Mind your words, Tiamat. You want me to erase all of your existence right now?" Soal Hazen dingin.

Azumi yang berada di perantaraan mereka berdua sudah kecut perut apabila melihat Hazen mengancam Tiamat.

"Nah. Just kidding. If I'm weak right now, then, I can't really hurt you without lifting my finger." Balas Hazen selamba dan secara mengejut pipi Tiamat luka sebelum sembuh kembali.

LEON: THE TIME CONTROLLERWhere stories live. Discover now