0.4-Really

749 53 15
                                    

Dedicated to Nurul
































"Aku suka kau."

Diam.

"Maaf."
















>>>>>
















Naufal mengeluh. Surat yang diterima hampir 6 tahun lepas dia pandang lama. Walaupun perkara ni dah enam tahun berlalu. Dia takkan pernah lupakan dia.

Dia, perempuan yang paling kalut.

Perempuan yang paling berani.

Perempuan yang paling lembap.

Dan..

Perempuan yang paling dia sayang untuk lepaskan.

Tapi dia lepaskan juga.

Kerana masa depan bagi Naufal lebih penting. Luahan cinta si perempuan dia tolak. Dengan alasan dia suka akan perempuan lain.

Padahal dia tipu. Semuanya tipu.

Dia menipu kerana dia tak nak hati dia atau perempuan tersebut terluka. Kerana Naufal selalu dengar, hubungan yang bermula sewaktu di sekolah menengah takkan pernah bertahan lama. Maka dia takut untuk mulakan hubungan dengan si dia.

Akhirnya dia tolak luahan cinta si perempuan. Walaupun sebenarnya, dia sering perhatikan dia dari jauh. Sering jadikan kata-kata si perempuan sebagai motivasi untuk kejar impian dia sebagai seorang engineer. Akhirnya, selepas impian dia tercapai.

Dia rasa kosong.

Walaupun hampir enam tahun berlalu, hati Naufal masih tidak berubah. Dia masih harapkan cinta daripada si dia yang dia tolak.

Tapi, mana mungkin si dia masih mahukan lelaki yang dia tolak kan? Lagipun, mereka terputus hubungan selepas sahaja Naufal melanjutkan pelajaran ke German.

Jadi...

Adakah pergi ke reunion tahun ni adalah pilihan terbaik?

Naufal pandang lama surat yang diterima malam semalam. Invitation card untuk ke reunion sekolah menengah. Kalau dia pergi, kemungkinan dia untuk bertembung dengan si dia amatlah tinggi.

Mungkin juga Naufal akan terluka jika si dia dah berpunya. Tapi.. belum cuba belum tahu.

Dan Naufal tekad.

















>>>>>
















"Ya Allah, Nurul!! Lama tak jumpa!"

Dan tubuh aku disauk ke dalam pelukan oleh si Ain. Sudahlah dia pendek dari aku, terpaksa aku menunduk bila dia sauk aku ke dalam pelukan. Aku balas pelukan si kecil Ain sebelum belakangnya aku tepuk perlahan.

"Ya Ain. Lama kita tak jumpa."

Dan Ain lepaskan pelukan. Pipi aku dia picit kuat dengan wajah teruja.

"Eiiii, dah makin cantik ye kau. Cemburu aku tengok." Suara dia yang kuat buatkan aku agak tersentak.

Aku pandang wajah Ain dengan senyuman kecil. Kepala aku angguk perlahan. " Alhamdulilah. Kita tak nak masuk ke?" Aku halakan jari telunjuk kanan ke arah pintu dewan. Kedua kening aku angkat, bertanya.

Ain yang seakan sedar kami buat jejak kasih depan pintu dewan termalu sendiri. Dia segera tarik tangan aku sebelum heret aku ke tempat milik aku. Untung mereka dah susun meja.

Short Story ✓Where stories live. Discover now