4-birthday tucenk

Start from the beginning
                                    

Siapa pula dah? Eisha malas nak menyoal. Haikal dahlah jenis tak suka cerita hal diri sendiri. Kalau tak ditanya, memang dia takkan cerita sendiri.

"Handsome kan?" Khadijah menambah. Dia teringat si Haikal beria nak kenenkan budak berdua ni. Entah kenapa Haikal teruja tiba-tiba. Mungkin kesian tengok dua-dua jenis tak bermasalah tapi asyik terjumpa dengan orang yang tak menghargai. Lagi-lagi Mikaeyl. Dah berapa kali dah hubungan dia tak menjadi.

Eisha menggamit semula memori dia yang ringkas tadi. Mikaeyl pandang dia macam pandang hantu. Lelaki itu mempunyai kulit yang cerah. Kening dia nipis. Mata dia agak bulat dan bersinar bila dipanah cahaya mentari, macam baru habis menangis. Kalau nak label dia, mungkin dia bukan lelaki yang nampak maskulin atau matang dan macho seperti lelaki-lelaki yang Eisha selalu suka. Dia lebih kepada... lelaki comel dan nampak suci aje muka.

Dia tergelak kecil bila teringat muka terkejut Mikaeyl tadi. "Comellah. Tapi bukan taste aku."

"Hala... kalau nak tunggu taste kau mai, memang singlelah kau sampai arwah."

"Aku okay aje single DJ. According to Hlovate, life is much more than just... romance." Dia tersenyum lebar, siap angkat kening berkali-kali lagi. "Jadi single? Tiada masalah. Asalkan hati gembira and I enjoy being with myself."

"Weh. Tapi Mikaeyl ni kan... one thing about him, he's very gentle and kind. Aku tak tipu weh. He always puts others before himself."

Khadijah menepuk bahu Eisha. "Sumpah kena kasi peluang weh. Bukan jenis baik dengan perempuan sebab dia suka perempuan tu aje ke apa. Tapi memang baik!"

"Hm...." Dia ni mesti nak tolong Haikal dapat tiket Sunway Lagoon ni. "Tengok dulu la. Dia tak ada text aku pun."

"Segan kut? Pemalu weh dia. Introvert pula tu."

"Hm... tengoklah. Aku tunggu dia text aku. Kalau dia text dengan aku tak best. Senanglah aku reject dia."

"Ceh, jual mahal."

"Haruslah!" Eisha tersenyum lantas bangun. "Aku nak bagi power bank ni ke mak aku kejap."

🍉

Mikaeyl melabuhkan badan ke atas katil dan mata dipejamkan seketika. Banyak benar kertas peperiksaan yang kena tanda tadi. Hampir 50 kertas dia tanda dalam masa 2 jam. Berpinar sekejap mata, tak bolehlah pandang kertas peperiksaan lagi dah. Sekurang-kurangnya bagi dia rehat sampai pukul 1 nanti.

Alarm untuk bangun semula pukul 2 pagi dipasang. Sekurang-kurangnya kalau nak power nap, tak ada la dia terlajak.

Mikaeyl hampir tertidur. Fikiran dia sudah mula berada di awang-awangan. Baru sahaja dia benar-benar hendak lena, pintu bilik diketuk dari luar dengan kuat macam JAIS nak tangkap orang berkhalwat.

Terus kembali roh Mikaeyl ke dalam badan dia. Mata terbuka luas. Terperanjat dia!

"Ya?" Dia menyoal dengan nada suara lemah. "Masuklah. Tak kunci."

Muka Najmi terus muncul. "Nak makan tak?"

"Apa kejadah makan pukul 12 ni?" Mikaeyl mengalihkan badan dan baring membelakangi Najmi. Dia tahu Najmi bosan dan sengaja datang nak kacau. Dia nampak Mikaeyl muncul di Twitter la tu, tu terus masuk bilik nak menyemak.

"Aku order McD."

"Okey." Mikaeyl jawab ringkas. Tak terusik.

"Jom la makan sayang...." Lelaki itu memujuk.

Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now