Apa yang patut aku buat, Riha? Kau berilah aku cadangan pada aku. Aku tak nak rasa sakit ni untuk masa yang lama. Perasaan rindu ni terlalu sakit, Riha. Hati aku sakit. Riha, tolonglah aku. Aku buntu." Amani merayu Fariha dengan tangisan sendu.

"Sabar, Ani. Sabar." Fariha cuba menenangkan Amani.

Fariha memeluk kejap sahabatnya itu. Air matanya juga telah menitis ke pipi dengan derasnya.

Ya Allah, kau kuatkan lah sahabatku ini. Kau berikan lah jalan penyelesaian untuknya. Ya Allah, bantulah dia. Fariha merayu pada Allah dan beristigfar berkali di dalam hatinya.

Amani merenggangkan pelukan Fariha.

"Kenapa semua ni terjadi, Riha? Kenapa aku dan dia harus berjumpa? Kenapa aku harus mencintai dia? Kenapa? Kenapa, Riha?"

"Ani, semua yang terjadi adalah aturan dari Allah. Dia yang Maha Mengetahui. Semuanya pasti ada hikmah. Cinta itu sesuatu yang indah, Ani. Adalah kurniaan Allah. Jangan kau bersedih atas rasa cinta kau pada suami kau sendiri."

Amani mengesat air matanya. Wajahnya sudah merah akibat menangis.

"Sudah, jangan menangis terlalu lama. Kita kena kuat. Dugaan ni, akan berlalu. Percayakan Allah. Pasti Dia akan berikan kau jalan penyelesaian."

Amani menghelakan nafasnya dengan helaan yang panjang sambil menutup matanya. Cuba menenangkan hatinya yang sedang bergolak. Berkali-kali dia beristighfar.

Bunyi loceng di pintu membuatkan mereka menoleh hampir serentak. Amani memandang Fariha dengan wajah hairan.

"Aku ada panggil seseorang untuk bantu kau. Aku minta maaf, Ani sebab panggil dia tanpa kau tahu. Tapi, aku yakin dia akan dapat bantu kau."

Amani mula merasa marah. Dia mengetap bibirnya.

"Riha, kau dah janji dengan aku yang kau takkan beritahu sesiapa pun. Siapa orang yang kau panggil?" Amani bernada tegang.

Jangan lah dipanggil Danish. Amani memang belum bersedia untuk berjumpa suaminya itu.

Fariha bangun tanpa memberikan jawapan dan menuju ke pintu. Dibukakan pintu itu dengan perlahan.

Amani bangun dari dudukan dengan wajah terkejut. Air matanya sekali mengalir dengan deras apabila melihat susuk tubuh dihadapannya kini.

"Mama.." perlahan suara Amani memanggil nama itu.

Puan Latifah berdiri di muka pintu itu dengan linangan air mata. Anaknya yang sangat dirindukan kini berdiri dihadapannya dengan tangisan.

"Mak cik, jemput masuk." Fariha mempelawa Puan Latifah dengan lembut.

Puan Latifah melangkah masuk dengan perlahan menuju pada anaknya. Matanya tak lepas memandang Amani. Begitu juga Amani.

Kedua tangan anaknya dipegang dan dipandang dengan hiba. Rindunya pada Amani tidak terkata.

"Maafkan mama, sayang. Mama minta maaf." Puan Latifah mengungkapkan kata maaf dengan linangan air mata.

Amani menggelengkan kepalanya. Memang dia rasa kecewa dan marah dengan mamanya kerana menyembunyikan rahsia ini namun tidak akan sekali-kali dia membiarkan mamanya meminta maaf dan merayu padanya begini.

"Mama tak bersalah. Ani tahu mama tak bersalah. Mama tak perlu minta maaf."

Amani terus memeluk erat tubuh ibunya. Tangisan mereka kedengaran diseluruh genap rumah itu.

"Mama minta maaf sebab tak mampu untuk lindungi anak mama. Maafkan mama, sayang."

"Mama dah berikan yang terbaik untuk Ani. Mama dah cuba yang terbaik." Amani cuba menenangkan hati ibunya pula.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now