"Benda boleh bawa bincangkan? Tolong lepaskan dia." ujar Aizat. Dia jatuh kasihan dengan gadis tersebut.

"Betul tu, kami merayu tolonglah lepaskan dia. Korang tak kasihan ke dengan dia?" sampuk Puan Kayla pula. Namun, yang mereka dapat hanyalah gelakan jahat dari sekumpulan lelaki tersebut.

"Hei, orang tua. Perempuan ni sudah jadi milik aku sepenuhnya. Korang siapa nak arahkan aku untuk lepaskan dia? Lebih baik korang berambus dari sini. Jangan nak masuk campur!" herdik lelaki yang merupakan ketua dari sekumpulan lelaki tersebut.

"Awak, makcik tolong saya. Saya tak nak ikut mereka semua. Tolong saya makcik." ujar gadis tersebut dengan sayu. Matanya penuh dengan pengharapan, berharap agar Aizat dan Puan Kayla akan membantunya.

"Korang tunggu apa lagi, berambuslah!" marah lelaki itu lagi. Wajahnya semakin membengis. Puan Kayla menjadi takut apabila melihat pistol yang berada di genggaman lelaki tersebut.

"Maafkan kami. Kami tak dapat nak tolong awak." ujar Aizat lemah sebelum mereka berdua melangkah menuju ke tempat mereka semua.

"Tolong jangan pergi. Saya merayu tolong jangan pergi." ngongoi gadis tersebut dengan airmata yang laju mengalir membasahi pipinya.

"Berhenti!"

Mereka semua memandang kearah suara jeritan dari seorang gadis yang sangat cantik. Puan Kayla sudah memandangnya dengan tajam.

"Lepaskan perempuan tu." ujar Arline dingin. Matanya tajam melihat kearah mereka semua. Aizat pula tidak berkelip memandang kearah Arline.

"Haih...lepas satu, satu lagi yang datang. Kau nak mati awal ke sial?" berang lelaki itu. Arline tergelak sinis sebelum dia maju mendekati lelaki itu.

Bibirnya didekatkan pada telinga lelaki tersebut, mata dipejamkan sebelum dibuka kembali. Dan seperti biasa, matanya akan bertukar menjadi warna putih.

"Aku tak nak cakap banyak. Aku nak korang lepaskan dia sahaja. Aku takkan mati, sebaliknya kau yang akan mati kalau kau tak dengar cakap aku." kata Arline sinis. Bibirnya membacakan sesuatu sebelum menjarakkan semula bibirnya dari telinga lelaki tersebut.

"Korang lepaskan dia ke atau tak?" soal Arline dengan senyuman sukar ditafsirkan. Laju sahaja lelaki tersebut menggangukkan kepalanya.

"Boss, kenapa kena lepaskan dia? Boss dah bayar dekat ayah dia mahal, takkan kena lepaskan. Kami belum sempat nak 'rasa' dia lagi." rungut seorang anak buahnya kepada lelaki tersebut. Arline berdecit kecil. Menyampah pula dia dengan lelaki itu. Ada juga yang dia bagi mandul tak lama lagi.

"Korang siapa nak cakap macam tu? Suka hati akulah nak lepaskan, duit aku juga yang beli perempuan ni, bukan duit korang! Sekarang lepaskan perempuan tu." Arahnya kepada anak buahnya.

Semua yang berada disitu memandangnya dengan riak tidak percaya. Tadi bukan main taknak lepaskan, sekarang dengan senang je dia nak lepaskan perempuan tu.

"Korang tunggu apa lagi? Lepaskan jelah perempuan tu. Dah bisu ke? Tak dengar eh apa yang boss korang cakap tadi?" soal Arline dengan senyuman mengejek. Suka dia melihat wajah tidak puashati dari anakbuah lelaki tersebut.

Gadis tersebut terus berlari anak kearah Arline setelah dia dilepaskan. Dia memeluk erat tubuh Arline dengan airmata. Arline tersenyum kecil.

"Dah korang blah, jangan berani cari dia lagi." ujar Arline serius. Ketua dari kumpulan tersebut menggangukkan kepalanya sebelum dia memberi arahan kepada anakbuahnya untuk meninggalkan kawasan tersebut.

"Kau okey?" soal Arline lembut kepada gadis tersebut. Gadis itu membalasnya dengan anggukan dengan senyuman dibibir.

Mata Arline memandang kearah ibunya bersama seorang lelaki yang kacak. Dia dapat lihat pandangan tajam dari ibunya.

Pelukkan dileraikan sebelum mereka melangkah mendekati Aizat dan Puan Kayla. Bibirnya tersenyum segaris.

"Awak boleh tak hantarkan dia pulang?" soal Arline setelah sampai dihadapan mereka berdua. Aizat tersenyum suka, laju sahaja dia menggangukkan kepalanya. Matanya tidak lepas dari memandang wajah cantik milik Arline.

Puan Kayla menahan amarahnya terhadap Arline. Bukannya tidak nampak yang Aizat memandangnya seperti orang yang angau sahaja.

'Kau tunggu nasib kau anak sial!' desis hati Puan Kayla.

"Awak cakap apa dengan mereka tadi?" soal Aizat kepadanya. Gadis dihadapannya itu sangat cantik.

"Saya tak ada cakap apa-apa pun," jawab Arline dengan ramah. Aizat menggangukkan kepalanya.

"Jom, saya hantarkan korang pulang." ujar Aizat lalu dibalas anggukan dari mereka. Puan Kayla pula sudah berasa menyampah dengan Arline.

"Em...awak balik jelah dengan mereka berdua eh. Kereta saya ada dekat sebelah sana." ujar Arline dengan senyuman.

"Okey, awak hati-hati," balas Aizat kepadanya. Arline hanya tersenyum sahaja.

Dia memandang kereta Aizat yang semakin menjauh. Setelah kereta tersebut sudah hilang, dia mengeluh.

Dia memandang kearah 'mereka'. Kaki melangkah menuju kearah 'mereka'.

"Nampaknya rancangan itu gagal, macam mana korang buat kerja?" soalnya mendatar. Nak marah pun, dia tiada mood nak marah.

"Kami minta maaf."

"Em.. tak apalah, jom pulang,"

Arline memejamkan matanya sebelum dibuka kembali. Matanya sudah menjadi warna putih dan kaki melangkah menuju ke tempat keretanya.

'Nampaknya, orang tua tu pukul aku lagi nanti.'

Update lagi guys💜💜 happy reading, jangan lupa tekan vote dan komenlah. jumpa lagiii💜💜😉

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now