1.0- Our Memories

662 55 11
                                    

Ini hanyalah rekaan semata-mata.
Tiada kaitan sama ada dengan yang hidup atau mati.




>>>>>




"It's hurt when you have someone in your heart, but you can't have them in your arms"





>>>>>>






Semenjak dari lahir, badan aku sangat lemah. Aku tak pernah faham kenapa dan aku tak nak faham. Cukuplah aku lihat orang di sekeliling aku muram sebaik sahaja mereka tahu akan keadaan aku.

Ya, aku sangat lemah.

Badan aku amat rapuh.

Aku mudah jatuh sakit.

Aku mudah untuk pengsan.

Dan aku hampir putus asa dengan hidup aku. Aku hampir cuba untuk bunuh diri aku.

Kerana aku terlalu penat. Sehinggalah aku jumpa dia. Dia yang beku. Dia yang serius.

Dan kerana itu aku suka dia.

Dia yang baik hati.

Aku nakkkan dia. Dan kerana itu aku cuba untuk hidup. Demi dia.




>>>>>>




Aku tarik baju aku rapat ke tubuh. Badan aku terasa sejuk. Biarpun persekitaran aku terasa panas. Ya, badan aku sakit. Jiwa aku juga sakit. Pemandangan di sekeliling aku perhatikan. Hijau.Memang rumah yang lama aku harapkan namun tak pernah tercapai kerana ibu bapa aku yang bekerja di bandar.

Angin yang bertiup lembut buatkan aku batuk perlahan. Badan aku menggeletar. Dan paru-paru aku terasa sesak.

Letih. Badan disandar pada bangku sebelum aku pandang pagar rumah yang masih tertutup.

Aku nak tunggu dia.

Aku nak tunggu sepupu aku.

Krekk.

Dan tubuh aku tegak. Segera aku berdiri sebaik sahaja aku lihat sekujur tubuh yang aku kenal melangkah ke dalam rumah. Lelaki itu sudah tinggi, berlainan dengan 3 tahun lepas.

" Ariff!" Aku menjerit gembira sebelum berdiri. Tangan aku lambai.

Ariff yang sedang berbual dengan seseorang tersentak. Dia angkat wajahnya dan reaksi wajahnya berubah. " Layla!" Dan laju dia berlari ke arah aku sebelum tubuh aku dipeluk erat. Aku ketawa gembira sebelum pelukan Ariff aku balas.

"Bila kau balik ni?" Ariff ketawa kecil sebelum dia jarakkan tubuh kami. Dia pandang aku atas bawah dengan senyuman lebar. " Kau masih sama macam dulu."

Aku gelak dengan komen Ariff sebelum kepalanya aku usap. " Dan kau makin tinggi walaupun baru 3 tahun berlalu."

Ariff diam.

"3 tahun. Aku rasa macam baru semalam kau pindah." Suara Ariff kendur buatkan aku tarik kuat hidungnya.

" Aku balik kali ini untuk selama-lamanya."

Short Story ✓Where stories live. Discover now