0.9- Janji (2)

340 34 18
                                    

Awal-awal nak pesan, bahasa saya kasar. Dan ada unsur violence. Jadi sila berhati-hati baca ni.

Jangan salahkan saya kalau terkejut. Eheh.













>>>>>>>















"I don't live in darkness,
darkness live in me."
















>>>>>>>













"Shit!"

Elai hampir sesak nafas. Tangan masih erat melekap pada mata kanannya yang ditoreh oleh Yuri. Sakit bukan main. Nafa Elai sesak.

Dan dia mula rasakan satu perasaan yang hampir lama hilang.

Dia takut.

Takut untuk mari sekarang.

Tap.

Tap.

Tap.

Yuri jatuhkan kedua lututnya di hadapan Elai. Elai tersentak. Dia cuba mengundur namun kolar bajunya kuat ditarik oleh Yuri. Wajah sinis terpampang sebelum Yuri menunduk.

" Kau nak lari mana lepas dah bunuh kucing aku?"

Beku.

Elai teguk liur yang terasa pahit di tekaknya. Badannya mula menggeletar ketakutan. Wajah tenang Yuri buatkan Elai hampir muntah. Perempuan di hadapannya ini tak normal!

" Kau nak apa dari aku?! Aku takde harta!" Elai menjerit marah namun dia diam bila dia lihat wajah Yuri berubah. Berang.

" Kau rasa kenapa aku marah pada kau?"

" Sebab aku pecah masuk rumah kau?"

Pang!

Elai kedu. Suaranya hilang sebaik sahaja tangan kanan Yuri mendarat di pipi kirinya. Pijar. Namun dia yakin Yuri akan mengamuk sekiranya dia melawan.

" You kill my cat! You fucking kill him!!" Bergetar tangan Yuri di kolar baju Elai.

Elai kaku.

Pap. Yuri lepaskan kolar Elai sebelum dia pekup wajahnya. Pisau lipat sudah dicampak ke tempat lain. Elai kedu. Makin dia kaku bila tubuh perempuan di hadapannya mula teresak-esak.

Seakan orang yang hilang kawalan.

" Aku dah tak ada orang lain selain dia. Dia satu-satunya keluarga yang aku ada.." Yuri mengongoi. Dia seakan sudah lupa kehadiran Elai di hadapannya.

Dan Elai ambil kesempatan ini untuk mengundur ke belakang. Dan dia berjaya. Yuri langsung lupa akan kehadiran dia.

Perlahan Elai melangkah meninggalkan Yuri. Baru sahaja kakinya hendak sampai ke luar bilik, Pap!

Elai hampir menjerit. Dia kaku bila tangan Yuri melekap pada kaki kanannya.

" Shit!"

Bam!

Elai sepak tangan Yuri kuat, buatkan perempuan tersebut terpelanting ke belakang. Segera Elai ambil peluang tersebut untuk lari. Bam! Pintu bilik Damien ditutup dan dikunci, begitu juga dengan bilik Yuri. Mujurlah kedua bilik ini boleh dikunci dari luar.

Bang!

Bang!

Bang!

Tak henti bunyi pintu bilik kedengaran diketuk dari luar. Yuri tekad. Dan itu buatkan rasa takut Elai membuak-buak. Dia buntu. Otaknya kosong. Apa yang berada di fikirannya sekarang hanyalah larikan diri daripada Yuri.

Short Story ✓Where stories live. Discover now