1.2-Friend

470 41 8
                                    

" Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walk into your life saying ' I'm here for you ' and proved it. "

>>>>

Angin malam yang bertiup diselangi dengan gelak ketawa pelajar perempuan yang lain. Laju aku berlari kecil ke arah beranda sebelum bibir aku tersenyum sebaik sahaja mata aku jatuh pada langit malam. Malam ini bulan yersangat terang. Segera aku duduk bersimpuh.

Beranda ini jarang pelajar gunakan sebab ianya berada di tingkat paling atas, buatkan hanya sedikit sahaja orang yang gunakan. Namun, kebiasaannya, hanya aku dam 'dia'.

"Sara."

Aku toleh sebaik sahaja nama aku dipanggil. Anak mata aku jatuh pada wajah Yana, kawan baik aku. Rambut coklat perangnya beralun ditiup angin malam. Perlahan dia labuhkan duduk di sebelah aku sebelum dia hulurkan sekotak air susu kepada aku.

"Kau buat apa?" Suara Yana bergema perlahan. Aku peluk erat lutut aku sebelum mata aku kembali jatuh pada langit malam.

"Rehat kejap. Penat belajar."

Dan Yana ketawa kecil. Kami sama-sama memandang langit malam. "Cepatkan masa berlalu. Esok dah hari terakhir kita jadi pelajar sekolah."

Aku terdiam. Lama. Ya, esok hari terakhir mereka berada di sekolah. Lima tahun bersekolah asrama sekejap sahaja berlalu.

"Tak sangka kan." Aku mengeluh lemah.

"Yup."

"Lepas ni kita akan ikut haluan masing-masing. Kau dengan bidang yang kau nak, dan aku dengan bidang yang aku nak."  Aku mula terdiam. Agak sedih memikirkan aku terpaksa berpisah dengan Yana. Rakan baik aku semenjak aku masuk sekolah menengah. Aku ketawa kecil bila teringatkan kali pertama kita berjumpa.

" Yana."

" Yes." Yana toleh ke arah aku. Perlahan aku angkat jari kelingking kanan aku sebelum aku senyum.

" Janji dengan aku, kau akan tetap jadi kawan aku walaupun kita dah tak satu universiti. Walaupun kita berjauhan."

Yana pandang aku dengan wajah yang hampir ketawa namun dia paut jari kelingking aku dengan jari kelingkingnya. "Janji."

>>>>>


Berat kaki aku melangkah ke arah rumah Yana. Rumah Yana tersangatlah besar namun hanya dihuni oleh 4 orang sahaja. Yana merupakan anak sulung dan keluarga dia boleh dikatakan kaya. Sebaik sahaja aku berdiri tegak di hadapan rumah Yana, perlahan aku menekan loceng.

Lama aku menunggu sebelum pagar di hadapan aku terbuka. Dari jauh aku lihat satu tubuh yang laju berlari ke arah aku. Aku kenal tubuh tersebut.

"Tak guna!"

Hampir sahaja dia sauk pergelangan tangan aku namun tubuh dia dipeluk oleh ibunya.

"Iman, sabar Iman!" Kuat suara Puan Rozana menjerit, meminta agar Iman bersabar. Anak lelakinya memandang aku dengan pandangan amarah. Dapat aku lihat air mata yang mengalir di pipi Iman. Iman benci aku. Ya, dia benci aku

"Kau memang kawan yang tak guna! Macam mana kau boleh tak tahu yang kawan sakit. Sampai Yana mati kau langsung tak melawat dia dekat hospital!"

Short Story ✓Where stories live. Discover now