23/seumulset/ni jyu san

858 89 31
                                    

Pagi di hari Isnin

Hari yang indah buat y/n. Dia bangun dari katil sebaik sahaja jam loceng berbunyi matanya segar seperti ada orang simbah air pada muka nya. Y/n terus bergegas ke bilik mandi dan siapkan diri, dia turun ke bawah dengan sangat pantas padahal jam pada waktu itu baru pukul 6:30 pagi dia pula sudah kelam kabut seperti terlambat masuk sekolah.

Y/n berlari ke meja makan yang sudah tersedia sarapan lalu dia mencapai sandwich dan minum air susu dengan laju. Mama yang melihat kelakuan tergesa-gesa anak nya mula risau dan bertanya padanya.

"Ni anak mama tergesa-gesa kenapa? Awal lagi kan?"

"Hum! Hari ni adik nak cepat lah ma!" Jawab y/n baru habiskan air.

"Nak cepat? Kenapa? Ada apa-apa ke kat sekolah?"

"Aaaaaa.... Tak ada. Tapi hari ni adik bertugas jadi kena awal!"

"Hum yelah. Masuk kereta cepat."

Tanpa cakap banyak y/n berlari keluar memakai kasut dan tolong bukakan pagar untuk mama nya lalu masuk ke dalam kereta. Mama nya pula keluar dan menutup pintu lalu masuk ke dalam kereta dan mula bergerak ke sekolah. Sebaik saja sampai di pintu depan sekolah y/n nampak orang yang membuatkan dia semangat mahu ke sekolah. Dia salam dan cium pipi mama nya lalu keluar dari kereta dan berlari ke arah twin siblings tersebut.

"Haih... Apa kena lah dengan anak aku sorang ni dulu takut nak masuk sekolah." Kata mama y/n berlalu pergi.

Y/N POV

Aku berlari mengejar diaorang yang mahu masuk ke sekolah lalu mencelah di antara Solar dan Hali sambil tersenyum lebar.

"Ohayo!!"

"Selamat pagi?" Kata Solar memahami bahasa Jepun.

"Asal ni? Macam tak cukup makan je korang ni?"

"....."

Apasal diaorang ni? Dulu bukan main lagi menyakat aku. Aku dah rapat dengan diaorang senyap la pula. Aku pun biarkan mereka hingga la aku nampak Shila berlari ke arah kami. Mata aku terbeliak aku tak nak dia jealous nanti apa pula yang akan terjadi.

"Eh! Aku masuk kelas dulu tau bye!"

Aku lambai kat diaorang dan terus berlari ke dalam aku hembus nafas lega tak ada apa-apa yang berlaku masa aku larikan diri. Aku sepatutnya bagitahu Hali pasal benda tu! Tapi masa pula tak menentu kan... Aaaagghh!!!! F*beep*k I hate myself.

Hari ni tak ada la nampak normal sangat sebab... Semua tengah tengok aku... Rasa kekok dowh i need Fina right now! Ha! Aku tahu sebab apa... Solar ada post kat Instagram gambar aku dengan dia... Mungkin sebab tu kot. Heh! Aku tahu lah sejak kebelakangan ni aku rapat dengan diaorang... Iri? Bilang boss!! Ahaha....!!!

"Weh! Kau couple dengan Solar ke?" Tanya Azwina rakan sekelas y/n sebaik saja dia duduk di mejanya.

Defaq?!

"Pale otak! Dari mana kau dapat kesalahfahaman ni?!"

"Dari ig la, kau tangkap gambar dengan Solar bukan main rapat lagi tu." Kata Azwina.

Dah ku sangka kan.

"Hak!! Duuh...? Aku dengan dia kawan jelah. Tak boleh ke aku bergambar dengan dia?"

"Tak boleh!! Solar aku punya!!" Sergah Khairina dari meja depan.

"Okay... Kalau macam tu... Ambil la. Aku pun tak nak lah kat Solar tu."

"Macam mana aku nak ambil kalau dia pun tak pernah pandang aku!"

"Siapa kesah? Itu masalah kau, settlekan la sendiri."

Private School [SU]Where stories live. Discover now