0.7- Rooftop

657 53 4
                                    

Dedicated to Miral

Eh silap. Untuk Penyu.

Ngeh.😂






>>>>>>>>








Jadi artis itu orang kata indah. Kau mampu untuk beli barang yang mewah. Sentiasa menjadi pujian.

Pakaian yang kau pakai menjadi ikutan remaja zaman sekarang.

Kau dikenali oleh orang ramai.

Ya, banyak yang indah sekiranya kau menjadi seorang artis atau idola sehinggalah mereka jumpa kelemahan kau. Kelemahan yang kau langsung tak nak tunjuk pada orang lain.

Maka kau menjadi orang lain.

Akibatnya, kau dibenci oleh mereka.

Kau dikeji oleh mereka yang dulunya menyanjung kau.

Sehingga kau lari.

Lari.

Dan lari.








>>>>>>









Kaki Kai laju berlari. Hoodie ditarik rapat ke menutupi kepalanya. Beberapa kali dia menoleh ke belakang untuk memastikan yang dia tidak dikejar oleh orang.

Dan setiap kali dia berpaling.

Dia akan lihat ada beberapa orang manusia yang sibuk mengejar dia sambil memegang kamera.

Perlahan Kai menyumpah.

Damn it!

Mereka tak tahu ke yang dia penat dikejar wartawan?

Dia penat ditemu bual!

Dia penat diambil gambar!

Dia juga manusia yang ada hati dan perasaan!

Zap!

Kai belok pada satu selekoh tajam sebelum kakinya laju berlari ke arah sebuah bangunan. Tak berhenti Kai berlari sebelum tangga yang menghala ke arah bumbung dia daki laju. Penat sudah dia lupa.

Apa yang ada di dalam fikirannya hanyalah untuk lari daripada peminat gilanya.

Sebaik sahaja pintu kayu itu dia tolak kuat, pemandangan langit berbintang menyapa mata. Kai jatuh terduduk sebelum pintu di belakang dia tutup sebelum dikunci. Badan yang penat dia sandar pada pintu kayu.

Nafas Kai turun naik, cuba untuk mencari oksigen.

Dia letih.

Dia penat.

Badannya yang berpeluh sudah tidak dihiraukan. Apa yang ada di dalam kepalanya hanyalah untuk lari daripada peminat gila tersebut.

Mata Kai bulat bila dia dengar beberapa suara perempuan menjerit. Laju kaki dia bawa rapat ke arah penghadang sebelum mata jatuh pada  jalan tar.

Dia lihat ada beberapa perempuan gila yang kejar dia sudah mula untuk masuk ke dalam bangunan yang Kai sedang menyorok. Kai menyumpah marah. Dia gigit kuku dia. Kuat.

Krek.

Bunyi pintu yang terbuka buatkan laju kepala Kai menoleh.

Dan mata dia membulat.

Amiral yang sedang memegang pintu merenung lelaki yang menjeling dia tajam.

Siapa pulak mamat ni?

Short Story ✓Where stories live. Discover now