2-trial and error

Începe de la început
                                    

Dia berdehem. "Ehem. Pergi ke kedai membeli cincau, Alan-ca—"

Mikaeyl yang jenis mudah terhibur, terus tergelak kuat sebelum sempat Haikal menghabiskan carutannya. Haikal ni bebal dia tak boleh dibawa bincang. Alan suami Misya yang dicarutnya.

"Tak ada lah. Sendu sikit je." Mikaeyl senyum tawar. "Rasa macam tak berguna sikit sebab ex aku dah bahagia, tapi aku masih sendu macam Najmi. Sendu dan single."

Najmi mengeluh. Dia menurukan iPad dia dan bersuara. "Sekali lagi aku terlibat dalam perbualan lagha kau orang berdua, aku pancitkan tayar kereta sekor sekor." Dia kembali mengangkat Ipad dia. Kerja disambung.

Mikaeyl dan Haikal buat tak dengar. "Tu la kau... dulu aku suruh kau couple dengan anak mak cik kat kafe Angsana dulu, kau tak nak."

"Kan? Rugilah. Kalau tak, dah ada anak bini dah aku ni."

"Siapa suruh kau jual mahal?"

"Itulah." Mikaeyl menggeleng.

Haikal tersenyum senget. Ada sebab dia datang hari ni sebenarnya. Bukan sekadar untuk pandang wajah menyakitkan hati Najmi dan Mikaeyl sahaja. Ada sebab lain. Dia membetulkan posisi duduk dan bersila menghadap Mikaeyl.

"Kau nak tak... aku kenenkan kau dengan someone?" Haikal tersenyum sinis. Haikal rasa, inilah masa yang tepat untuk jadi seorang matchmaker. Kawan tu tengah sedih sebab masih tak ada calon isteri. Maka, kita menyelit di dalam kesedihan dia dan kasi calon isteri baru kepada dia.

Muka nakal Haikal buat Mikaeyl cuak sekejap. "Janda mana? Berapa orang dah anak dia?"

"Bila masa pula janda?" Dia tepuk tempurung lutut Mikaeyl.  "Single. Anak dara orang!"

"Muka kau lain macamlah. Takut aku. Bukan boleh percaya sangat."

"Hey... hal cintan cintun ni, aku serius." Haikal siap tepuk dada macam tengah perjuangkan maruah diri.

Mikaeyl mengeluh. Karang tak layan, dia akan paksa sampai Mikaeyl layan. Baik mengalah aje. "Siapanya?"

"Cousin aku. Aku tak tahu la kau pernah jumpa dia ke tak. Mungkin pernah. Tapi tak tahu kau perasan ke tak."

Ala... akhirnya kecundang juga hubungan macam ni nanti. Mikaeyl kekal menayang wajah tak terusik. "Nak ke dia ke aku?"

"Kita tanyalah nanti. Kau ada suka siapa-siapa tak?"

Laju Mikaeyl menjawab tanpa jeda. "Tak ada." Yakin. Muktamad. Tapi tiba-tiba terbayang wanita di kedai tadi. Terus senyuman dia meleret.

"Dah kenapa senyum macam tu?"

"Aku jumpa perempuan comel doh tadi." Mikaeyl ambil bantal di tepi lalu wajah ditekup ke bantal. "Comel gila!" jerit dia sekuat hati. Dada rasa berbunga teringat kejadian tengah hari tadi. "Comel habis!"

"Dapat nombor tak?"

Mikaeyl terus angkat wajah. Senyuman dia mati. "Tak."

"La... awatnya tak minta?" Haikal pura-pura kecewa. Tapi mengenali Mikaeyl, memang mustahillah dia berani minta nombor orang.

"Malu...."

"Malu? Kenapa? Kau bogel ke tadi?"

Najmi tersengih sendiri mendengar perbualan antara kawan dia berdua tu.

"Kau lembab ke? Malulah. Ala, kalau minta, macamlah dapat? Sebab dia sumpah lawa gila. Haih... orang lawa macam tu mana nak layan lelaki macam aku ni? Dia pandang sebelah mata je Kal."

Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum