Kedebuk!

"Maaf...maaf..saya tak sengaja." pohon Elyna dengan cemas. Dia membantu orang tersebut untuk berdiri diikuti dengan Syikin juga.

"Tak apa. Saya okey," balas orang tersebut dengan senyuman nipis di bibirnya. Elyna mengganguk perlahan.

"Saya minta maaf eh. Saya tak sengaja." pohon Elyna lagi kepadanya. Orang tersebut mengganguk dan tersenyum.

"Jangan risau Miss Elyna, aku okey," balas Arline membuatkan Elyna dan Syikin tergamam. Setahu mereka berdua mereka tidak kenal pun dengan Arline.

"Macam mana awak tahu nama saya?" soal Elyna pelik terhadap gadis itu.

"Kau tak perlu tahu. Aku nak kau nasihatkan kakak kau je." ujar Arline membuatkan Elyna bertambah pelik.

"Nasihatkan buat apa? Kakak aku tak kacau pun." pelik Elyna. Arline tersenyum sinis mendengarnya.

"Itu aje aku nak pesan, assalamualaikum." kata Arline lalu melangkah pergi dengan senyuman yang sukar ditafsir.

"Dia suruh nasihatkan apa ek? soal Elyna kepada Syikin. Memikirkan hal itu membuatkan dia pening.

"Dia suruh nasihatkan supaya kak ryn bertaubat kot. Kan dia macam jahanam sikit," sengih Syikin membuatkan Elyna tergelak.

"Macam jahanam ek?"

"Yelah jahanam..takkan menanam?"

Tuk!

"Auch!"

"Banyaklah kau punya menanam." kata Elyna lalu menjulingkan matanya keatas. Syikin tersengih sumbing.

"Hehe janganlah marah. Nak cendol?"

"Akak taknak cendol, kalau akak nak bagi kepala Ikin benjol boleh?" kata Elyna sambil tersenyum senget.

"Hilang cantik aku bila kepala benjol." cebik Syikin membuatkan Elyna tergelak.

"Kau cantik ke?"

"Cantiklah!"

"Bukan kau jumpa bomoh ke?"

"Bomoh alim,"

"Banyaklah kau punya alim, sengal."

Lalu mereka berdua tergelak dan melanjutkan langkah mereka, tanpa mereka tahu ada orang yang memerhatikan mereka berdua dengan senyuman jahat.





"Beb kau biar betul? Takkan kau nak buat juga?" kata Nana meminta kepastian. Eryna tersenyum sinis.

"Mestilah, aku takkan batalkan," balas Eryna. Nana hanya tersenyum sahaja.

"Memandangkan adik aku banyak dapat harta dari aku sebab dia kepercayaan daddy aku. Kalau aku hapuskan dia, mesti harta dia jatuh dekat aku." kata Eryna dengan senyuman.

"Dan harta orang tua karepot pun tu akan dengan kau juga. Wah, indahnya hidup." teruja Nana.

"Sebelum Amri aku bunuh, aku nak bunuh Elyna dulu." kata Eryna di balas anggukan dari Nana.

Mereka berdua memandang kearah orang upahan Eryna dengan senyuman jahat. Wajah mereka bengis sahaja.

"Korang nampak kan perempuan tadi tu? Aku nak korang buat apa je dekat dia. Korang nak rogol ke bunuh ke, aku tak kisah. Yang aku tahu dia mesti mati." kata Eryna dengan serius.

"Yes, betul. Korang nak jadikan dia pelacur pun boleh. Dia lawa korang akan untung." kata Nana pula.

"Baik. Upah macam mana?" soal lelaki yang berambut keperangan kepada gadis itu.

"Jangan risau, aku tetap akan bagi." kata Eryna lalu dibalas anggukan oleh mereka. Orang upahan Eryna bergerak melakukan tugas mereka.

Eryna dan Nana tersenyum puas. Akhirnya, Elyna akan lenyap juga di muka bumi. Dan jika itu berhasil, Eryna adalah orang yang paling bahagia.




Elyna dan Syikin bergerak pulang ke rumah, memandangkan sudah lama mereka shooping. Tempat letak kereta ditujui. Semasa dalam perjalanan, ada seekor kucing yang comel berada di atas jalan raya.

"Jap..Ikin pegang dulu barang ni, akak nak ambil kucing tu." kata Elyna lalu dibalas anggukan dari Syikin. Matanya meliar melihat jika ada kereta yang lalu, setelah memastikan tiada, dia menghampiri kucing tersebut.

Belum sempat dia mengambil kucing tersebut, terdengar suara jeritan dari Syikin dan memanggil namanya.

"AKAK!"

Elyna terkejut, kakinya terasa melekat, ada kereta yang menghampiri dengan sangat laju. Mata dipejamkan namun dia tidak dapat bergerak.

Pin! Pin!

"No! AKAK!"

Update lagi gais, jangan lupa vote dan komen yer..❤❤❤

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now