0.3-Missing You

902 57 4
                                    

Dedicated to Yana







>>>>>







"No matter how hard I think,
I can't live without you."






"Janji."

Aku teresak-esak. Aku pandang jari kelinking yang bertaut semalam.

Janji kepala hotak kau! Berani dia pindah tanpa tunggu aku. Aku tunggu dia bukan main dekat taman permainan tapi dia langsung tak datang.

Last-last aku pergi rumah dia.

Kosong.

Rumah Fiqri dah kosong sebelum aku sempat jumpa dia.

Kosong sebelum aku sempat jumpa dia buat kali terakhir.

Kosong sebelum aku sempat bertukar nombor dengan dia.

Dan air mata aku laju mengalir. Terbayangkan wajah Fiqri mampu buatkan aku kembali menangis. Kitorang dah berkawan sejak umur lima tahun lagi. Tapi.. sampai hati dia layan aku macam ni!

"Lea!"

Dan aku tersentak bila bahu aku ditepuk. Perlahan aku rasa pipi aku ditekup lembut sebelum dibawa menghadap suara halus tersebut.

" Apa yang Lea buat kat sini? Fiq dah pergi sejak pagi tadi lagi." Wajah Aqilah jelas menunjukkan yang dia risau dengan aku. Lagipun, dia satu-satunya kawan perempuan yang aku ada dekat kejiranan sini.

Aku pandang wajah Aqilah dengan mata berair. " Dia dah pergi.."

Dan aku menangis teresak. Aqilah tarik aku ke dalam pelukan sebelum dia tepuk perlahan belakang aku.

" Ya, dia dah pergi. Dia tak bagitahu ke yang dia nak pindah waktu pagi?" Lembut Aqilah berbisik di telinga aku.

Perlahan, aku gelengkan kepala sebelum aku sembam wajah pada bahu Aqilah. Lantak ah kalau hingus aku melekat pun. Dia yang tarik untuk peluk aku dulu. Siapa suruh.

"Syhh..dia lupalah tu."

Aqilah cuba memujuk tapi aku tak makan.

Sebab aku tahu, si dia dah mungkir janji kami.

Maka aku yang berumur 12 tahun menangis teresak-esak dalam pelukan Aqilah di depan rumah si dia. Hanya kerana terlalu berharap pada budak lelaki hingusan agar tunggu dia sebelum berpindah.

Lelaki memang lembap.

Noted.




>>>>>>>







"Senyumlah. Jangan masam-masam."

Dhia berbisik perlahan pada aku sebelum dia siku kuat pinggang aku. Perbuatan dia buatkan aku jeling wajah dia. Tapi wajah aku tetap masam.

"Apahal masam sangat muka kau?" Dia berbisik lagi pada aku. Tangan kiri dia langsung tak lepas pegang jambangan bunga plastik.

Aku hela nafas perlaham bila aku lihat wajah Dhia yang bermekap kini berpeluh. Yalah, mesti minah ni letih asyik layan tetamu dari tadi.

Aku berdehem kuat pada Dhia sebelum geleng kepala. Bukan salah Dhia kalau aku nak badmood sekarang pun. Dhia pun tak tahu yang pengapit suami dia tu bekas kawan aku.

Ya wahai kawan-kawan.

Bekas kawan selepas dia langgar janji kami.

" Sorry, sakit perut."

Short Story ✓Where stories live. Discover now