"THE LIST"

1.7K 26 3
                                    

Senarai cerpen dalam buku kali ini. Saya hanya nak bagitahu saya hanya akan update pada masa tertentu saja. Bila saya bosan, saya update.

Hehehe

LIST

1) One Day

"One day, we will meet again."

Kisah mengenai Daris dan Syafiqah. Bertemu hanya sekejap namun mereka tetap berpisah. Takdir itu indah, suatu hari mereka pasti bertemu kembali.

Kerana Daris sudah berjanji.

2) Library

Just one shot story di mana seketul kentang bernama Munierah terserempak dengan seorang lelaki di dalam perpustakaan awam. Lelaki itu menarik perhatian dia. Bukan kerana dia kacak.

Kerana wajahnya penuh luka.

What a good impression Aniq.

3) Missing You

Berpisah dengan Fiqri sejak kecil, Liana tekad untuk melupakan kawan baiknya itu. Sudahlah pergi tanpa mengatakan apa-apa. Agaknya lelaki tu lupa akan kawan dia.

Dan kini mereka bertembung apabila keduanya meningkat dewasa. Dan tragiknya apabila keduanya adalah pengapit kepada pengantin iaitu kawan mereka.

What a damn world.

4) Really

Ditolak oleh cinta pertama, Nurul cuba melupakan dia. Hampir enam tahun berlalu namun lelaki tersebut masih terpahat di hatinya. Dan tanpa disangka, mereka bertemu sekali lagi di reunion sekolah.

Damn.

Nurul cuba menjauh kerana dia cuba untuk melupakan Naufal, namun sebaliknya bagi Naufal.

Kali ini dia pula yang mengejar cinta si perempuan.

5) You Are My stars

Aku Ain. Aku didera sejak kecil. Didera secara fizikal? Tak.

Aku didera secara mental. Oleh ayah dan ibu angkat aku. Ya, teramatlah klise sehingga suatu hari aku terlihat seorang lelaki. Dia amatlah ceria, berbeza dengan aku.

Apa yang paling menarik, dia sentiasa cuba tarik perhatian aku. Suatu hari, dia bercakap dengan aku.

Naufal.

Aku senyum. Buat pertama kali untuk dia.

Dia ibarat matahari aku.

Dan juga bintang aku.

6) Angel

Kisah seorang badboy yang cuba untuk berubah. Apabila kita cuba berubah ke arah kebaikan, pasti akan ada rintangan. Begitu juga buat Izzryn. Pertama kali dalam hidupnya, seorang perempuan menolong dia.

Dia cuba berterima kasih. Namun si perempuan sering mengelak daripada memandang wajah dia.

Kenapa?

"Sebab aku suka kau."

Izzryn kaku. Tak dia sangka perempuan di hadapannya boleh jatuh suka pada dia.

7) Rooftop

Kisah biasa seorang pelajar universiti yang terserempak dengan seorang artis. Cerita klise ini bermula apabila Amiral cuba membantu Kai melarikan diri daripada paparazi.

Dan kisah mereka bermula apabila hati saling berkenalan.

8) Janji

'"Janji jangan pernah tinggalkan aku?"

"Aku janji."

Dan Damien takkan pernah biarkan Yuri ingkar akan janji mereka. Perempuan itu harus tetap di sisinya. Walau dengan apa cara sekalipun.

Walaupun dengan membunuh mereka yang cuba untuk memisahkan mereka.

9) Our Memories

Jatuh cinta pandang pertama, Layla cuba untuk dapatkan Aiden. Namun hati lelaki itu keras. Payah untuk dia menerima Layla, sehinggalah dia sedar akan sesuatu.

Dialah semangat Layla untuk hidup.

Dan dia sedar dia juga tertarik akan Layla.

Biarpun dia tahu, hayat si perempuan amatlah singkat.

10) Fools

"Only fools fall for you."

Eiyad dikenali sebagai seorang yang beku di mata Azra kerana tidak bertegur sapa hampir lima tahun.

Namun, itu bukan sebab utama Eiyad melakukan perkara tersebut. Ini kerana dia suka pada Azra.

11) Friend

Hanyalah kisah mengenai persahabatan di antara dua perempuan iaitu Yana dan Sara.

12) The World is not Beautiful

Selama dia hidup, Luna sering merasakan bahawa hidupnya tidak bahagia. Luna, seorang anak yang tidak diingini oleh ibunya, bertemu dengan Isyraq , seorang anak yang kehilangan ibu.

Mereka saling menggunakan satu sama lain sehinggalah mereka saling menyukai. The world is not beautiful, not untill I met him.

13) HER

Sambungan kisah Iman dan Sara di dalam cerpen Friend.

Kisah Iman yang mula menyedari perasaanya terhadap Sara dan Sara yang tidak mampu menerima Iman di atas dasar dia menganggap Iman tidak lebih daripada seorang adik.


14) Bintang Di Langit

Kisah mengenai seorang wanita bernama Haslili yang mengharungi hari akhirnya sebagai seorang penghidap kanser buah pinggang tahap empat.

Dan Umar, seseorang yang sentiasa berada di sisi perempuan sepanjang hari akhirnya.


Saya malas nak buat sinopsis. Maaf tak menarik.

Ada beberapa cerita yang saya tulis khas untuk kawan-kawan saya sebab diorang gatal sangat nak kahwin.

😂😂😂

Short Story ✓Where stories live. Discover now