Bibirnya dikemam rapat bagi menghalang segala cecair yang ingin keluar dari mulut. Sungguh, waktu itu dia benar-benar berfikir bahawa Hoseok akan menamatkan riwayatnya. Jika Taehyung tidak datang menyelamatkannya, mungkin dia sudah mati di tangan saintis itu.

Jimin terduduk lemah sambil menahan badannya menggunakan kedua belah tangan yang diletakkan pada lantai. Termengah-mengah banduan itu cuba mencari nafas.

"Jimin, kau okey?" soal Taehyung dengan nada risau. Bahunya dicengkam lembut oleh Taehyung.

Jimin sekadar mengangguk lemah bagi menjawab pertanyaan sahabatnya. Tekaknya berasa sangat sakit untuk mengeluarkan suara ketika ini.

"Siapa saintis tu? Kenapa dia serang kau sampai macam tu sekali, hah?" bertubi-tubi soalan yang diajukan oleh Taehyung. Daripada pandangan Jimin saat ini, raut wajah Taehyung jelas menunjukkan riak kerisauan.

Jauh di sudut hati, Jimin bersyukur kerana dia masih dikurniakan seorang sahabat yang ambil berat tentangnya. Dia tidak tahu apa yang mungkin berlaku kepadanya jika Taehyung tidak datang menyelamatkannya.

Jimin menelan salivanya yang terasa perit dikerongkong sebelum menjawab. "Itu Ho-"

"T-tak, itu Jax." Jimin menggelengkan kepalanya apabila menyedari bahawa dia hampir terlanjur menyebut nama sebenar saintis itu.

Dia tidak boleh beritahu Taehyung tentang perkara ini. Fasal hubungannya dengan Hoseok, malah kebenaran tentang eksperimen ini. Jika dia menceritakan segalanya kepada Taehyung, pasti sahabatnya itu akan mengamuk dan mengancam untuk membunuh Hoseok.

Sungguh, Jimin tidak mahu perkara itu terjadi. Dia tidak sanggup melihat Hoseok dibunuh oleh Taehyung setelah apa yang dia lakukan kepada adik Hoseok. Bagi Jimin, dirinya memang layak dapat hukuman setimpal daripada Hoseok.

Malah jika lebih daripada itu, dia sanggup asalkan dendam Hoseok kepadanya selesai. Jika itu yang dimahukan oleh abang bekas teman wanitanya, dia rela.

Namun, Jimin amat mengenali sikap sahabatnya. Taehyung merupakan seorang lelaki yang ganas dan panas baran. Taehyung akan melindungi orang-orang yang dia sayang dengan apa cara sekalipun.

Walaupun sahabatnya itu terpaksa mengotorkan tangan, sama seperti kejadian yang lepas di mana Taehyung membunuh bapanya demi kebaikan ibunya, Taehyung tetap sanggup lakukan. Jimin tidak mahu sahabatnya menjadi pembunuh sekali lagi.

"Jax? Pengendali eksperimen ni? Kenapa dia buat macam tu kat kau?"

"T-tak.. tahu.."

❐❐❐

Taehyung berkerut aneh mendengar perubahan suara Jimin yang sangat ketara. Sahabatnya itu kelihatan seperti langsung tidak boleh bercakap dan hanya mengeluarkan suara bisikan yang serak sahaja. Ianya seperti Jimin berada dalam kesakitan yang teramat.

"Suara kau.. Kenapa?" suara Taehyung mula mengendur. Bimbang melihat keadaan Jimin yang sangat lemah.

Namun hampa, Jimin langsung tidak memberikan reaksi akan soalan yang diajukannya. Sahabatnya itu masih dalam keadaan termengah-mengah, cuba bernafas dengan stabil.

Taehyung menggigit bibirnya dengan resah. Puas dia cuba mengingati perkara yang berlaku pada hari-hari sebelumnya namun tetap gagal. Kotak fikirannya kosong, langsung tidak memberikan apa-apa gambaran tentang perkara lalu.

Pandangan Taehyung kemudian dikalihkan ke arah lain. Matanya memandang ke arah Jungkook yang sedang duduk bersandar di hujung dinding.

Iris matanya kemudian membesar secara perlahan apabila menyedari akan suatu perkara. Jungkook.. Lelaki itu kelihatan tidak normal. Dia nampak seperti sedang khayal dalam dunia sendiri. Langsung tidak menghiraukan mereka berdua yang baru sahaja bergelut dengan Jax.

Taehyung memandang semula ke arah Jimin. Jantungnya berdegup laju apabila memikirkan situasi sekarang yang cukup berbeza jika ingin dibandingkan dengan hari pertama eksperimen dijalankan.

"J-Jimin, apa yang berlaku pada kita?"

❏❏❏

❏❏❏

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now