1.8 - Gael

241 22 6
                                    

Cerpen biasa yang ditulis sebab saya bosan dekat university. Idea cerita ni datang daripada beautiful pain from btob tapi akhirnya cerita ni terlalu panjang.

Aku dan dia tak pernah ada hubungan. Tapi setiap kali aku lihat dia, pasti aku akan teringat pada kenangan lalu. Kenangan yang aku cuba lupakan. Namun, terlalu pahit untuk aku lupakan semuanya kerana tidak semua kenangan aku dengan dia adalah buruk.

---------

Gael. Lelaki yang aku baru sahaja kenal sebaik sahaja memasuki universiti. Dia agak tinggi berbanding lelaki-lelaki yang aku pernah kenal. Kadang-kadang aku lihat dia berjalan sendiri. Dia sentiasa tersenyum apabila aku bertembung dengan dia, mungkin kerana kami adalah rakan sekelas. Aku hanya akan tersenyum kembali.

Tidak kurang dan tidak lebih. Itulah hubungan aku dan Gael.

Aku tidak mengenali dia dengan mendalam. Nama penuhnya pun aku tahu selepas aku satu group assignment dengan dia. Kelakarkan?

Lee Gael. Agak unik namanya. Namun, aku tidak bertanya lebih. Kerana aku tidak ingin dia berfikir bahawa aku terlalu mengambil tahu hidupnya sedangkan kami tidak terlalu rapat. Sehinggalah suatu hari di mana aku merasakan bahawa dunia itu tidak adil. Hari di mana dunia membelakangi aku.

----------

"Aiza, kau tahu tak ada orang bagitahu kau pernah kutuk Layla dari belakang. Kau siap cuba rampas lelaki yang Layla minat?" Aku yang ketika itu tengah makan sedikit tersedak. Ini ke yang dimaksudkan dengan gosip yang mereka nak cerita pada aku? Wajah aku berubah.

Mata aku tepat memandang Khairah dan Husna di hadapan aku. Wajah mereka serius, menandakan mereka betul-betul inginkan kepastian daripada aku.

"Apa maksud kau dengan soalan tu?" Aku tarik nafas dalam. 

"Korang tahu kan aku rapat dengan Layla. Takkan aku nak buat dia macam tu."Layla itu aku sudah anggap seperti adik aku. Kami kenal hampir empat tahun. Memang tak aku nak buat perkara tersebut pada dia. Aku sayang Layla. Sayang sebagai seorang sahabat.

Husna dan Khairah saling berpandangan sebelum tangan kiri aku dicapai sebelum digenggam erat. Mereka hembus nafas sebelum anak mata aku dipandang tajam. "Kau kena bertenang ya bila dengar cerita ni?"

Aku angguk laju. "Okay, aku cuba." Wajah serius Husna dan Khairah buatkan aku sedikit gugup. Laju jantung aku berdetak, seakan hampir tercabut.

"Layla cerita pada aku yang kau cuba sabotaj hubungan dia dengan Ezra."

Dup. Aku rasa wajah aku berubah. Keruh. "Korang tahu kan hubungan aku dan Ezra macam mana. Dia kawan sekolah menengah aku. Kitorang dah lama berkawan dan aku tak pernah anggap dia lebih dari kawan." aku bersuara tidak puas hati. Aku jeda sesaat sebelum aku hela nafas geram. 

"Dan sabotaj maksud korang? Aku cuma tolak setiap kali dia ajak aku untuk keluar berdua dengan Ezra. Aku tak nak jadi orang ketiga kalau mereka keluar. Aku cuma sentiasa pesan pada dia, jangan keluar berdua. Tu aje." geram aku bersuara.  Husna dan Khairah pandang aku tidak lepas. Mereka mengangguk serentak.

"Kami percaya. Kami kenal perangai kau macam mana Aiza."

"Tambahan pula, Layla ada cerita pada aku yang kau sebar aib dia pada orang lain. Orang lain tu dia sebut Iana dengan Lisa. Kau ada cerita pada diorang berdua ke?"Husna bertanya perlahan.

Aku sedikit terngadah. Iana dengan Lisa? Kenapa aku nak cerita aib Layla pada mereka berdua pulak.

Kepala aku geleng laju. "Aku takde niat untuk sebarkan aib Layla, lagi-lagi pada orang terdekat. Takkan aku nak rosakkan persahabatan kita semua." suara aku sedikit sayu.

Short Story ✓Where stories live. Discover now