2-trial and error

Start from the beginning
                                    

"Okay. Kira dah habis cerita la dengan makwe tu? Alright. Meh aku recommend ke cousin aku." Haikal malas dah nak layan drama Mikaeyl. Mikaeyl memang malang bab cinta.

Mikaeyl mengeluh perlahan. "Macamlah dia nak ke aku? Aku ni bukan handsome pun."

Haikal merenung Mikaeyl dengan muka menyampah. Kau ni dah macam muka anak cina, Mikaeyl. Apa la yang buat kau rasa muka kau setaraf lapik kaki? "Ya la. Kau tak ada la handsome sangat. Ada iras sendal pintu sikit. Tapi okey aje. Cousin aku pun tak ada lah cantik mana pun."

"Okey." Mikaeyl jawab pantas. Kalau tak cantik, sesuailah dengan Mikaeyl yang rasa muka dia seperti pinggan tak habis setal ni.

"Okey? Maksudnya, kau setuju?" Aik, semudah itu?

"Setuju!" Mikaeyl hulur tangan dan mereka bersalaman seperti bersedia nak buat urusan jual beli tanah bernilai RM 3 juta.

Setujukan aje. Kalau Mikaeyl kata tak nak. Makin panjanglah drama ini. "Kenal kenal aje kan? Kalau tak sesuai boleh putuskan silaturahim kan?"

"Ya. Kita cuba cuba... kau nak ke jadi single dan sendu seperti Najmi yang ew? Sendu dan sedih tu?"

Najmi tarik nafas panjang. Akulah kan... sumpah bernafas sahaja. Tapi tetap kena kacau? Bantal dicapai dan dicampak ke arah Haikal laju.

Haikal yang sudah bersedia diserang Najmi sempat sambut dan terus peluk bantal tersebut seperti tiada apa yang jadi.

"Okey...." Mikaeyl menjawab malas.

"Biar aku call mak dia kejap." Haikal terus keluarkan telefon bimbitnya dan nombor mak saudara dia didail. Loud speaker dibuka.

La, tak habis lagi ke drama ini? Mikaeyl tahan diri dari mengeluh.

Panggilan diangkat oleh mak cik. Haikal.

"Assalamualaikum mak long!" Haikal menyapa ceria. "Watpetu?"

Maklong Haikal diam lama. "Siapa ni?"

"Siapa ni?" Haikal terjerit kuat. "Maklong tak simpan nombor Haikal ke? Pergh. Sampai hati!"

Mikaeyl tahan sengihan. Menyedihkan.

"Oh... Haikal? Sorrylah, mak long baru beli handphone baru... terlupa nak save nombor kau."

"Lah, ya ke? Phone apa tu?"

"Tak tahu la mak long. Si Eisha ni belikan...."

"iPhone eleven ke tu?"

"Aih! Tak ada la! Tak reti Maklong nak memakainya."

Haikal tersengih mendengar. "Cakap pasal Eisha. Haikal nak tanya something ni."

"Apa dia?" soal maklong.

"Eisha single kan, maklong? Dah berumur pun minat K-pop lagi kan? Boyfried pun tak ada. Apa barang? Maklong ready ke tengok dia sampai ke tua tak ada suami?"

"Haah. Single dia tu. Tulah. Tak habis-habislah dia dengan kumpulan Ekzos dia. Menyirap mak long!"

Mak long telan air liur sekejap. Gosip dengan Haikal ni memang laju aje habis air liur. "Ha? Dia jadi andartu? Kau gila? Kalau umur dia masuk 26 kejap lagi, mak long nak kahwinkan dia dengan siapa-siapa mak long jumpa nanti."

"Ha itu la kan..." Haikal pandang Mikaeyl yang tayang muka kosong sambil renung skrin TV tu. Langsung tak tunjuk riak berminat.

"Haikal ada kawan ni nak kenalkan dekat Eisha."

Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now