0.8- Janji (1)

532 35 2
                                    

Cerita kali ini tak berkait dengan sesiapa. Hanyalah mimpi ngeri saya.

Warning: cerita ni mengandungi unsur bunuh yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Baca dengan risiko sendiri.
















>>>>>>>>













"" Monsters are real,
ghost are real too,
they live inside us,
and sometimes they win."
Stephen King.
















>>>>>>>









"Yuri!! Kita dah lewat ni!"

Shit!

Yuri capai laju beg yang berada di atas meja sebelum segala alat mekap di atas meja dia sumbat ke dalam beg miliknya. Nina yang melihat setiap tindakan Yuri mula tidak sabar.dia mengeluh keras sebelum mata tak berhenti mengerling jam tangan.

Yuri yang perasan akan Nina yang mula gelabah mula terasa serba salah. Yuri teguk liur kuat.

Bersalah. Dia hentikan pergerakan dia sebelum toleh ke arah Nina.

"Pergilah turun dulu. Nanti aku follow. Tak pun aku ambik bas kedua."

Wajah Nina bercahaya sebaik sahaja mendengar ayat Yuri. Segera senyum diukir sebelum dia tepuk perlahan bahu Yuri yang bertenggek di sebelah katil hotel.

"Nanti aku inform dekat cikgu yang kau lambat sikit. Ok?"

Dan Yuri angguk lemah. Pasrah.

Dia dah tak mampu untuk berkata apa-apa kerana ini salah dia. Sebaik sahaja kelibat Nina hilang di sebalik pintu hotel, Yuri mengeluh lemah. Telefon dicapai sebelum dia tilik.

Hampir pukul 5 petang. Pasti takkan ada yang sanggup tunggu dia. Maka, Yuri ambil keputusan sendiri. Nombor cikgu sekolahnya, Anya dicari sebelum dia menghantar mesej bahawa keluarga dia akan ambil dia.

Selesai sahaja mengemas semua barang, Yuri kalut melangkah ke arah dobi hotel sebelum menjenguk ke luar. Masih tiada tanda bahawa ibu bapanya akan datang. Jam tangan sekali lagi dikerling.

Damn it!

Dah hampir malam.

Ke mana pulak mak ayah dia ni? Katanya tadi on the way. Yuri gigit kuku.

Gelisah.

Tak sampai lima minit, dia mendapat panggilan masuk.

Adam?

Apa yang ketua kelas dia nak ni?

Dan panggilan tetap dijawab. Butang hijau Yuri tekan.

" Helo?"

"Yuri ..?"

Dan Yuri agak keliru. Suara ceria Adam kali ini hilang. Malahan berganti dengan suara serak yang bergetar.

" Kau nak apa ni?"

Adam diam sebelum nafas dihembus perlahan." Kau ada dekat mana sekarang?"

"Hotel. Aku belum balik lagi."

Dan Adam di hujun sana juga diam.

" Yuri."

Diam.

Short Story ✓Where stories live. Discover now