1.3-The World is Not Beautiful

427 33 9
                                    

Cerita ini sangat mengarut dan ditulis kerana saya stres dengan peperiksaan. Kalau ada salah ejaan saya minta maaf.

Warning: contain a lil bit of violence and tragedy.






Selama 16 tahun perempuan bernama Luna hidup, dia tidak pernah merasakan apa yang dia alami ialah ketidakadilan. Semenjak kecil dia sudah lali diabai oleh ibu bapanya. Ibu bapanya masih bahagia bersama, namun bukan bersama Luna. Dan dia faham akan perkara tersebut seawal umur 5.

Dia masih ingat akan pandangan penat ibu dan ayahnya setiap kali mata mereka bertembung. Dan setiap kali perkara tersebut berlaku, si kecil Luna akan berfikir.

Do they hate me?

Dan ini ialah kisah Luna di dunia yang Luna rasakan gelap-gelita.


---------


"Luna!"

Bamm! Luna jatuh terduduk. Punggungnya terasa sakit akibat terhempas ke lantai. Sebaik sahaja Luna mengangkat wajahbya, Luna tahan rasa sakitnya sebaik sahaja wajah ibunya menyapa mata. Wajah penat itu menjeling tajam Luna seakan mengarahkan Luna untuk bangun.

"Jangan kacau ibu waktu pagi Luna! Ibu takut terlepas waktu bekerja!" Suara ibunya melengking sebelum kuat tangan Luna dia rentap, mengarahkan si kecil agar bangun.

Luna kalut berdiri sebelum mengangguk faham. Tangan yang sakit buatkan air matanya hampir gugur namun kata-kata nenek Layla terngiang-ngiang di fikiran Luna.

Ibunya tidak membenci dia. Ibunya hanya penat kerana harus membesarkan Luna di usia muda. Ya, ibunya melahirkan Luna di usia yang muda. Sepanjang lima tahun pertama, Luna tidak pernah berjumpa dengan ibu bapanya. Dia hanya kenal melalui gambar yang ditunjukkan oleh neneknya.

Dan sebaik sahaja Luna bertemu dengan ibunya, dia sangkakan ibunya akan memeluknya seperti ibu yang dia lihat di tadika namun Luna silap. Luna dapat merasakan akan satu perkara. Ibunya seakan tidak menerima kehadiran dia.

"Maaf." Lemah Luna membuka mulut sebelum dia mencapai begnya yang juga berada di atas lantai. Cubaan dia untuk memegang tangan ibunya gagal, malahan dia ditepis oleh ibunya.

No. Mungkin ini biasa. Luna cuba memujuk fikirannya.

Luna hanya diam sepanjang perjalanan ke prasekolah. Fikirannya hanya melayang pada wajah ibu dan ayahnya. Dia ingin bergembira dengan kedua ibu bapanya namun bapanya masih belum kembali daripada luar negara.

Luna ingin merasai perasaan didukung oleh ayahnya. Sebaik sahaja tiba di prasekolah, Luna cuba menyalam tangan ibunya namun ditepis. Si ibu menjeling tajam wajah anaknya.

"Cepat turun!"

Hati Luna hampir retak namun dia mengangguk laju. Perlahan dia turun dari kereta sebelum kaki dilangkah ke dalam bilik darjahnya. Kasut dilucut sebelum kakinya memakai selipar. Perlahan pintu bilik darjah dia tolak perlahan.

Splashh!

Mata Luna terpejam rapat. Dan sempat dia dengar suara ketawa beberapa pelajar lain. Selama ini Luna hanya diam apabila mereka mengacau hidupnya namun bukan hari ini. Hari ini kesabaran Luna sudah menipis.

Mata dibuka perlahan sebelum otaknya mula mengira pelajar yang tegak di hadapannya. Tiga? Sikit.

Kaki Luna melangkah rapat ke arah kanak-kanak perempuan yang tegak berdiri di hadapannya. Si kanak-kanak senyum sinis namun hanya untuk seketika. Baldi yang berada di atas lantai Luna capai sebelum digunakan untuk menutup kepala si kanak-kanak. Dua lagi pelajar terkejut dan belum sempat mereka melarikan diri, tangan Luna laju menghentak kepala mereka ke arah baldi.

Short Story ✓Where stories live. Discover now