Bab 35 [END]

Depuis le début
                                    

"hmm.. Kalau macam tu.. Oklah.. Tapi..bosanlah nanti duduk rumah sorang.. Nasib rumah papa dekat sikit dengan rumah kita. "

Hakimi ketawa. Itu je sebab dia.

"rumah papa dekat sebelah rumah kita je tau. Hari hari boleh datang. Lagipun nanti abang ingat nak upah orang gaji. Jadi sayang tak lah sorang dekat rumah kita kan. "

Yana hanya mengangguk. Haish lepas ni aman lah dia tanpa kerja kerja pejabat. Tapi bagus juga,boleh jaga anak sendiri kalau nak upah pengasuh,takut lah. Zaman sekarang kan.

----

3 bulan kemudian...

Yana bangun menuju kedapur rumahnya. Sejak sejak dah sarat ni makin rajin pula dia masak kat dapur, dah banyak kali juga padahal kena bebel dengan Mak Esah,orang gaji dia. Bukan main tau,duduk England orang gaji melayu.diimport dari Malaysia tahu. Hahahah

"Mak esah.. Udang ada tak? Yana ingat nak masak udang masak sambal lah."

"udang? Mana ada. Kejap Mak esah pergi supermarket belikan. Nak kirim apa apa tak? "

"eh.. Susahkan Mak esah je nak pergi supermarket.Tak apalah.."

"alah tak ada apa apalah. Yana nak makan kan. Nanti baby terliur pula.Tunggu ya. Mak esah pergi."

Yana mengangguk. Dia mengambil dompetnya yang berada diruang tamu dan menghulurkan beberapa helai duit kepada Mak esah.

"Tak payahlah yana,hakimi dah bagi duit beli barang dapur dekat Mak esah kemarin. Simpan duit tu. Buat beli barang baby nanti. Dah dah mak esah pergi dulu. Duduk diam diam dekat rumah tau. "panjang lebar pesanan Mak esah kepada yana. Yelah yana ni makin sarat makin aktif,ada je kerja dia nak buat.

Kalau ikutkan masa lagi sebulan lebih bersalin lah dia. Tak sabar rasanya nak tengok anak dia nanti.

Lelaki ke perempuan?

Ke twins?

Rahsia! Bluek!

----

Yana menyelak nyelak buku yang dipegangnya. Bosan. Dia dah masuk 4 kali baca buku yang sama hari hari. Nak beli baru,malas nak keluar. Lagipun hakimi busy dua tiga minggu ni. Lagi lagi dia dah sarat,memang tak lah hakimi nak bagi keluar. Buatnya terberanak macam mana? Sapa nak jadi bidan? Author juga.

Buku tersebut diletakkan kembali ke rak buku sebelum keluar ke beranda luar. Nak hujan. Gelap je.

Kerusi yang berada di beranda itu ditujunya.Duduk luar kejap,amik angin,hujan nanti dia masuk lah .

Pemandangan diluar rumahnya dilihat. Tak ada apa sangat. Banyak pokok pokok je. Tapi kalau malam seram ni.

Semasa sedang menghayati pemandangan, yana ternampak kelibat seseorang disebalik pokok besar berhampiran rumahnya. Siapa tu? Macam perempuan.

Yana berdiri dan pergi menuju ke tepi beranda untuk melihat dengan jelas.Macam kenal.

"diana? "Yana terkejut. Tak sangka tu diana. Mungkin perasan yang yana sedang tengok dia,diana terus lari kedalam hutan.

"diana? Tapi bukan dia dah kena tangkap ke? Tak mungkinlah. Perasaan aku agaknya. Dahlah nak hujan ni. Mana lah Mak esah ni. "

Ujar yana sebelum masuk kedalam rumah kembali.

-----

Tangan hakimi disalamnya. Dah memang hari hari dia buat macam tu. Dengan segera tangan suaminya ditarik naik ke tingkat atas.Dia nak bagitahu hakimi pasal tadi. Dia tak nak lah rahsiakan macam sebelum ni. Sudahlah duduk rumah dengan Mak esah je. Kalau diana serang?

Tengku Hakimi Mikael [ C ] Où les histoires vivent. Découvrez maintenant